•.¸♡ 06 : Missing Someone ♡¸.•

Start from the beginning
                                    

"Alaa laaa takpe aku tak datang wedding aku datang hari kau lahirkan anak kau nanti hahaha" Usik Jisoo gembira dengan hari ini.

"Ada ada jela kau ni, lambat lagi lah" Saera mengelak.

"Nanti tunjuk gambar kahwin kau, aku tak sabar nak tengok orang paling handsome tu" Sindirnya lagi.

"Amboi laki aku tu" marah Saera. Jisoo ketawa terkekeh-kekeh.

TUK! TUK!

"Eh ada orang datang, nak mula dah kot. Aku pergi dulu Jisoo."

"Bye! Selamat pengantin baru!"

"Yela bye."

TIT....

"Ya sapa tu? Masuk lah" Saera bangun dari kerusi untuk menuju ke pintu. Dia terkejut sebaik sahaja dia menoleh ke belakang.

"Saera-ah.."

"Mark? Mana kau pergi aku rindu kau tau!" Saera terkejut dengan kehadiran Mark. Dia terus memeluk Mark.

"Ermm aku sibuk sikit tolong appa aku. Ah ni aku pun datang sekejap je ni." Beritahu Mark.

"Kenapa? Tak nak join? Kita bole ambil gambar sama-sama" Soal Saera terkejut Mark hendak pergi.

"Ini, aku dah lama nak pulangkan" Mark menyua patung singa comel yang di ikat dengan reben merah.

"Ehh ni.. singa tu! Ingat hilang, saya saja nak tunjukkan kat awak malam tu yang singa ni comel dengan reben ni. Thanks Mark" Saera memeluk singa itu erat. Mark gembira kerana Saera menyukainya.

"Saya pergi dulu and you look so beautiful. Awak mesti paling cantik hari ni" puji Mark.

"Jaga diri ye Mark, ingat aku selalu rindu kau" Pesan Saera.

Terasa bagaikan kali terakhir untuk melihat Mark. Mark memulas tombol pintu lalu keluar dari bilik tersebut. Mark sempat menghadiahkan sebuah senyuman kepada Saera.






*Wedding bermula*

Pengantin perempuan telah tiba manakala pengantin lelaki sudah sedia menunggu. Saera agak terkejut kerana yang hadir pada hari itu hanya pembantu Jungkook dan di sebelah pihak perempuan tiada sesiapa.

Suga telah mengiringi Saera untuk diserahkan kepada Jungkook. Dengan gaun putih yang meleret di lantai, di sertakan mahkota di hiasi bunga bunga bagaikan pari-pari hutan. Jungkook terpesona melihat pengantinnya berjalan mendekatinya.

Suga bertukar tangan dengan Jungkook dia meninggalkan pengantin itu berdua untuk melaksanakan majlis mereka.

"Jeon Jungkook sudikah awak menjadi suami kepada Kim Saera sebagai suami yang bertanggungjawab dan penyayang?"

"Saya sudi"

"Dan kamu Kim Saera, sudikah awak menjadi isteri kepada Jeon Jungkook sebagai isteri yang penyanyang dan berkerjasama?"

"Saya sudi"

Jungkook tersenyum kepada Saera sambil menggenggam tangannya.

"Kini kamu boleh menyarung cincin sebagai tanda dia milik kamu"

Suga memberi cincin yang sedia di pegangnya kemudian di ambil oleh Jungkook untuk di sarungkan di jari cantik Saera.

Saera tersenyum sangat lebar.

"Sekarang kamu berdua sah sebagai suami isteri"

"Pengantin boleh bercium"

Seluruh gereja gemuruh dengan tepukan para tetamu yang tidaklah seramai mana. Jungkook memegang pipi Saera dengan lembut. Saera juga tidak penat merenung sepasang mata di hadapannya.

My Crush, Bestfriend & I【JJK】Where stories live. Discover now