"Ya allah budak-budak ni. Kau tak apa-apa ke yam?" Pantas Mak Esah mendapatkan Puan Maryam. "kau okay tak ni Yam? Dah aku pesan kat budak-budak ni tadi jangan main dekat sini. Lagi di cakap lagi degil" sambil itu perlahan Mak Esah membantu Puan Maryam bangun. Puan Maryam seolah-olah tergamam melihatkan situasi itu. Udang yang tergeletak di tanah di pandang kosong. Wajah Salina di meja makan di tenung tajam.

"kau tak payah risau pasal udang tu. Nasib baik lah ada buat lebih. Kalau tak haru jugak kalau lauk pengantin tak cukup." Puan Maryam mengangguk lemah. Rasa sakit hatinya makin menebal. Kesal kerana rencana jahatnya tidak kesampaian! Perasaan bencinya kepada Salina semakin menebal!

********************************************
Sebulan selepas majlis perkahwinan Salina dan Zakwan, senuanya berjalan seperti biasa. Sementara mendapatkan rumah, Zakwan dan Salina tinggal dirumah Puan Maryam. Terang terangan Puan Maryam menunjukkan reaksi tidak senangnya kepada Salina. Peduli apa jika menantunya terasa hati. Yang penting hatinya puas! Berbulu sungguh dia melihatkan Salina.

Pagi itu Salina begitu sibuk di dapur menyediakan sarapan pagi. "akak, buat apa tu" suara Marina memecah kesunyian pagi itu. Bahu salina di paut erat.
"emm... sedapnya bau... akak masak nasi lemak ea?" Salina bersyukur walaupun ibu mertuanya tidak menerima dia, namun adik ipar serta kakak iparnya menerima kehadirannya dalam keluarga tersebut dengan tangan terbuka. "Haah Marina. Ni akak tengah nak goreng telur mata. Abang Zakwan tu kalau nasi lemak macam ni, kena ada telur mata. Kalau tak karang tak nak makan" Marina mencebir. Meluat dengan perangai Zakwan yang kadang-kadang terlebih manja dengan kakak iparnya itu. Marina tersenyum melihat Salina yang lincah di dapur.

"Tolong akak hidangkan semua ni ke depan." Sambal di senduk ke dalam sebuah mangkuk besar. Marina pantas membantu kakak iparnya. Sambal tumis di bawa ke meja. Salina di dapur ralit menggoreng telur.

"Eh, apa yang kau masak untuk sarapan ni Salina?" suara Puan Maryam memecah keheningan ruang dapur pagi itu. Marina yang sedang asyik menolong kakak iparnya tersentak mendengarkan bentakan suara ibunya.

"Ibu ni, pagi-pagi macam ni cubalah nada suara tu tenang sikit. Tak habis-habis dengan bengkeng tak bertempat" segera kerusi meja makan diitarik Marina. Laju tangannya menyenduk nasi lemak ke dalam pinggannya. Dari arah dapur Salina menatang cawan dan teko berisi air serta sepiring telur mata di dalam dulang.

"Pagi ni Kak Salina masak nasi lemak. Ibu ni pun, terang-terang nasi lemak ni depan mata lagi nak tanya macam-macam." Segera nasi di suap ke mulut.

"Aku tak nak makan ni." Angkuh suara Puan Maryam. Salina yang ketika itu sedang menuang air ke dalam cawan tersentak.
"Ni semua makanan berlemak. Berpenyakit. Nak aku mati awal lah tu. Pasal tu saja je kau masak macam ni kan? Hei Salina. Kau ni memang sengaja je nak menyakitkan hati aku" terjegil mata Puan Maryam memandang Salina.

Marina tidak senang melihatkan perlakuan ibunya.
"ibu ni, selama ni boleh je makan nasi lemak. Hari ni pulak datang sakitnya. Hairan?" marina bersuara menyindir Puan Maryam. Puan Maryam menanayangkan wajah selamba.
"sudah-sudahlah tu bu. baik duduk makan. Tak elok depan rezeki nak membentak." Berdesing telinga Puan Maryam mendengarkan ucapan Marina.

"NI kau dah pandai menjawab menyakitkan hati aku ni belajar dari perempuan tak guna ni lah kan!. Hei Salina.! Semenjak kau masuk dalam keluarga aku, macam-macam benda tau kau bawak masuk! Betullah orang cakap; hidup ni kalau tak tentu keturunan, memang macam nilah. Esok-esok kalau kau beranak, anak kau pun sama bebal membawak semua benda tak elok tu ke dalam rumah ni"
Puan Maryam berlalu pergi. Salina tertegun.

Setitik air matanya jatuh jua. Ketika beerselisih dengan Salina di hujung meja makan, sengaja tangannya menepis cawan yang baru di tuang Salina ke lantai. Air teh panas tersebut jatuh tepat mengenai kaki. Salina terjerit mengaduh kesakitan. Puan Maryam tidak mengendahkan Salina. Sebaliknya laju saja dia keluar dari rumah.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Apr 07, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

MERTUA ANGKERWhere stories live. Discover now