Hazel mengesat peluh yang mengalir di dahinya. Jaket sukan yang dipakainya dicampak ke atas rumput padang itu meninggalkan t-shirt sukan lengan pendek berwarna putih biru yang berlogo sekolah itu. Panas!

"Kau tengok itu. Pakwe-pakwe kita kena denda."

"Perempuan itu bukan ke si sombong itu."

"Haah lah, weyh."

"Sebelum ini bukan main sombong."

"Aku pernah tegur dia weyh tapi dia buat bodoh saja. Geram aku."

Hazel mengikat rambutnya gaya ponytail. Serius panas. Dah lah kena denda. Panas pula itu. Cuaca tak membantu langsung!

Dapat ganjaran ada orang mengumpat dia pula itu. Gaya macam nak bisik tapi cakap macam tertelan mikrofon! Sakit pula hati dia. Dua orang pelajar perempuan itu dipandang tajam.

Masing-masing melihat tingkah Hazel kecuali Jayden yang memandang langit. Hazel menggaru keningnya yang tidak gatal. Awkward gila!

Terus sahaja dia berdiri tegak dan memandang hadapan. Terasa nyaman sikit apabila angin bertiup. Dua orang pelajar perempuan tadi sudah berlalu pergi.

"Kau tak ada kawan, ke?"

Hazel memandang Ethan yang menanyakan soalan kepadanya. Sebelah keningnya diangkat.

"Aku tak pernah nampak kau dengan sesiapapun. Selalu seorang." sambung Ethan.

Hazel memandang hadapan.

"Entahlah." balasnya ringkas. Dia malas hendak menjawab. Lagipun dia tidak rasa kawan mendatangkan manfaat untuknya.

Lagipun susah nak cari kawan yang betul-betul ikhlas untuk berkawan. Kalau sekadar kawan yang suka mengutuk di belakang dan ada ketika senang sahaja, lebih baik tak payah ada terus.

"Bila kau ada kawan dia yang akan support kau. Ada dengan kau, no matter what happens. It's call as a bestfriend." balas Ethan dengan tenang.

Theo dan Lucas tersenyum mendengar kata-kata Ethan. Jayden tersenyum nipis.

Persahabatan mereka berempat sangat kuat. Mungkin mereka selalu bergaduh tetapi itu cara mereka mengeratkan lagi hubungan mereka sebagai sahabat.

"Sejak bila kau jadi macam ini, Ethan?" usik Theo dengan sengihan di bibir. Theo dan Lucas tertawa.

Ethan sekadar tersenyum. Menerima segala usikan dua orang sahabatnya itu.

"Tapi aku tak perlukan kawan." balas Hazel.

Dia memandang langit yang kerbiru-biruan itu. Dia teringat sesuatu. Memori. Ya, sebuah memori yang takkan pernah dia lupakan.

"Lagipun selama ini elok saja aku seorang-seorang." sambung Hazel. Masing-masing terdiam mendengar bicara gadis itu.

"Kalau kita orang nak jadi kawan kau?" celah Theo. Dia suka dengan Hazel. Gadis itu ada daya tarikan yang tersendiri.

"Kenapa?" balas Hazel ingin tahu. Hazel memandang Theo.

"Kau baik."

"Macam mana kau tahu aku baik?"

"Muka kau nampak baik."

"Tapi aku jahat." provok Hazel.

"Lucas lagi jahat daripada kau. Tengok muka dia pun orang dah tahu dia jahat." balas Theo lagi.

Hazel hampir tertawa tetapi dia tahan.

"Tak guna kau. Balik, balik aku yang kena." marah Lucas geram.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now