"Stupid." carut lelaki yang memakai spek mata itu. Nametag di blazernya tertulis 'Ethan Einstern'.

"Oh my gosh!" Lucas menutup mulutnya apabila Ethan mencarut kepadanya. Tangan di bawa ke dada dan riak wajah menunjukkan dia sakit. Drama king!

Pap!

"Aww!" Lucas berpaling ke belakang sambil sebelah tangannya memegang belakang kepalanya.

Dia terlihat Jayden Smith membawa tangannya yang memegang telefon ke sisi. Tanpa riak lelaki itu melangkah pergi mengambil tempat duduk di meja hadapan sekali.

"Disebabkan kau kita kena masuk sini." kata Ethan geram.

Telinga lelaki itu ditarik geram. Lucas mengaduh sakit. Bukan itu sahaja. Theo Zander datang menghampiri lalu punggung Lucas di tendang kuat melepaskan geram.

Oh my gosh! Macam kena buli pun ada! Lucas mengumpat di dalam hatinya apabila diperlakukan sebegitu oleh rakan-rakannya.

Ethan juga melangkah pergi untuk mengambil tempat duduk. Biar Theo yang uruskan Lucas.

"Kau tahu kan aku paling suka subjek PE! Disebabkan kau seorang, kita orang kena sekali tahu tak! Geramnya aku!" marah Theo. Rambut Lucas ditarik penuh rasa geram.

"Sakitlah, Theo! Sakit! Lepaslah tak guna! Rosak rambut aku woi!" jerit Lucas.

Theo tidak menghiraukan jeritan itu. Dia melepaskan geram dengan menarik rambut sahabatnya yang seorang itu.

Disebabkan Lucas, mereka berempat perlu duduk di bilik tahanan itu. Ada ke patut Lucas tidak tahan ingin membuang air kecil, lalu dia menggunakan tandas perempuan? Sudahnya dia angkut mereka bertiga sekali.

Mereka ditangkap oleh Mr. Nolan yang sedang meronda untuk memastikan semua pelajar tiada yang berkeliaran di luar kelas. Habis mereka dimarahi teruk oleh Mr. Nolan.

"Bukannya selalu!"

"Bukan selalu kau kata? Kalau mak aku tahu aku masuk lagi dalam detention room ini memang habis aku!"

"Dasar anak mak!"

"Memang nak kena kau ini!" Theo mencekik leher Lucas. Terbatuk-batuk lelaki itu dibuatnya.

"Le...lepas tak guna. Dah nak ma...mati dah ini." Ditepuk-tepuk tangan Theo yang mencekiknya.

Ethan sudah menggelengkan kepala melihat dua orang sahabatnya itu. Jayden hanya buat tidak tahu sahaja.

"Mati kau! Mati!"

"Le...lepas."

Terkejut mereka apabila terdengar pintu dikuak daripada luar. Semua memandang ke belakang.

Theo melepaskan leher Lucas. Kolar bajunya dibetulkan.

Lucas pula terbatuk-batuk. Tangannya naik menepuk-nepuk lengan Theo. Theo menepis kuat tangan lelaki itu.

Hazel terkaku melihat adegan tadi. Dia tidak salah masuk bilik, kan?

"Hai, pretty!" tegur Theo. Tangan dilambai ke arah Hazel. Senyuman diukir menampakkan lesung pipitnya. Tak sangka berjumpa lagi.

The Stupidos | The Hidden CureWhere stories live. Discover now