awak, untuk pengetahuan awak..

chanyeol sunbae tu first love saya. ya memang salah saya sebab sembunyikan tentang ni dari awak sebab saya taknak awak fikir yang bukan bukan tentang saya dan dia. tapi saya tak bagitahu pun awak dah fikir yang bukan bukan kan?

percayalah, dia tu cumalah kisah silam saya. sebab awak ialah masa hadapan saya. saya terkilan tau bila awak langsung tak percayakan saya. but i'm trying to understand you so dengan ni saya minta maaf.

oh tentang hadiah ni hehe ni buat syarat je. saya tak tahu awak minat apa sebab saya tak dapat nak kenal awak dengan lebih rapat.

terima kasih sayang sebab tahan dengan perangai saya sebelum ni dan terima kasih bagi saya pinjam kereta awak harini!❤️

your wife,
woo seohee.

seonghwa mengesat pipinya. terkejut dia saat terasa pipinya basah dek air mata yang tiba tiba turun tanpa disedarinya. jiwa lelakinya terus terusik dengan surat yang ditulis isterinya.

masih ada rasa kurang percaya, jadi untuk memastikan yang perasaannya sebelum ni salah kerana bersifat prasangka buruk dengan seohee, seonghwa menelefon chanyeol. ehh tetiba ada pula otak nak check dulu sebelum buat spekulasi sendiri. tadi percaya bulat bulat dengan gambar.

sekali telefon, panggilan tak diangkat. kali kedua, selepas deringan ketiga baru panggilan diangkat.

"hyung"

baik pula dia tegur elok elok. buat macam dorang tak bergaduh pula haritu.

"betul ke seonghwa ni? bukan orang lain?"

"ya, ni park seonghwa"

"lahh apahal pula kau nak call aku tengah malam ni? macam buang tabiat pula"

"aku tahu aku mungkin ganggu kau sekarang ni tapi aku nak tanya kau something. siang tadi kau ada jumpa seohee eh?"

"oh haah. terserempak masa aku nak cari hadiah untuk yerin. kenapa? kau tak habis habis lagi ke nak cemburu buta?"

"so korang memang tak plan?" daripada menjawab soalan chanyeol, lain yang ditanyanya.

"takdelah. nombor dia pun aku takde, nak plan apa pula. lagipun aku busy sikit ah semalam"

"oh okey" terus panggilan diletakkan. dia call chanyeol semata mata untuk tanya tu je. dia tahu chanyeol bukan jenis yang menipu tengah tengah malam ni.

hatinya mula risau memikirkan keberadaan isterinya sekarang. sudahla dah tengah malam. isterinya pula daripada tadi tak balik balik. ingatkan seohee cuma merajuk sebentar, nanti baliklah tu. tapi dah tengah malam macam ni pun batang hidung seohee langsung tak nampak.

rasa nak hantukkan kepala pada dinding apabila memikirkan semula yang dia sudah berkasar dengan seohee sehingga panggilan mereka terus bertukar semula. pelbagai tuduhan telah dia lemparkan. mesti seohee rasa kecil hati dengan dia. entah sejak bila perangai seonghwa jadi sangat kebudak budakan.

"seohee.. jangan buat saya risau"

-

telefon di dalam poket seohee kerap kali berdering. namun tiada tanda tanda yang seohee akan menghentikan deringan yang nyaring terserlah dalam suasana yang hening itu. jalannya pula terhuyung hayang, mujur tak mengganggu orang lain. dia dengan sehelai sepinggangnya itu bukan main happy lagi nampaknya apabila fikirannya sudah menjadi separa sedar.

mana taknya, masalah dia sudah terbang entah ke mana buat sementara waktu. lupa agaknya status diri dia sekarang ni, boleh pula tengah tengah malam ni mabuk macam ni.

dalam selang 2 rumah sebelum tiba di hadapan pintu rumah seohee, telefon miliknya terus diam. bayangan susuk tubuh seseorang yang sedang berdiri di hadapan pintu rumahnya hanya kabur kabur sahaja. wajahnya tak begitu jelas sehinggakan seohee terpaksa mengecilkan matanya untuk melihat. langkahnya dihentikan untuk terus fokus.

"oh!" seohee mengangkat jari telunjuknya walaupun dia tak dapat berdiri dalam keadaan yang betul seiring dengan bibirnya yang tersenyum lebar.

"suami sayaaaa!" seohee berlari seperti kanak kanak ke arah seonghwa yang tegak berdiri dengan mukanya yang serius lalu tubuh seonghwa dipeluk erat.

"suami saya datang nak jumpa saya la hekhek" seohee tersengih gembira sambil melompat lompat sedikit. seonghwa masih begitu, berdiri tegak tanpa membalas pelukan seohee.

"uh? kenapa tak peluk saya balik? awak tak sayang saya lagi dah eh?" pelukan dilepaskan dan riak wajah seohee bertukar muram.

seonghwa memejamkan matanya buat beberapa saat. terasa kasihan melihat keadaan isterinya yang tiba tiba sahaja mabuk teruk. seohee tak pernah mabuk di depannya jadi dia rasa bersalah bila tahu seohee jadi macam ni sebab dia.

"kita balik" seonghwa berura ura hendak menarik lengan seohee tetapi seohee menggeleng laju.

"awak tak sayang saya, buat apa saya balik"

"saya sayang awak, woo seohee. saya sangat sangat sayangkan awak, so tolong dengar cakap saya. please?"

"tapi awak halau saya tadi" wajah seohee makin muram apabila isu itu dibangkitkan.

"saya tak halau awak pun. saya tak bermaksud macam tu pun. saya—"

"—minta maaf sebab berkasar dengan awak. saya tak tahu kenapa saya nak cemburu sangat dan buat perangai budak budak. saya yang taknak percayakan awak. saya yang patut minta maaf, bukan awak"

seohee sekadar mengangguk angguk. entah dia dengar ke tidak tu pun tak tahulah. gayanya endah tak endah sahaja.

"seohee.. kita balik ya?"

"saya takut-"

"—yang awak akan marah saya lagi"

"saya akan lebih marah kalau awak taknak dengar cakap saya tau"

"yela, kita balik rumah awak" akhirnya seohee akur.

"rumah kita"

"okey, rumah kita"

seonghwa ingatkan semuanya sudah selesai, tetapi bila ditarik tangan seohee, tetap juga seohee tak bergerak. kepalanya tunduk ke bawah.

"seohee?"

tepat pada masa itu, tubuh seohee terus rebah ke atas lantai.

tolong hargai usaha aku update walaupun aku tengah busy study for spm and buat kerja kursus dengan vote dari korang semua ya! thankies

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

tolong hargai usaha aku update walaupun aku tengah busy study for spm and buat kerja kursus dengan vote dari korang semua ya! thankies

oh yeah, maybe chapter lepasni atau chapter lagi satu ialah chapter terakhir. sekian😔

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now