BAB 4 (NEW EDITION)

Start from the beginning
                                    

Hamidah terdiam dan tersentap dengan kata-kata ibu mentuanya.

"Midah, kita ini diuji dengan macam-macam perkara... Semakin berat ujian itu, semakin besar kasih sayang Allah itu untuk kita. Umi mungkin tak mengalami, tetapi umi memahami. Umi juga seorang yang mempunyai rasa simpati."

"Kadang-kadang, kita rasa ujian yang kita lalui itu, berat... Tetapi, ujian orang lain lebih berat. Sekurang-kurangnya, Allah berikan kita sesuatu selepas itu. Pelangi tak akan muncul jika tiada hujan. Betul tidak?"

Hamidah memandang uminya. Matanya berkaca.

Zainun duduk bersebelahan menantunya dan memegang erat tangannya.

"Umi faham apa yang kamu lalui, bukan suatu perkara yang mudah untuk kamu lupakan. Tetapi umi tak nak perkara itu, jadi sebab kamu tak boleh nak menerima takdir. Allah sayangkan kamu, nak. Allah beri sekali lagi kamu peluang. Kamu kena reda," nasihat Zainun yang terakhir.

Namun, tidak seperti yang diharapkan, Hamidah memberi reaksi sebaliknya. Dia melepaskan tangan Zainun dan bangun.

"Tak, umi tak akan faham. Kalau umi faham, umi tak akan cakap macam itu. Umi tak akan cakap macam itu!" Hamidah menjerit penuh marah. Hatinya berapi-api seperti menganggap ibu mentuanya tidak dapat menerima takdir dan orang yang bersalah.

"Midah, sampai bila kamu nak begini? Umi tahu, kamu masih belum boleh menerima berita kehamilan ini, tetapi dia anak kamu..."

"Diam! Midah tak nak dengar apa-apa. Umi sama aje macam orang lain. Umi memang tak faham Midah. Umi sam..."

Tiba-tiba, Hamidah menahan perutnya daripada kesakitan yang mengejut. Zainun tergumam. Dia memapah menantunya.

"Kenapa ini, Midah?"

Namun, semuanya terlambat. Pandangan Hamidah mula kelam dan akhirnya tidak lagi kelihatan apa-apa.

ZAINUN hanya membatukan diri. Menantunya pula masih berada di dalam bilik rawatan. Dia benar-benar panik dengan keadaan menantunya yang tiba-tiba jatuh pitam. Hatinya risau dengan keadaan Hamidah. Adakah menantunya itu tidak akan apa-apa? Kandungannya terjejaskah? Pelbagai persoalan bermain di benak fikirannya.

Mujurlah, jirannya membantu dia menghantar Hamidah ke klinik berhampiran memandangkan dia tidak punya kenderaan. Jika dia punya, dia tidak mampu memandu juga. Hatinya berasa lega kerana sekurang-kurangnya, dia dapat bertindak pantas menghantar menantunya itu ke klinik untuk mendapatkan rawatan.

"Bawa bertenang, Zainun... Doa yang baik-baik. InsyaAllah, tak ada apa-apa," pujuk Rohana, jiran yang tinggal bersebelahan rumah Zainun. Zainun tidak bersuara. Hatinya masih direntap rasa risau.

"Betul, Zainun... Jangan difikirkan yang bukan-bukan." Majid pula bersuara. Suami kepada Rohana yang membantu Zainun menghantar Hamidah ke klinik. Majid lelaki berusia 60-an yang sudah pencen dari dunia pekerjaan. Makanya, dia dapat membantu kerana mempunyai masa terluang.

Dari jauh, kelihatan Hussein terkejar-kejar menghampiri mereka bertiga. Nafasnya tercungap-cungap seperti baru berlari jauh. Pada riak wajahnya, jelas kelihatan risau. Sejurus menerima panggilan daripada jirannya, dia segera meninggalkan segala kerja di pejabat kerana khawatir akan keadaan isterinya.

"Umi, macam mana Hamidah boleh pitam ini? Apa dah jadi?" Hussein melontarkan soalan kepada ibunya. Namun, Zainun hanya diam membisu.

"Sabar, Hussein... Kita tunggu doktor dulu, ya." Majid cuba menenangkan keadaan.

Mereka berempat mendiamkan diri dan menunggu keputusan.

Kelihatan seorang doktor lelaki keluar di sebalik pintu bilik rawatan. Doktor itu memandang mereka berempat.

"Pihak keluarga pesakit, ke?"

Hussein pantas mengangguk.

"Macam mana dengan isteri saya, doktor?"

"Alhamdulillah, isteri encik baik-baik saja."

"Alhamdulillah..." Majid dan Rohana mengucapkan rasa syukur. Zainun juga dalam nada perlahan mengucapkannya. Hatinya mula berasa lega.

"Macam mana isteri saya boleh pitam, doktor? Dia ada masalah apa-apa, ke?" Masih tidak berpuas hati, Hussein mendapatkan kepastian asbab isterinya jatuh pengsan.

"Menurut pemeriksaan saya, isteri encik tidak mengalami apa-apa masalah. Cuma, perkara ini boleh berlaku disebabkan stres dan tekanan yang datang daripada berfikir terlalu banyak. Saya sarankan supaya encik terus memantau keadaan isteri encik dan pastikan dia mempunyai rehat yang cukup. Jangan beri terlalu banyak tekanan kepada dia sepanjang proses kehamilan ini."

Hussein akur dengan nasihatdoktor itu. Namun, hatinya terdetik memikirkan apa yang telah mencetuskantekanan dalam diri isterinya. Dia menjeling ke arah ibunya. Firasatnya kuatmengatakan, ada sesuatu yang telah terjadi di luar pengetahuannya.

TATKALA CINTA TERUJIWhere stories live. Discover now