Bab 2 - Nama aku Is, guys!

14 0 0
                                    


SATU demi satu Honda Civic EK Ferio yang tersusun di kotak parkir, dipandangnya. Kereta Ajib, Awe, Pa’e, Que, Milo, Dol, Vijay, Fendi, Aqi dan keretanya. Hmm.. Sah, dia lambat lagi.
“Kau tak payah nak serius sangat. Macamlah tak biasa bila si ratu EK tu lambat.”  Milo melaung dari tempat dia berlonggok bersama teman yang lain.
Poji merengus seraya melangkah mendapatkan teman-teman keretanya. Honda Civic EK Family (HCEKF), antara grup kereta lama yang dah lama bertapak dalam dunia permotoran. Malah penglibatan mereka dalam pelbagai aktiviti NGO dan kovoi hampir setiap tahun, menjadikan nama mereka semakin dikenali. Honda Civic EK mungkin kereta lama, tapi dengan pengubahsuaian dari sekecil-kecil benda hingga ke enjin, menjadikan kereta tersebut sangat gah tika berada di atas jalan raya.
Team mereka pula antara team mewakili bandar tersebut. Bukan kata di bandar itu hanya ada mereka saja yang menggunakan Civic EK, cuma mereka bersebelas lebih rapat dari yang lain. Kalau jumpa dengan puak lain, mereka okey saja.
“Assamble seminggu sekali pun lambat juga. Bukan tiap hari pun.” Bebel Poji. Stress pula dengan si Ratu EK seorang tu. Kalau ya pun orang gelar dia ratu, tak payahlah nak in character sangat.
“Adeh.. Membebel mengalahkan mak aku.” Komen Awe. Bersahaja bersandar pada batang pokok ketapang sambil menghabiskan rokoknya.
“Entahlah, Poji. Rindu agaknya kat Is tu.” Tambah Fendi yang kurus tinggi tu pula. Mereka mungkin berlainan profession, tapi pada mereka itu semua bukan alasan untuk mereka berkawan.
Fendi sendiri merupakan pengusaha bengkel kereta. Begitu juga dengan Awe dan Dol. Sementara Aqi merupakan kerani bank. Milo pegawai di jabatan pendaftaran. Pa’e pegawai jabatan pengangkutan jalan. Vijay pula pegawai polis trafik. Ajib dan Que pegawai polis bahagian siasatan jenayah. Mereka ditemukan dalam grup HCEKF dan boleh rapat hingga kini. Akrab tu dah macam satu keluarga.
“Dia tu dah macam adik aku. Seminggu tak jumpa, mahunya tak rindu.” Poji bersila di sebelah Vijay.
“Coverlah tu, takut bini tahu.” Vijay menyampuk bersama kepulan asap rokok yang dihembus ke muka Poji.
“Bodoh.” Poji bagi tempeleng sebiji pada lelaki berbangsa india tu.
Vijay dan yang lain tergelak saja. Dah biasa dengan suasana seperti itu. Gurauan tu yang buat mereka semakin akrab. Perbezaan agama dan bangsa bukan satu penghalang buat mereka. Lagipun, Vijay tu tak adalah nampak macam india sangat. Mak dia Cina, ayah dia india. Lahir dia, jadilah muka Hindustan.
“Kau ada dengar cerita tak..”
“Dia dah start. Dia dah start.” Pa’e selamba cantas ayat mukadimah Aqi.
Aqi kalau bab bergosip, bagi kat dia. Siapa pun tak boleh lawan kehebatan dia dalam mencari dan menyampaikan berita tergempar. Kadang cerita dia memang boom, kalah melodi. Tapi yang buat spoiled tu bila dia bagi cerita taraf ‘sampah’, angkat kakilah jawabnya.
“Weh, cerita panas ni. Budak-budak FB dah heboh tau. Takkan korang tak tahu?” Aqi dah buat gaya gempak.
FB tu bukan singkatan untuk Facebook ya, tapi FB tu salah satu kereta jenis sedan keluaran Honda dan dibawah Civic juga. Yalah Civic, kan ada macam-macam jenis. Civic FD, FB, FC. EK, Dolphin, Mugen dan banyak lagilah. Macam mana nak bezakan? Budak-budak kereta aje yang tahu.
“Okey, kalau hebat sangat cerita tu, meh bagi hint dulu. Cerita pasal apa? Entah-entah kitorang dah tahu dulu sebelum kau.” Milo mencelah. Asyik Aqi aje duduk rank pertama dalam bab gosip, bila lagi turn dia? Selalu bila Milo baru nak start cerita aje, Aqi dah cantas dulu dan diikuti dengan berita susulan yang padat dan lengkap. Entah dari manalah Aqi tu dapat info.
“Pasal Is dengan Qurt.” Aqi bagi klu. Dia pandang muka teman-temannya, tapi masing-masing tayang muka bersahaja. Aik, tak cukup gempak ke klu tadi tu?
“Lame..” komen Ajib dan Que. Yang lain pula cebik muka. Tak gempak pun. Cerita dah basi.
“Cerita Is dengan Qurt, dah usanglah, Aqi oii.. Kau dah berapa tahun duduk dalam gua? Takkan baru tahu kot pasal perang saudara tu?”
Kalau buka topik tentang Is dan Qurt dikalangan budak-budak kereta, tak kiralah grup kereta apa pun, semua dah lali dengan perang antara dua beradik tiri tu. Is tu ratu HCEKF dalam Johor. Siapa saja yang tak kenal dengan Is yang sporting tu, kereta pun gempak nak mati. Dia baru blow minyak sekali, orang sekeliling dah tahu dah siapa pemilik kereta EK warna red candy tu.
Qurt pula antara lelaki terhangat dalam grup Honda Civic FB. Dia jadi hangat dan hot sebab kereta FB dia yang gempak dan gaya rich boy dia tu. Mereka jadi adik-beradik tiri sebab ayah kandung Is berkahwin dengan mak Qurt. Kira Qurt tu anak tiri kepada ayah Is. Anak tunggal pula tu. Kenapa Qurt rich boy tapi Is biasa-biasa aje? Kalau nak diikutkan, Is pun anak orang berada juga. Ayah Is ada kedai emas sendiri kot. Tapi Is tu tak suka menunjuk macam abang tiri dia. Tambah pula, sejak dari kecil dia dah tinggal dengan mak cik dia, jadi Is memang buat hal dia sendiri.
Dan yang buatkan budak-budak kereta dapat hidu peperangan mereka berdua tu bila berlaku perang mulut waktu event auto show di Penang hampir tiga tahun yang lalu. Kalau tak sebab Qurt yang start, sampai kiamat pun diorang tak tahu yang budak Qurt tu abang tiri Is. Dan sejak dari hari tu, budak Civic EK dengan Civic FB area Johor mula renggang. Is ni jenis tak ambil port sangat tapi Qurt tu kaki ‘cucuk’. Sampaikan ada budak-budak EK lari pergi ke grup FB. Begitulah ceritanya..
“Entahlah, Aqi. Kalau setakat perang-perang mulut, kes sampai-menyampaikan, kes cucuk-menyucuk, kes api-mengapi tu semua, dah tak hairan dah aku. Is pun dah tak hadap dah nak dengar.” Sambut Awe.
“Yalah. Kadang hairan aku. Qurt tu lelaki ke perempuan? Dia punya mulut, boleh buat Malaysia berperang dengan Negara luar, kau tahu? Nasib baik dia bukan abang tiri aku, kalau tak, dah lama aku ceraikan mak dia.” Que menambah sebal.
“Oii, bongok. Kalau betul pun Qurt tu abang tiri kau, kau ingat kau boleh ke ceraikan mak dia? Bangang tu buat-buatlah simpan sikit untuk anak cucu.” Pa’e yang dah sememangnya jenis kaki pangkah, dia pangkah aje terus ayat Que tu walaupun dia tahu Que hanya bergurau.
“Hahaha.. Gurau pun barai. Tapi seingat aku, kes paling win masa tahun lepas. Korang ingat?” Que pandang teman-temannya.
“Gila tak ingat? Nasib baik ada Shah, kalau tak.. Dah jadi banduanlah si Is tu.”
Pada Milo, kejadian tu memang paling ‘hitam’ yang pernah dia lalui. Tak sangka Qurt boleh guna jalan paling keji dengan meletakkan dadah jenis heroin dalam kereta Is. Nasib juga abang kandung Is, si Shahrul tu polis bahagian narkotik, kalau tak.. Dah lama Is duduk ‘dalam’.
“Tak, masalahnya tu kira cerita dah basi. Yang aku nak bagitau tadi, cerita baru. Aku dengar Qurt nak turun BP, nak ‘bakar’ jalan dengan Is. Kau rasa?” Haa, masing-masing terdiam. Puas hati Aqi.
“Mana kau dengar?” Milo dah panas punggung.
Aqi tayang muka bangga. Maknanya dia berjaya sebarkan gosip tergempar.
“Mana aku dengar tu, tak penting. Yang penting sekarang..” Bicara Aqi diganggu dengan panggilan telefon milik Vijay. Kalau ikutkan, dia nak teruskan saja dengan ceritanya, tapi Vijay beri isyarat tangan supaya Aqi diam seketika.
“Positif?” soal Vijay seketika selepas dia diam mendengar bicara dari pemanggil. Mata Vijay meratah satu-persatu wajah temannya. Melihatkan raut tegang Vijay, masing-masing boleh mengagak ada benda serius yang sedang disampaikan oleh pemanggil.
“Area?” sepatah-sepatah soalan Vijay.
“Aku tahu jalan BP-Kluang. Kilometer. Aku nak tahu kilometer berapa!” Vijay menjerkah garang. Sah, Vijay dah jadi Ins.Vijay walaupun tanpa seragam putih hitamnya.
“Inform unit, cover jalan. Kalau perlu escort, escort. Kalau perlu tahan, tahan. Now!” arah Vijay. Tamat saja talian, terus dia kalih pada Ajib yang tercengang sejak tadi.
“Jib, roger budak kau. Jalan BP-Kluang, ada roadblock ke tak sekarang? Kalau ada, off kan. Budak aku cover.” arah Vijay sebelum kalih pada Pa’e.
“Pa’e, make sure budak kau tak ada buat operasi malam ni kat area tu.” Pesan Vijay walaupun dia tahu jarang sekali JPJ buat rondaan pada waktu malam.
“Apahal ni, Jay? VIP mana nak datang?” Milo dah tak sedap hati.
Vijay yang sedang sibuk dengan telefon di tangan, kalih pada Milo. Kleuhan berat dihambur. Wajah Aqi dicari.
“Berita kau tak cukup gempak, Qi. Berita aku lagi gempak. Qurt tengah ‘bakar jalan’ dengan Is sekarang. Budak-budak FB follow sekali.” Tutur Vijay, ada nada geram dan gusar.
“Maknanya..” Fendi diam seketika.
“Maknanya, ratu kita kena kejar dengan budak FB..! Dah tu, kita tunggu apa lagi? Gerak ar..!” Laung Poji dan sepantas itu dia bangun mendapatkan keretanya. Yang lain tak ketinggalan untuk dapatkan Is.

#RoadToHatiAwakWhere stories live. Discover now