Hazel mengeluarkan sunblock dari dalam beg sekolahnya. Dia memakainya di wajahnya. Ditepuk-tepuk sedikit mukanya.

"Apa itu?" tanya Theo ingin tahu. Bahunya dirapatkan dengan bahu Hazel sehingga bersentuhan. Ingin melihat dengan lebih jelas.

"Sunblock. Nak?" tawar Hazel.

Theo mengangguk laju.

"Ini lah perempuan. Baru panas sikit dah nak sunblock kipas topi baga.i" kutuk Lucas selamba.

Hazel dengan laju mencubit lengan Lucas. Jangan kutuk apa yang perempuan buat! Paling pantang tahu tak!

"Hish! Sakitlah! Sorry!" kata Lucas dengan muncungnya. Sakit kau tahu! Macam kena sepit dengan lembu! Eh salah ketam!

Hazel tersenyum mengejek. Padan muka!

Dia menitikkan sunblock tersebut di muka Theo. Theo menyapunya sehingga rata. Kemudian, Hazel menitikkan di tangan Theo pula. Perkara yang sama dilakukan.

"Wanginya!" ujar Theo teruja. Ditekup tangannya ke hidung.

Hazel tertawa.

"Kau orang nak?" Tak sempat Lucas, Ethandan Jayden menjawab, Hazel sudah menitikkan di muka dan tangan mereka.

"Ha pakai lah." kata Hazel. Dia mengeluarkan kipas elektrik di dalam beg sekolahnya.

Cuaca masih panas lagi. Mereka perlu tunggu sehingga redup sedikit barulah membuat latihan rumah sukan.

"Jay kalau tak pakai pun tetap putih." kata Ethan sambil menepuk perlahan mukanya seperti yang dilakukan Hazel tadi.

Jayden mempunyai kulit yang putih seperti pucat. Sangat cerah.

"Haah." sokong Lucas. Berbeza dengan yang lain. Lucas bermain dengan sunblock tersebut.

"Pakai betul-betullah." kata Hazel sambil kipas terhala di mukanya.

Lucas tersengih. Comot mukanya jadinya apabila dia tidak memakai dengan betul-betul.

"Kau orang masuk acara apa?" tanya Hazel kepada mereka berempat. Dia memerhati sekeliling. Semua pelajar duduk di tempat redup.

"Rumah sukan aku tak pilih lagi. Esok baru dia orang pilih. Hari ini nak tengok dulu." balas Lucas. Lelaki ini merupakan ahli rumah sukan Topaz, iaitu kuning.

- Topaz , kuning
- Tanzanite , biru
- Emerald , hijau
- Carnelian , merah
- Amathyst , ungu

Ethan dan Hazel merupakan ahli rumah sukan Emerald. Jayden dan Theo pula merupakan ahli rumah sukan Carnelian. Nampaklah dekat sini bahawa jodoh Jayden dengan Theo kuat. Kelas sama. Rumah sukan pun sama.

"Kita orang hari ini." ujar Hazel. Ethan mengangguk menyokong pernyataan Hazel.

"Kita hari ini ke, Jay?" tanya Theo kepada Jayden. Jayden mengangguk sebagai jawapan.

"Lambatlah rumah sukan kau. Lembab." kutuk Ethan kepada Lucas.

"Kurang ajar kau. Aku akan pastikan Emerald tersungkur dekat kaki Topaz." Lucas membuat thumbs down.

"Hazel settle." arah Ethan kepada Hazel. Hazel mengangguk.

"Sini kau." Baru sahaja tangan Hazel ingin mencubit, Lucas sudah mengangkat kedua belah tangannya ke atas tanda mengalah.

"Okey, sorry. Emerald menang." Tak nak dia kena cubit dengan Hazel lagi. Sakit tahu!

"Tahu pun."

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now