tujuh

1.9K 268 482
                                    

Wonwoo memimpin tangan Wonha dan berjalan masuk ke dalam cafe Mingyu.

"Oh Encik kawan Chef Kim eh? Sila naik ke atas." kata salah seorang pekerja di situ. Wonwoo mengangguk dan berjalan  ke tangga tetapi langkahnya terhenti apabila Wonha menarik hujung bajunya.

Wonwoo mengangkat sebelah keningnya dan memandang Wonha. Kanak-kanak lelaki itu tersenyum sebelum mendepakan kedua belah tangannya.

"Nak dukung~" kata Wonha. Wonwoo tersenyum sebelum mendukung Wonha dan mula menaiki tangga.

"Ni mesti malas nak naik tangga kan? Eee dahlah berat." kata Wonwoo. Wonha tersengih.

"WUYO ITU DIA ACIK JEON!"

Wonwoo di sapa oleh Seokmin yang sedang makan chocolate chip itu.

Wonwoo tersenyum sebelum menurunkan Wonha. Wonha berlari ke arah kumpulan kanak-kanak orange juice yang sedang main 'Ultraman dan Sajat'.

Permainan budak abad ke 22 kau petau dah diam.

"WOKEY DISEBABKAN SEMUA ORANG SUDAH SAMPAI SAYA MERASMIKAN PERJUMPAAN KITA BUAT KALI KEDUA HAAA BAKSU!" kata Seungkwan. Maka para bapa mula menepuk tangan seperti pakcik pakcik bawang.

"Perjumpaan kita ini dibuat untuk membincangkan tentang masalah negara- eh tidak tentang masalah yang anda anda semua hadapi pada minggu ini. Haa mana tahu boleh bawang. AKU TAK SABAR NI!" kata Mingyu.

"Ewah kau bawak bersabar. Sabar bang sabar." kata Seokmin. Dia menyumbat cupcake ke dalam mulut Mingyu.

"Ex aku datang balik." kata Lee Chan lalu menghirup kopi. Tersembur kek coklat dari mulut Jeonghan menyebabkan Seungcheol gelabah bontot.

"SAYANG MAKAN ELOK ELOK!" kata Seungcheol lalu mengelap mulut Jeonghan.

Maka BGM lagu Alep Sukri dan Sajat pun berkumandang.

Semalam Bobo dimana Bobo sama siapa ngapain aja tadi malam Bobo di mana-

"EH EH MAAFIN RINGTONE GWE!" kata Minghao lalu mengdecline panggilan tersebut. Ala ala tak penting yang penting membawang.

Astaga , inilah Xu Minghao zaman sekarang. Tiber.

"Ex aku tiba-tiba je datang kampus pastu kata nak bincang pasal anak. PANAS HATI KITA TAHU TAK!" kata Lee Chan. Dia menyuap kuih karipap ke dalam mulut dengan agresif.

"Habistu cane? Kau nak kasi Chaera dekat dia?" tanya Jihoon.

"EYY MEMANF TAK LAFH!" kata Lee Chan dengan mulut penuh. Tersembur isi karipap air tangan Mingyu itu ke meja.

"WOY MULUT PENUH JANGAN BERCAKAP!" kata Soonyoung. Lee Chan hanya tersengih dan sambung mengunyah.

"Aku dapat job baru hehe." kata Vernon. Mereka semua menepuk tangan tanda bangga.

"HIKS TAK SANGKA AKU KAWAN DENGAN PELAKON HIKS." kata Junhui. Dia mengelap air hidungnya yang terkeluar akibat tergigit cili dalam popia Mingyu.

"Ala lepas ni tak boleh lepak seperti biasa , nanti kau kena serang." kata Seokmin. Vernon tersengih.

"Boleh je. Kita lepak rumah Jeonghan hyung. Tak gitue?" kata Vernon. Jeonghan buat-buat tak dengar dan terus makan kek.

"Ok gais sebenarnya aku dah plan something-" kata-kata Seungcheol terhenti apabila Seungkwan berdehem dan memandangnya seperti mahu kerat.

"Ok aku dan SEUNGKWAN dan plan nak buat banyak aktiviti untuk club kita ni!" kata Seungcheol. Nama Seungkwan itu ditekankan setekan tekan yang boleh. Ok nas merepek.

single father club. ˢᵛᵗOn viuen les histories. Descobreix ara