003 - 💛

953 134 42
                                    

+ + +

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

+ + +

Dalam keadaan tidak bermaya, Jungkook melangkah ke arah aku. Aku yang sedang sibuk memotong lobak spontan melatah kecil apabila sepasang tangannya melingkar di pinggang aku. 

"Comelnya sayang melatah. Macam halmeoni hehehe." Katanya seraya meletakkan dagu di atas bahu aku. 

"Jungkook, saya tengah sibuk ni." Terkial-kial aku meletakkan pisau tadi di tepi sinki. 

"Saya rindu isteri saya. Huhuk— humss." Ucapnya perlahan. Mukanya pula sudah tersembab elok di belakang tubuh aku.

Aku yang tadinya ingin mengusir terus terbantut niat. Mendengar suara batuk Jungkook itu buatkan aku lantas memusing tubuh menghadapnya.

"Awak sakit?" Soal aku dengan risau. Aku lekapkan belakang tapak tanganku di bahagian dahi dan lehernya. Panas. 

"Jungkook––"

"Tak sayang tak... Saya baru habis mandi guna air suam tadi. Takde apalah. Sayang masak apa tu?" Jungkook menyoal ceria namun aku masih nampak wajahnya yang kelihatan sedikit pucat. 

Melihat usaha Jungkook yang meyakinkan aku tu, aku menghela nafas lega.

"Nak buat kimchi kesukaan awak."

"Eh sayang pandai masak ke?"

"Jungkook!" Aku mencebikkan bibir tanda protes. Dia ni ada je nak kenakan aku!

"Hahahahah guwow okey guwow... Sini." Jungkook langsung menghadiahkan ciuman di dahi, mata serta pipi aku.

"Lupa nak bagi morning kiss." Ujarnya setelah kucupan tadi berakhir di pipi.

"Setiap hari lawat saya semasa saya kat sana tau, sayang."

Aku mengangguk dan memberikan senyuman manis. Jungkook turut membalas lalu merangkul erat tubuh aku. Dalam diam, pandangan aku mulai memanas menahan empangan kaca yang hampir pecah.

Aku tak sanggup nak hadap semua ni...

- 7 Kisses -

7 Kisses •JJK• √Where stories live. Discover now