Masing-masing meneguk air liur. Nak ajak Draggy keluar, Irene masih tidak boleh keluarkannya dengan mudah. Ryan menyeru Griffin Bayang miliknya.

"Apa kehendak kau menyeru aku, Tuan Putera," Griffin Bayang itu menunduk dihadapan Ryan

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

"Apa kehendak kau menyeru aku, Tuan Putera," Griffin Bayang itu menunduk dihadapan Ryan. Dia melihat kearah Hydra Hitam.

"Sudah lamakah engkau tidur, Hydra?" Griffin Bayang itu melebarkan sayapnya dan terbang disekeliling Hydra Hitam.

"Ada sesuatu yang memanggil aku untuk munculkan diri," Hydra Hitam itu mendengus kuat sekali lagi. Hydra Hitam haiwan mitos yang tidak bertuan, tidak dijinakkan, tidak diketahui keberadaanya.

"Bercakap tentang siapa? Aku?" Irene mara kehadapan sekali lagi. Kali ini dia tidak boleh takut.

Ketiga-tiga kepala naga itu merenung kearah Irene.

"Kau ada Dragon," ujar salah satu kepala Hydra itu. Dia mengumpul bola api berwarna biru dan melepaskan kearah tepi kapal itu. Air laut memercik merata-rata tempat.

Zass!

Irene melibaskan kuasa petirnya dan terkena di salah satu kepala Hydra tersebut. Griffin Bayang itu masih berlegar-legar di langit tinggi. Rayana mengikat leher kepala Hydra yang ditengah dengan akar berduri.

"Kulit dia...keras," bisik Rayana dengan kerutan didahi yang tidak pudar.

Hydra menarik akar berduri itu sehingga Rayana turut sama ditarik. Rayana terhuyung-hayang di tengah Hydra.

"Rayana!" jerit mereka serentak.

Daryan menyemburkan api dengan kelajuan kuat. Diikuti Darwin yang turut melakukan hal yang sama dengan Daryan. Tapi malang, kulit Hydra itu terlalu keras. Langsung tidak berkesan.

"Jaga semua orang," pesan Irene kepada Ariyan. Dia dengan kelajuan penuh menuju kearah Rayana.

"Rin! Bahayalah! Apa kau gila ke?" kata Rayana kepada Irene yang cuba melepaskan ikatan yang tidak tahu macam mana boleh terikat di kaki Rayana.

"Aku tak kisahla bahaya ke gila ke. Keadaan kau tu sekarang ni lagi bahaya kalau aku tengok dari kapal." Irene geram dengan Rayana. Dia menarik Rayana kesisinya.

"Kau memang mahu mati, Tuan Puteri," Hydra memusingkan lehernya kekiri dan kanan dimana Irene dan Rayana berada.

"Ergh!"

"Rin! Yana!" Ryan membuat kepulan asap hitam dan menyerang Hydra. Hydra yang mahu mengamuk itu membalas balik sehingga Irene dan Rayana jatuh dari kepala Hydra.

Zass!

Satu bayang hitam dengan pantas menerpa kearah Irene dan Rayana dan meletakkan mereka di kapal semula. Bayang hitam itu bergerak tinggi di langit. Awan hitam semakin banyak berkumpul dengan guruh yang berganti-gantian berdentum.

"Uncle Ryan?" tanya Rayana pelik.

"Tak...tak...tak mungkin. Tu...bukan Uncle." Ryan menafikannya.

'Tak mungkin itu dia,'.

Bayang hitam yang menyelubungi itu semakin hilang. Dan seorang jejaka dengan berkerudung dikepalanya dilihat. Irene nampak, iris merahnya yang merenung Irene.

"Siapa dia..." gumam Irene perlahan.

"Aku rasa... Tu putera bayang," gumam Daryan perlahan.

'Putera Bayang' itu dengan kelajuan penuh menyerang Hydra dengan kuasa bayang. Ryan masih terdiam.

Yang lebih mengejutkan dia boleh meaiki Griffin Bayang milik Ryan dan menyerang Hydra bersama-sama. Ryan tersenyum nipis. Baru sekarang mahu muncul.

Satu letupan mengejut berlaku. Ariyan pantas mengeluarkan batu kaca segitiga dan batu itu membesar sehingga memuatkan kapal mereka didalam. Ianya membantu melindungi mereka dari letupan atau lemas jika masuk kedalam air laut.

Asap hitam mula hilang sepenuhnya. Hydra tiada dari pandangan. Yang tinggal hanya 'dia' yang masih menunggang Griffin. Ariyan mengembalikan batu kaca segitiga itu kedalam karung.

"Your Griffin?" tanya 'dia' dengan nada mendatar. Tiada perasaan.

Griffin Bayang itu menunduk kepala kearah 'dia' seterusnya Ryan. Ryan menghilangkan Griffin Bayang miliknya ke tempat asalnya.

"Glad because Griffin still remember you," Ryan perlahan. Iris kelabu Ryan merenung 'dia' tajam. 'Dia' seperti lari tidak mahu membalasnya.

"Uncle...kenal dia?" tanya Rayana perlahan.

"Nope." Ryan mendekati 'dia' perlahan.

"Really huh?" Dia berkata sinis. Suasana seperti tegang bagi Irene.

"Nahh...I think we should say Thankyou because rescue us." Irene cuba untuk beramah mesra dengan manusia yang tidak berapa nak mesra ini.

"You're the soul," 'dia' masih dingin dengan suara mendatarnya.

"Wait what?" Irene tidak faham.

"Nothing. Aku pergi dulu. Tidak ada guna jika aku terus disini," ujar 'dia' dengan dingin. Iris mata merahnya merenung setiap mereka. Hoodie masih setia di kepalanya menutup rambutnya. Tetapi boleh dilihat rambutnya yang terjuntai menutup dahi dan matanya. Encemnya.

"Hydra tu dekat mana sekarang?" tanya Rayana perlahan. Gerun.

"Here," ujarnya sepatah sambil mengangkat tangannya menunjuk gelang di pergelangan tangan.

Gelang magis yang boleh menyimpan haiwan-haiwan ajaib. Hanya orang tertentu boleh mendapatkannya.

"See you soon...Ry," katanya mendatar. Ryan tersenyum nipis.

"Yeah, soon. Rai." Ryan tidak lepas memandangnya.

"Stop calling me like that," dia mendengus geram.

'Dia' menghilangkan dirinya selepas asap hitam menyelubungi dirinya.

"Apa kaitan dia dengan Uncle?" tanya Ariyan mendatar. Ryan melihat Ariyan.

"Kau orang akan tahu juga nanti," ujar Ryan dengan senyuman manis.

"I'm the soul?" gumam Irene perlahan.

Apa maksud 'dia'?


♚♚♚

To Be Continued...

Tak sangka ada juga yang ship Irene dengan Ryan😂Takpelah Ryan tua bangka dah😂

Tak sangka ada juga yang ship Irene dengan Ryan😂Takpelah Ryan tua bangka dah😂

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

So how eith Hydra? Cute kan. Berketul tiga gittew. Chat group whatsapp ada dekat bio saya for readers story ni.💗 lots of love, Comel.

(S2) Dragon: The Next Heir ✔Nơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ