" okay semua mari kita bersedia untuk melayan ramai pelanggan perempuan " , kata aku semangat kepada dua pekerja kesayangan aku.

" cara kau cakap tu macam kita ni gigolo pulak " , balas taehyung. Aku menjelingnya, bising oh dia ni sukatilah orang nak kata apa pun.

Kring!

Loceng dipintu berbunyi menandakan ada pelanggan yang masuk ke dalam kedai.

" selamat pagi dan selamat datang ke kedai kami " , kata hoseok hyung mesra kepada pelanggan perempuan tersebut.

" um hi, saya nak oreo vanilla milkshake bubble satu ya " , kata perempuan itu dengan sopan. Hoseok tersenyum lalu menganggukkan kepalanya tanda faham.

" cik boleh duduk dulu ya, nanti dah siap kami panggil nombor cik melalui skrin televisyen ni " , kata hoseok hyung bagi pengetahuan kepada pelanggan tersebut.

" okay terima kasih " , balas perempuan itu lalu dia pun pergi mengambil duduk di tepi tingkap tidak jauh dari kaunter.

" kook, tae— oreo vanilla milkshake bubble satu " kata hoseok hyung pada aku dan taehyung hyung.

Aku dan taehyung hyung menganggukkan kepala kami faham lalu kami berdua pun memulakan kerja dengan menunjukkan skill skill meletak bubble ke dalam cup minuman.

Kring!

Itu dia ada pelanggan masuk lagi. Sekarang masih awal pagi, sebab tu tak ramai sangat lagi yang datang. Engko tunggu tengah hari sikit, fuh letih nak control dorang.

Kekadang aku conpius, aku ni kerja dekat kedai boba ke tadika.

" eh reyhaa, sini pun kau— cuak aku tadi cari kau kat dalam rumah takde " , kata seorang perempuan kepada perempuan yang sudah memang ada di dalam kedai ini tadi atau namanya reyhaa seperti mana perempuan baru masuk ini panggilnya.

" dah engkau lembap sangat, aku cau la dulu " , balas perempuan bernama reyhaa itu lalu dia menyambung bermain dengan telefon pintarnya.

Telefon memang pintar, tetapi pintarkah anda?

Eh tiber.

Dua orang perempuan yang baru sahaja masuk ke dalam kedai aku itu pun berdiri di hadapan kaunter untuk membuat pesanan.

Selepas selesai membuat pesanan, mereka berdua itu pun duduk bersama dengan perempuan yang bermain telefon pintar tadi.

Tapi dorang bertiga ni chill lah, takde pun nak ngorat ngorat aku, taehyung hyung dengan hoseok hyung.

Betul betul order lepastu tunggu je.

Beginilah pelanggan yang kita mahukan!

" oreo vanilla milkshake bubble siap " , kata aku pada hoseok hyung. Hoseok hyung mengangguk lalu menekan nombor pada tablet.

Lalu terkeluar lah nombor 001 di skrin televisyen yang berada elok di siling.

Perempuan yang bernama reyhaa tadi itu pun datang untuk mengambil minumannya. Dia tersenyum nipis kepada aku dan aku juga membalasnya.

Tak mahulah dilabel sombong oleh pelanggan.

Eh tapi cumils juga dia, swag swag gitu pakaian dia. Hitam je macam cara pemakaian aku.

Selepas dia mengambil airnya dari aku, terus aku membuat lagi dua air milik rakan rakannya.

Selepas beberapa minit air kawannya berdua itu pun siap dan mereka berdua pun ambil dengan cara yang baik.

Selepas selesai sahaja mereka mengambil air mereka, terus terdapat ramai perempuan perempuan di luar kedai sedang meluru ke kedai aku.

" eh dah jom cau, serabut aku ramai ramai ngan dorang " , ajak perempuan bernama reyhaa itu dengan bergayanya.

Kawannya dua orang itu menganggukkan kepala setuju untuk bla bersamanya.

Lalu sebelum pelanggan perempuan diluar sana masuk, mereka sempat keluar dengan selamat dari kedai boba aku.

Dan dengan itu penuhlah kedai aku dengan perempuan perempuan yang suka mengorat aku dan pekerja aku yang lain.

Omma tolong kook!

•••

Disebabkan yang sebelum ini aku baca dan merasakan bahawa ianya merapu jadi aku pun re-dit semula ehek

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Disebabkan yang sebelum ini aku baca dan merasakan bahawa ianya merapu jadi aku pun re-dit semula ehek

Harap korang suka dengan perubahan ini ❤️

" √ " ♡ Abang Boba • JJKWhere stories live. Discover now