"Kenapa kau nak kahwin dengan aku?" soal Mika serious.

Sarah terkedu dengan soalan KBAT dari suaminya. Apa punya soalan tu? Apa nak jawab erk? Takkan lah nak cakap, aku cinta kau sepenuh hati. Mesti dia ketawa habis-habisan.

"Erm...Sarah hanya ikut aturan keluarga je." Jujurnya. Ialah, memang mama dan daddy yang beria-ria suruh Sarah kahwin dengan laki kat sebelah dia ni.

"Kau tau kan yang aku tak pernah kenal kau dan tak pernah nak cintakan kau. Jadi kenapa kau tak bantah perkahwinan ni?" soalnya sinis.

"Mika kenapa tanya yang bukan-bukan ni?" pelik Sarah.

"Pembetulan. Bukan Mika tapi Tengku Mikael." riaknya.

Sarah berdehem seketika untuk membuang rasa janggal.

"Awak nak saya cakap apa sebenarnya?" soal Sarah straight to the point. Taknak buang masa dengan lelaki disebelahnya yang berwajah bengis.

"Kau sebenarnya kahwin dengan aku sebab nak bolot semua harta aku kan. Kau memang perempuan tak tau malu lah. Kenapa kau tak kahwin je dengan lelaki yang lebih kaya dari aku? Kenapa kau pilih aku jugak?"tanyanya tanpa rasa bersalah kerana telah menghina isteri sendiri.

"Jaga mulut tu sikit. Saya tak terhinginlah nak ambik semua harta awak tu. Kalau awak takut saya ambik harta family awak, baik simpan baik-baik dan jangan lupa bawa sekali harta tu masuk kubur." perli Sarah. Panas hatinya bila dikatakan perempuan mata duitan. Bukan itu yang Sarah mahukan.

"Tak teringin konon. Tak payahlah kau nak menipu aku. Dah banyak perempuan macam kau ni datang kat aku semata-mata nak duit. Tapi dorang oky sikit, sejuk je mata memandang bukan macam kau. Pakaian macam karung. Beg besar gedebak macam nak lari dari rumah." sindirnya.

" Kenapa awak cakap macam tu? Saya pun ada perasaan bukan awak saja. Tolong hormatkan saya sebagai mana saya hormatkan awak juga."

"Dalam ajaran agama, ada tak tertulis bahawa salah seorang suami menegur isterinya?" dijeling dengan tajam Sarah yang berada di sebelahnya.

Nak petik ajaran agama?. Diri tu belum tentu baik sangat. Namun, ungkapan itu Sarah tidak ucapkan takut nanti bergaduh besar. Naya kalau Mikael turunkan dia kat tepi jalan nanti. Berdiam adalah kunci untuk mengelakkan pergaduhan.

"Aik? Asal diam? Tau diri tu salah kan. Nak sangat melawan cakap suami tak cium bau syurga baru tau." ejeknya lagi.

Sarah hanya diam mempaparkan riak tenang. Dia berusaha untuk bertenang dengan suaminya.

Perjalanan mereka ke Taman Damansara memakan masa 30 minit. Perjalanan mereka hanya senyap sebaik sahaja salah sorang daripada mereka mengalah.

~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~~♥~

"Hoii Kau nak pergi mana tu?" jerit Mika kuat.

"Nak masuk dalam. Nak tengok rumah ni."

"Kau ingat aku kuli kau nak angkat beg pakaian kau? Ada tangan kan nak angkat sendiri. Dah pergi ambik" Marah Mika. Sengaja dilanggar dengan kuat bahu Sarah sebelum masuk ke dalam rumah baru mereka.

Sarah menarik nafasnya dalam-dalam. Cuba disabarkan hatinya dalam melayan karenah suaminya. Pantas kakinya melangkah semula ke kereta.

"Oooiiiii!!! Kau nak hancurkan kereta aku ke!!?" Jerit Mika lantang rumah.

"Maaf." Kata Sarah perlahan.

Rumah banglo 2 tingkat mereka tidak semewah rumah mummy Mika tapi cantik je mata memandang kerana decorations rumah ni cantik dan tersusun. Elegan lagi.

Sarah terus menaiki tangga untuk mencari bilik tidur mereka.

"Hah muncul pun. Ingatkan dah tak reti nak naik." perli Mika. "Nah ni bilik kau. Bilik sebelah sana tu bilik aku. Kau jangan pandai-pandai nak masuk" arahnya.

" Kita tidur asing-asing? Kenapa?" Tanya Sarah sambil mengerutkan dahi.

"Aku nak tanya kau. Ni rumah siapa?" soalnya riak.

Sarah memandang ke arah Mika. Lama. Sebelum kakinya melangkah ke arah bilik yang telah ditunjuk Mika. Dalam hal ini, Sarah perlu cuba menerima yang dirinya hanya isteri atas kertas.

Namun sampai bila Sarah dapat bertahan hidup begini?





To be continued......





Heheheheh sorrylah klau hmbar dan tak menarik. Tapi jngan lupa nak vote dan comment tau.
stargazell sy dah guna cover awak cntik sngt hehehehe. Terima kasih tau sbb dah tlng buatkan.

HANYA SEMENTARA ✔Where stories live. Discover now