•.¸♡ 10 : I'm Scared ♡¸.•

Start from the beginning
                                    

"Yahhh!" Marah ku. Aku menoleh ke depan dan cuba menolaknya tetapi sesuatu yang tidak dijangka berlaku. Kami berdua terjatuh ke belakang bersama. Di mana katil Mark berada.

Mark betul-betul di atas ku. Nafasnya dapat ku dengar dengan jelas sekali. Titisan air dari rambutnya sesekali terjatuh ke muka ku.

Mark hanya berdiam tanpa bergerak sekalipun. Anak matanya kekal memandang ke dalam mataku. Sebelah lengan Mark tertanam di bawah pinggang ku. Sebelah lagi diletakkan di tepiku bagi menahan badannya dari menghempap ku.

Dup dap! Dup dap!

Kini terasa jantungku 200 kali lebih pantas dari sebelum ini!. Walaupun Mark menahan badannya. Tetapi seperti aku dapat rasakan bonjolan yang lain mengenai aku.

Kerana dari pinggang Mark hingga ke kepalanya sahaja di angkat. Tetapi bahagian bawahnya...

Aaaaa Mark!

"Yahh bangunlah!" Aku menolak badan Mark. Tiba-tiba Mark memandang ke bawah. Tepat melihat dadanya.

Baru ku sedar tangan ku sedang menolak dadanya. Arhhh dengan dada yang berbidang besar itu?! Aku menarik semula tangan ku. Malu!

"Err aku tak bermaksud untuk buat begitu.." ujar ku perlahan. Aku perasan Mark tersengih.

"Muka kau merah? Ermm kalau aku nak buat lebih lagi..." Perlahan-lahan Mark mendekatkan mukanya padaku. Aku mengalih pandangan ke arah lain agar tidak bertentang mata dengannya. Ohhh god please help me!

Tuk tuk!

"Saya bawakan makanan"

Yeshh! mujur pembantu Mark tiba. Thanks a lot god! Mark pula menjeling ke arah pintu.

"Aku baru nak usik"

Mark mencebik lalu bangun dari ku. Aku cepat-cepat bangun dan berlari ke balkoni.

"Masuklah"

"Saya bawakan pemanggang sekali"

"Letak kat situ"

Dia menuju ke balkoni dan meletakkan hidangan serta pemanggang di atas meja. Pembantu Mark mengerling ke arah ku dan tersenyum. Kenapa? Kerana Mark tak berbaju kah? Arhh

Aku memegang kedua-dua belah pipi ku. Arhh panasnya. Pipi ku ditepuk-tepuk dengan kuat. This is not a dream! Aku sebamkan muka ku di penghadang. Masih memikirkan situasi tadi.

Tiba Mark menarik tangan ku dengan sebelah tangannya lagi dimasukkan ke dalam poket. Mark memakai baju-T dan seluar pendek takat lutut. Dia nak tunjuk otot betis pulak ke?

"Duduk" arahnya.

Aku pun duduk saja di sofa. Tangan ku dilepaskan. Mark membuka botol soju dan menuangnya ke dalam dua gelas kecil. Aku diam tanpa berkata. Mark pula seperti hairan.

"Kurang cakap kau hari ni" tegur Mark memecahkan kesunyian.

Aku diam, seperti mahu merajuk saja dengannya.

"Kau ni diam lagi. Nak tunggu aku cium baru nak cakap?"

Amaran dari Mark membuatkan aku spontan bersuara.

"Kejap aku nak angkat pemanas tu"

Aku bangun dan mangambil meja kecil dari dalam biliknya lalu letakkan pemanggang di atasnya.

"Mark, aku yang bakar ya. Kau pastikan diri kau jauh dari aku je." Pesan ku.

Mark mengangkat sebelah keningnya.

"Kalau tanak?"

"Markkie!!" Mark ketawa.

Dia mencapai gelas yang diisi soju. Hanya sekali teguk dia menghabiskan air itu. Nampak sangat dia kaki minum. (Mahir minum arak)

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now