BAB 2.

8.6K 319 8
                                    


        Awal pagi lagi Sarah sudah bangun untuk menyediakan sarapan buat Mika. Hanya di sediakan bihun goreng dan hot chocolate kerana itu merupakan makanan kesukaan Mika pada awal pagi kata mummy. Di letak bihun goreng itu dalam bekas untuk di bawa ke butik untuk makan tengahari nanti, memandangkan dia bekerja dengan sahabat baiknya, Fiona, tauke butik itu.

Bila nampak sahaja kelibat Mika yang tergesa-gesa turun dari tangga, segera di perlawanya untuk makan.

"Awak, makan lah dulu sebelum pergi ofis. Saya dah masak bihun goreng untuk awak. Nanti awak tolong hantar kan saya ke butik erk macam biasa." laju tangan Sarah meletakkan bihun ke dalam pinggan Mika.

"Kauu makan lah sendiri. Nanti pandai-pandai lah aku makan dekat ofis nanti. Setakat bihun kau tu, tak menyelerakan aku lah mematikan selera aku ada lah." sindirnya.  "Lagi satu, aku tak sempat nak hantar kau pergi butik, ingat aku ni driver kau? Ada kaki kan? Jalan lah sendiri. Itu lah pemalas sangat nak belajar memandu, sekarang terimalah akibatnya." tambahnya lagi dan terus berlalu pergi tanpa menghiraukan perasaan Sarah yang terguris.

Sentap? Ya, memang Sarah sentap bila suami sendiri cakap macam tu. Di cuba kawal air matanya agar tidak jatuh. Terpaksalah dia berjalan kaki ke station bas tu, nak dapat bas pun jenuh nak tunggu. Apalah nasib Sarah ni...

       ~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

        Masuk je ke butik, benda pertama yang Sarah cari ialah Fiona.

"Fionaaa.... Aku nak minta maaf sebab datang lambat. Susah beb nak dapat bas pagi- pagi macam ni." luahnya jujur. Di tayang muka seposen untuk meminta belas kasihan daripada sahabat baiknya.

"Apasal kau naik bas? Laki kau mana?" tanya Fiona musyil. Dah ada suami patutnya pergilah ke tempat kerja sama-sama, ni di tinggalnya si isteri sorang-sorang.

Opssss...terlajak perahu boleh diundur, terlajar kata inilah akibatnya Sarah oiiii. Cepatlah otak bagi kerjasama sikit.

"Ermm...aku naik bas bukan saja-saja tau tapi sebab suami aku ada meeting dengan client awal pagi ni" bohong Sarah. Takkanlah dia nak beritahu perkara sebenar. Tak pasal-pasal minah sorang ni pergi pelangkung laki dia tak ke naya? Bukan Sarah tak tau sikap panas baran dia tu. Dah berumah tangga pon perangai masih tak ubah.

"Ohhh.. ada meeting rupanya. Ingat kan korang gaduh. " kata Fiona selamba.

"Ishhh jangan mengarut boleh tak? Dah jom buat kerja, nanti banyak customer datang." Alih Sarah. Tidak mau isu rumah tangganya di jadikan topik perbualan.

"Tugas kau harini pergi susun stok baju yang baru sampai. Kalau kau nak minta tolong, panggil Kak Mona je." arah Fiona tegas. Masuk bab kerja memang Fiona akan serious.

"Baikkk...bos" usik Sarah dan terus ke stor butik untuk menyusun baju yang baru sampai.

 

         ~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

          Setelah penat membanting tulang seharian . Akhirnya tutup juga butik ni. Banyak sangat customer datang maklumlah stok baju baru dah sampai.

"Sarahhh...kau balik naik apa?" tanya Fiona prihatin.

"Aku naik bas je sebab suami aku tak dapat keluar petang ni." Alasannya.

"Kalau macam tu jomlah ikut aku. Biar aku je hantar kau balik. Lagi pun, susah tau nak dapatkan bas petang macam ni." Ajak Fiona lagi.

Betul jugak. Susah nak dapat bas waktu begini. Terus di terima perlawaan Fiona.

"Kau jemput aku kan nak hantar balik, jadi aku setuju.
Dah jom jalan." di tujui kereta pink miliknya sendiri yang tersidai di depan butik.

"Sarahh...aku tiba-tiba jadi lapar lah pulak. Kau teman kan aku makan boleh?" pinta Fiona berharap. Dia bukan apa, rasanya macam ada sesuatu yang Sarah sorokkan darinya. Sebab dari tadi lagi asyik termenung je. Harini, mesti aku kena tahu benda tu.

"Kau lapar? Bukan ke kau dah makan tadi? Banyak pulak tu" curiga Sarah. Siapa yang tak heran bila kawan makan sampai 3 bungkus nasi, tup-tup nak makan lagi.

"Atauuu...kau mengandung?" tebak Sarah teruja."

"Issshhhh bangang lah kau ni. Takde maknanya lah aku nak mengandung Sarahhh oii. Anak aku tu kat rumah umi masi kecik lagi tau." geramnya. Adakah Sarah tuduhnya mengandung. Padahal semua ini di buat untuk korek rahsiah Sarah.

"Ala aku teka je. Lagi pun tak salah kalau kau mengandung, kau ada laki jugak kan? Lain lah kalau kau mengandung tapi tak ada laki." seroloh Sarah tanpa berlapik.

" Dah, jom turun. Simpan je suara kau tu untuk lain hari yerr." perli Fiona.

Mereka hanya makan di restoran mamak. Kalau pergi sana, mestilah nak order roti canai.

"Banggg, bagi roti canai kosong 2. Yang satu tu letak kari tau yang satu lagi letak susu pekat manis. Kawan saya ni tak suka benda pedas." sempat lagi di jelingnya Sarah.

"Minuman biar aku order" ujar Sarah. "Bagi 1 hot chocolate dan 1 teh tarik kurang manis tau sebab kawan saya yang sorang ni tak suka sangat benda yang manis" sempat lagi Sarah mengenakan sahabatnya.

Hidup berkawan baik selama 6 tahun telah membuat kan mereka saling mengenali perangai masing-masing termasuk makanan kegemaran.

Bila pelayan itu hilang dari pandangan, Fiona memulakan bicaranya pada Sarah.

"Sarahh... Kita berkawan dah berapa tahun erk?" tanya Fiona berbasa basi.

"Kenapa kau tanya macam tu?" soal Sarah pulak. Tidak di jawab pertanyaan kawannya malah dia sendiri melontarkan soalan.

"Ala aku nak tau je. Jawab lah" desak Fiona.

"Pelik lah kau ni. Kita kan dah berkawan lebih dari 5 tahun. Mungkin dalam 6 tahun 3 bulan gitu."
"Ouhh... Jadi kau percaya kan aku lah kan?" tanyanya lagi.

"Of course lah aku percaya kau Fiona oii. Kau ni sebenarnya kenapa? Cuba straight to the point je, tak payah cakap nak berbunga-bunga bagai." geram Sarah dengan sikap Fiona yang suka cakap berbelit-belit.

"Okay, aku cakap dah ni. Kau sebenarnya ada masalah kan. Cuba kongsi dengan aku sikit masalah kau tu kot-kot lah aku boleh ringan kan sikit beban kau tu." pujuk Fiona. Di pandang muka Sarah yang macam cacing kepanasan kerana resah.

"Er....aku takde masalah lah Fi. " bohong Sarah. Rasanya masa ini belum sesuai untuk cerita kan perkara sebenar.

"Sarahh tolong lah jangan tipu aku. Aku tau kau ada masalah sekarang ni. Apa gunanya seorang sahabat kalau tak tolong kawannya sendiri?" di cuba pujuk Sarah dengan cara lembut untuk mengorek rahsianya.
"Lagi satu, kau cakap kau percaya kan aku. Jadi share lah masalah kau tu. Aku janji tak akan bagitau sesiapa pun." diangkat tangannya tanda bersumpah.

"Nah. Makanan korang dah sampai" ujar pelayan itu dan meletakkan makanan dan minuman yang di pesan oleh dua sahabat di atas meja mereka.

"Thanks" balas mereka berdua serentak.

"Errr....kita kat mana tadi?" soal Fiona. Gara-gara di potong line oleh pelayan tadi, hilang semua ayat cantik yang di rangka oleh Fiona.

"Kita kat kedai makan" loyar buruk Sarah kerana ingin mengelak dari soalan yang paling di bencinya.

"Please....Sarah, luah kan je dengan aku." pujuknya lagi. Dia tak nak kalau Sarah pendam sorang-sorang. Dia nak susah sama dengan sahabatnya.

Setelah puas di pujuk rayu oleh Fiona, Sarah terpaksa mengalah. Lebih baik aku luah takde lah kau pendam sorang-sorang.

" Aku dan Mikael sebenarnya.....





To be continued.....




Jangan lupa tekan butang bintang kat bawah erk dan comment sekali

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now