007 - 💗

739 127 34
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

"Kanser otak tahap terakhir, tiada ubat melainkan semangat yang puan kena berikan kepada encik Jungkook. Saya harap puan bertabah."

"Sayang..." Panggil Jungkook lembut.

Haera yang sudah tersenguk-senguk kepalanya menahan mengantuk itu terus segar bugar. Wajah Jungkook dipandang risau.

"Awak nak apa-apa ke Jungkook?"

Jungkook menggeleng. Bibirnya mengukir senyum kecil. Kini dia tidak mampu banyak bergerak disebabkan anggota badan yang lemah. Yang dia mampu hanya baring, baring dan baring sahaja.

"Saya cuma nak kiss isteri saya, boleh?"

Haera senyum lalu dia mengangguk.
Dia mendekatkan wajahnya dengan Jungkook. Dengan tenaga yang ada, terketar-ketar Jungkook melabuhkan ciuman penuh kasih di dahinya.

"I'm sorry for not being able to give you 7 kisses as usual, sayang... Saya dah tak kuat.." bisiknya lembut diselangi dengan nada bergetar.

Pada masa yang sama, Haera menitiskan air matanya dengan sebak. Jungkook dapat rasakan cecair jernih itu jatuh ke pipinya. Pandangannya turut memerah melihat Haera.

"Sayang.... Saya takut nyawa saya diambil dalam masa yang singkat. Saya masih nak bersama dengan awak....."

Buat pertama kalinya, Jungkook menangis dari hati yang dalam penuh dengan kesakitan. Tidak lepas tangannya menggenggam kemas tangan Haera.

"Saya nyawa awak Jungkook. Tolong kuat demi saya."

Jungkook tidak mampu membalas. Dia tahu apa yang Haera harapkan tidak akan menjadi kenyataan.

Mustahil , Jungkook. Ianya mustahil.

- 7 Kisses -

7 Kisses •JJK• √On viuen les histories. Descobreix ara