"Samalah, dahlah hari ni kelas pertama kelas si itik tu..."balas orang di sebelah Gopal dengan nametag 'Sai' pada uniformnya.

"Korang kira okay dia cuma ajar PSV, kat kelas aku dia ajar Prinsip Akaun! Dahlah banyak membebel, kalah akak aku..."rungut Boboiboy yang sudah mengembungkan pipinya seperti ikan buntal. Benci benar dengan cikgu itik tu!

"Jadi, pukul berapa kita nak masuk kelas?"tanya Gopal tiba-tiba menukar topik. Sai dan Boboiboy nampak seperti berfikir seketika.

"8:30!"jawab kedua-duanya serentak.

---

8:30 a.m.

Dari jauh Boboiboy dapat lihat papan tanda kecil tergantung dengan tulisan '5 PA'. Boboiboy hanya mampu menghela nafas setelah melihatnya dan semakin memperlahankan langkahnya. Gopal dan Sai sudah masuk ke dalam kelas mereka kerana kelas mereka terletak selang dua kelas sebelum kelas PA.

"Aduu... Malas betullah nak masuk kelas..."gumam Boboiboy malas sambil berjalan ke arah pintu kelas. Apabila sampai, Boboiboy hanya mampu tercengang apabila melihat cikgu yang paling dibencinya sedang mengajar di dalam kelasnya.

"Shitake!! Aku lupa 8:30 ni waktu si itik mengajar!! Arrrghhh!!"monolog Boboiboy sambil mengeluh, tetapi di dalam hati dia sudah terjerit-jerit macam hape dah. Boboiboy rolleyes dan berjalan masuk ke dalam kelas dengan selambanya lantas duduk di tempatnya yang terletak di bahagian belakang sekali.

Pelajar lain malas ingin menegur, dah masak dengan perkara ini. Kang kalau di tegur, tak pasal-pasal kena balik.

"Yang baru masuk dengan pakai topi oren tu nanti jumpa saya kat bilik kaunseling lepas kelas..."ujar cikgu itu yang sengaja menyindir Boboiboy tanpa mengalihkan pandangannya dari whiteboard di hadapannya. Boleh nampak dengan jelas tulisan 'Kaizo' pada 'nametag'nya.

"Kalau tak nak?"tanya Boboiboy dengan selamba sambil menongkat dagu membuatkan Kaizo menggenggam 'marker'nya dengan agak kuat dan segera menoleh ke belakang.

"Kalau tak nak, aku akan denda kau"jawab Kaizo ringkas dengan datar.

"Dendalah, saya tak kisah pun!"balas Boboiboy dan mula menjelirkan lidahnya pada Kaizo.

"Aku bagi kau homework daripada bab 1 sampai bab 5"ugut Kaizo lagi membuatkan Boboiboy tergelak kecil.

"Bagilah, macam saya nak buat!"balas Boboiboy lagi dan mula mentertawakan Kaizo. Kaizo mulutnya mula terkumat-kamit menyumpah Boboiboy, geram dengan budak seekor ni.

"Aku tak kira!! Kau kena juga pergi bilik kaunseling lepas ni!!"marah Kaizo yang sudah hilang kesabarannya.

"Takmohhh!!"bantah Boboiboy yang masih berdegil sambil membuat mimik muka mengejek. Kaizo yang mula naik hantu(?) mencapai rotannya dan bersedia untuk menyebat Boboiboy tetapi Boboiboy lebih cepat membuka mulutnya.

"Cikgu ni... Asyik-asyik nak jumpa saya je, saya ni bukannya someone special pun bagi cikgu. Jangan-jangan... Cikgu suka saya tak?!"soal Boboiboy yang sudah terundur sedikit ke belakang.

"Hoi!! Apa benda kau merepek ni?!!💢 Aku ni--"

"Kalau cikgu suka cakap je suka, saya tak marah, tapi... Saya tak bolehlah nak terima cikgu..."potong Boboiboy membuatkan Kaizo rasa macam nak migrain.

"Berhenti cakap benda yang me--"

"Sebab satu, saya tak suka cikgu yang annoying macam cikgu ni, dua sebab... Cikgu nikan cikgu Khairul punya~!!"potong Boboiboy lagi. Kali ini dengan kata-kata yang membuatkan Kaizo automatik terdiam. Boboiboy berpuas hati apabila melihat reaksi Kaizo.

"Ohh~ Jadi betullah cikgu itik ni ada relationship dengan cikgu Khairul... Ish Ish Ish... Kunyit semakin berleluasa... Hmm... Tobatlah itik..."monolog Boboiboy dan terus mengatur langkah sehingga sampai di pintu belakang kelas.

"Okaylah cikgu, saya chaw dulu! Kalau ada apa-apa nanti tinggal announce kat speaker je... Okay?"ucap Boboiboy dan terus berjalan keluar dari kelasnya.

Kaizo masih lagi tidak mempercayai apa yang baru saja di katakan Boboiboy tadi. Tanpa Kaizo sedari, pipinya telah memerah.

"Cikgu! Pipi cikgu merah! Cikgu okay tak?!!"soal seorang pelajar secara tiba-tiba menjadikan Kaizo terkejut dan segera berdehem untuk cover malu(?).

"Ehem!! Abaikan je si Boboiboy tu, kita sambung pelajaran yang tertangguh tadi..."ucap Kaizo sengaja menukar topik.

Student be like:Jadi betullah apa yang Boboiboy cakap tadi... *sweatdrop*

*Di koridor*

"Hmm... Apalah cikgu tu, elok-elok aku nak masuk kelas dia jadi aku terus malas nak duduk dalam kelas..."gumam Boboiboy yang masih tidak tahu mana arah yang ingin di tuju. Kemudian, pandangannya terhenti pada kantin yang berada tidak jauh dari tempatnya berdiri.

"Wah! Kantin dah buka! Boleh aku beli makanan! Yey!"sorak Boboiboy gembira dan terus memecut ke arah kantin seperti halilintar.

To Be Continued

Hmm... Macam tak best jek '(

ɴᴀᴜɢʜᴛʏ ʙᴏʏ ᴠs ʜᴇᴀᴅ ᴘʀᴇғᴇᴄᴛ (ғᴀɴɢʙᴏʏ ғᴀɴғɪᴄ) ✓Where stories live. Discover now