팙 : 16

1.8K 247 24
                                    

❝ Abang Kacak Kook ❞

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Abang Kacak Kook

Aku masuk ke dalam bilik tidur aku dalam keadaan yang letih selepas baru balik sahaja dari gym untuk bersenam.

Aku menghampiri reyhaa yang sedang berbaring bergelut main mobile legend seperti biasa di atas katil.

Lalu aku pun merebahkan diri aku diatas katil bersebelahan dengan reyhaa.

Disebabkan katil yang sedikit terasa bergerak disebabkan aku yang baru sahaja membaringkan diri diatasnya.

Reyhaa menoleh memandang aku sekilas.

" eh pergi mandi dulu lah baru tidur " , tegur reyhaa.

" malaslah, mandikan boleh? " , soal aku dengan muka yang cuba aku comelkan.

" ingat awak tu baby lagi ke? Pergilah mandi sendiri " , balas reyhaa selamba. Aku mencebikkan bibir akh sambil memeluk tubuh.

" ala kita memang baby lagi, kita baby kalau dengan awak je " , kata aku sambil menggerak gerakkan lengan reyhaa.

" eh tak payah nak mengada sangat, pergi mandi cepat " , arah reyhaa kedengaran agak tegas.

Aku mencebik, lalu bangkit dari pembaringan untuk masuk ke tandas dan mandi. Dia ni bukan boleh buat main, nanti mahu dia restling aku disini juga.

Aku mencapai tuala lalu masuk ke dalam tandas untuk mandi.

Selepas beberapa minit berperang dengan air di dalam tandas, aku pun keluar dan seperti biasa, mestilah berkemban dengan tuala yang dililitkan di pinggang sahaja.

Reyhaa kelihatan tidak kekok mahu pun malu dengan keadaan aku yang dah habis sexy ini.

Kental betul hati bini aku ni. Susah ni nak goda kalau hati sekeras ini.

Aku berjalan terus menuju ke walking closet untuk mencari pakaian dan pakai disitu.

Malulah nak pakai depan reyhaa hehe.

Seusai aku selesai memakai pakaian, aku pun dengan rianya terus memanjat katil dan membaringkan diri aku disebelah reyhaa yang sudah sedia untuk tidur membelakangi aku.

Aku tanpa ragu ragu terus memeluk pinggan rampingnya tanpa rasa malu.

" ish apa peluk peluk ni? Ingat saya ni bantal ke? " , soal reyhaa masih berbaring membelakangi aku.

" ala apa salahnya? Awakkan milik saya, suka hati saya lah nak peluk ke, nak cium ke, nak gomol pipi awak ke sebab awakkan isteri saya yang sah " , balas aku lalu mengeratkan lagi rangkulan aku di pinggangnya.

" hm " , balas reyhaa.

Aku cuba melelapkan mata aku untuk tidur.

Tetapi terganggu apabila reyhaa menggerakkan tubuhnya untuk menghadap aku.

Lalu perlahan lahan dia memeluk aku dipinggang dengan wajahnya disembamkan di dada bidang aku.

Oh my god, abang jeykey tak kuat!

" hm wangi " , puji reyhaa.

" eh mestilah, dah baru lepas mandi kan " , balas aku sambil tersenyum kecil dengan tidakkannya untuk memeluk aku kembali.

Rasa macam nak berjerit suka je.

" ni kenapa ni tiba tiba berani nak peluk saya? " , soal aku dengan senyuman yang masih tidak lengkang dari bibir.

" saje, salah ke? Kalau salah takpe saya tidur balik dengan posisi asal " , balas reyhaa dan berura ura untuk melepaskan rangkulan dari pinggang aku.

" eh manada salah, saya tak cakap apa apa pun " , jawab aku lalu menarik dirinya kembali ke dalam pelukan.

" manalah tahu tak selesa " , kata reyhaa sambil memperbetulkan posisinya supaya dia lebih selesa.

" ish mana pulak tak selesa, rasa makin selesa dan best adalah " , balas aku dengan sengihan arnab comel aku.

" hm dahlah, cepat tidur " , kata reyhaa sambil menyembamkan wajahnya di dada bidang aku.

Suka betul ya dia dengan dada aku.

Aku mengusap lembut rambut panjangnya lalu dia pun tertidur di dalam pelukkan aku.

Begitu jugalah dengan aku.

•••

" kook, tolong ambilkan tu sekejap " , reyhaa memanggil aku sambil jarinya yang ditujukan kepada biskut oreo yang terletak tinggi di rak makanan.

" tak sampailah tu " , balas aku lalu tertawa kecil dengan riaksi wajah cemberutnya.

" biarlah, pendekkan comel " , katanya aku pun tertawa kecil lagi dengan gelagatnya yang kelihatan comel dimata aku.

" yelah sayang " , balas aku lalu mencapai oreo kegemarannya.

" apa? Sayang? " , reyhaa memandang dengan pandangan yang tidak percaya.

" kenapa salah ke? " , soal aku dengan kening yang dijongketkan sedikit.

" taklah, saje tanya " , balas reyhaa lalu merampas pack oreonya dari tangan aku.

" ni beli banyak banyak ni siapa yang nak bayar? " , soal aku yang berjalan seiringan dengannya sambil menolak troli.

" hehe, awakkan suami saya yang kacak lagi kan bergaya, mestilah awak yang akan bayarkan untuk saya " , balas reyhaa dengan wajah yang dicomelkan.

Haih nasib memang comel.

" yelah, nasib baik cute " , kata aku mengalah. Reyhaa tersenyum suka lalu mula pergi ke rak minuman bersusu.

" awak nak banana uyu? " , soalnya sambil menunjukkan satu pack panjang susu pisang.

" nak, tapi awak yang belanja ke? " , soal aku semula padanya. Dia menganggukkan kepalanya bersertakan dengan sengihan.

" saya belanja, awak bayar hohoho " , katanya lalu dia berlalu pergi tinggal aku yang terpingga pingga.

•••

•••

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
" √ " ♡ Abang Boba • JJKWhere stories live. Discover now