Prolog

18 0 0
                                    

PROLOG

“KENAPA awak suka dera perasaan saya macam ni, Is?” Wajah lembut milik tunangannya itu ditatap sayu.

“Kenapa awak tak pernah bagi peluang pada saya untuk lihat diri awak yang sebenar? Kenapa sampai ke hari ni, awak block saya untuk terus mengenali awak?”

Penat. Ya, Danish dah penat mencari jalan untuk road to hati Is. Dia nak give up tapi hatinya tetap juga mahukan Is menjadi isterinya.

“I know that we love each other tapi kenapa awak mesti rumitkan perjalanan saya untuk masuk ke hati awak? Apa sebenarnya yang awak cuba nak tunjukkan pada saya, Is?”

“Saya tahu awak penat, Dany. Baliklah.” Is berpaling ingin berlalu.

Langkah Is, Danish hadang pantas. Wajah Is yang sentiasa manis walaupun hanya bertudung sarung agak labuh dengan baju tee lengan panjang dan berseluar track, dipandang tanpa pernah rasa jemu.

“Apa yang kurang dalam diri saya, Is? Bertahun saya cuba sabar dengan layanan awak pada saya tapi hari ni, awak betul-betul buat saya down. Jauh-jauh saya datang sebab nak tengok bakal pengantin saya tapi bila saya sampai, saya tengok awak tengah bergelak ketawa dengan Qurt. Is, bila awak buat semua ni, pernah tak awak fikirkan perasaan saya?”

Is sepi.

“Jujur pada saya, Is. Selama kita bertunang ni, pernah tak awak nampak kesungguhan saya untuk satukan hati dan ikatan kita? Pernah tak?” tekan Danish masih terkawal nadanya.

“Awak cemburu tak bertempat, Dany.” Balas Is perlahan.

“Saya tak cemburu, Is. Tak, saya tak cemburu pada Qurt cuma saya terasa dengan awak. Awak tak pernah layan saya sebaik awak layan Qurt. Awak tak pernah hargai apa yang saya buat untuk awak selama ni. kenapa, Is?”

“Kalau..” Is tunduk seketika, cuba mengawal emosinya.

“Kalau awak rasa yang saya ni tak beri apa-apa makna pada awak sebaliknya hanya beban pada perasaan awak, baiklah kita putus.”

Qurt dan Shahrul yang menjadi penonton sejak tadi, tersentak. Betul ke apa yang mereka dengar? Mereka kalih pada Danish. Wajah lelaki itu nampak sebak tapi dikawal dengan sebuah senyuman pilu. Kenapa Danish tak membantah seperti selalu? Danish dah putus asa ke?

“Ini yang awak harapkan selama ni, kan?” Bertahan, Dany. Bertahan.

Danish tarik nafas dalam-dalam sebelum dia buang pandang pada Qurt dan Shahrul. Kerutan di dahi mereka, Danish buat tak perasan.

“Just call off the wedding. Apa-apa yang pihak kau orang nak tuntut, bagitau. Anggap aje aku yang batalkan semua ni.” Ujar Danish, setenang yang mampu walaupun hati dah tersedu.

“Weh, takkan nak batalkan. Tinggal tiga hari aje lagi. Is..! Apa ni?” Qurt tak faham. Apa pasal tiba-tiba nak batalkan?

“Assalamualaikum.” Tambah Danish seraya membuka langkah, berlalu dari laman.

“Atul, apa dah jadi sebenarnya? Kenapa tiba-tiba cakap pasal putus tu semua?”

Shahrul mendesak bila Danish dah nekad berlalu meski berkali-kali dia berteriak. Qurt yang cuba menahan langkah Danish juga, tak dihiraukan.

Is merenung belakang Danish yang semakin menjauh dengan pandangan yang sudah kabur dengan airmata.

Danish..

Langkah lelaki itu nampak
perlahan tapi tak pula lelaki itu mahu menghentikan langkah. Berpaling padanya jauh sekali. Dia tahu, Danish dah terlalu lelah untuk menggapai hatinya. Dan tika itu, telinganya bagai terngiang lagu Come To This nyanyian Natalie Taylor, membuatkan airmatanya tumpah tanpa segan silu di depan Shahrul dan Qurt.

How can this happen, How can this be,
There is no ending, There is no peace,
The darkness is so close,
The light so quickly goes.
Now it’s all gone, now it’s all gone,

The darkness keeps its grip,
How’d it come to this, How’d it come to this,
How’d it come to this, How’d it come to this..

Masuk saja ke dalam BMWnya, Danish tersandar lesu. Mata yang terasa pedih, dipejamkan rapat-rapat. Dan memori sepanjang perkenalan dia bersama Is terlayar tanpa digamit.

Walaupun hubungan mereka tak semanis pasangan lain, tapi Danish tetap rasa hubungan mereka adalah yang teristimewa. Diam-diam, bibir Danish melorek senyum. Pedih. Perit. Sakit. Kecewa.

Will you hear me when I speak,
Do you feel the pain with me,
I tried to be so strong,
I thought that hope would come,
But you’re not here.

The darkness keeps its grip.
How’d it come to this.
Please come back, please come back..
Please come back, please come back..
To me..

#RoadToHatiAwakWhere stories live. Discover now