10 - 💝 Ending (1)

806 125 28
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

Tangannya mengelus lembut bingkai gambar diletakkan di balik sebuah kaca. Bibirnya mengukir senyum dalam keperitan. Hatinya meruntun sayu melihat senyuman dia yang terbentuk lebar di gambar tersebut.

Cantik dan berseri wajah itu.

"Sayang.... Kenapa awak pergi dulu sebelum saya?" Perlahan suaranya menutur. Tangisan sayu mula kedengaran diselangi dengan batuk yang semakin memudaratkan.

"Tuhan ambil awak daripada saya, ianya sakit berbanding dengan penyakit saya yang tiada ubatnya." Nafasnya dihembus berat sambil matanya dipejam dalam menahan pelbagai perasaan.

"Nadi awak adalah setiap helaan nafas saya, kan? Jika ianya berhenti..."

Hujung bibirnya mengukir senyum kecil.

"Saya juga turut mati."

Lama dia melayani perasaan di hadapan bingkai gambar Jeon Haera. Terhinjut-hinjut bahunya menangis teresak-esak.

"Kook." Bahunya digosok beberapa kali bagi menyalurkan semangat kepada sahabat.

"Kau masih ada aku, jangan putus asa ya? Aku tahu kau tabah. Haera mesti sedih bila tengok keadaan kau macam ni." Tutur Taehyung dengan tersusun.

Jungkook tidak membalas. Wajahnya ditekup menggunakan telapak tangan dengan menutup kesedihan yang terpacar.

"Kita balik rumah, Jin hyung dan yang lain tengah tunggu tu. Jom aku bawa kau masuk kereta." Taehyung mula memegang kerusi roda yang diduduki Jungkook.

Sebelum bergerak, Jungkook menahan buat seketika. Matanya beralih kembali ke bingkai gambar Haera.

"Tunggu saya ya, sayang. Saya akan kembali ke pangkuan awak. Kita akan berjumpa, saya janji Jeon Haera." ucapan terakhir diberi dengan maksud yang mendalam.

Perjalanan kedua sahabat itu dihantar dengan pandangan Haera dengan sayu.

"Saya akan sentiasa tunggu awak, Jeon Jungkook."

- The End -

Thankyou sm sebab sudi baca ff ni ♡!

Thankyou sm sebab sudi baca ff ni ♡!

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.


Start; 29.02.2020
End; 29.02.2020








7 Kisses •JJK• √Where stories live. Discover now