Baju kurung putih bermanik Swarovski yang tersarung ditubuh badannya dipandang tidak berdaya. Dia mengeluh perlahan sebelum pandangannya jatuh pada orang tua nya. Lambat sebelum mata nya beralih kepada susuk tubuh sesorang yang sedang memeluk lembut bahu sang ibu. Dia menunduk kan kembali pandangannya, jari bermain sesama sendiri. Tiada daya untuk mengeluarkan sebarang perkataan dari mulutnya. Sekali lagi dia mengeluh sebelum dia berkata sesuatu.
"Sarah minta maaf ibu, ayah." Luncur ayat itu keluar dari mulutnya. Kemudian dia kembali mengunci mulut, kepala masih setia menunduk, tidak tegar untuk melihat wajah kecewa orang tua nya.
Aina yang melihat wajah sugul adiknya, mengeluh perlahan. Terbit rasa kasihan pada gadis itu. Tangan nya masih setia memeluk bahu ibunya, bagi menenangkan hati si ibu.
"Kenapa kamu yang minta maaf, Sarah? Kamu ke yang minta semua ini." Suara garau yang sentiasa lemah lembut hari ini terdengar bagai menanggung seribu kekecewaan yang tidak dapat diungkap.
Memang dia kecewa, tapi kekecewaan itu, tidak mampu mengatasi kecewa nya bakal raja sehari. Dimana hari istimewa yang diimpikan musnah begitu sahaja.
"Sarah dah kecewa kan ibu dan ayah, mesti ibu dan ayah malu, Sarah minta maaf."
Hanya kata kata maaf sahaja yang mampu dia ungkapkan. Tubir mata nya bergenang, jika dipejam tumpah terus air mata nya. Bahu nya diusap seseorang yang berada disisinya sejak dari tadi.
Maryam mengusap lembut bahu si kakak. Matanya memandang jam dinding yang tergantung di ruang tersebut. Tepat jam 10 malam. Dia mengeluh, siapa sahaja tidak kecewa, jika dia berada di tempat si kakak dia juga pasti ingin membawa diri jauh dari semua orang.
Si ayah yang dari tadi memerhati gelagat si anak mengeluh perlahan. Lalu dia melangkah ke arah anak gadisnya, dia menepuk perlahan bahu si gadis yang menunduk sejak dari tadi. "Pergi berehat." Lalu terus dia melangkah keluar dari ruang tamu tersebut. Tinggal lah si ibu dan tiga orang anak gadisnya.
Air mata yang mengalir dikesat perlahan dengan belakang tangan. Puan Jasmin perlahan gagahkan dirinya untuk berdiri, dia mencapai tangan Sarah yang sedari tadi menunduk sambil bermain jari. Tangan itu ditarik perlahan sebelum digenggam lama. Seolah memberi kan tenaga yang dia ada. Lalu dia melangkah meninggal kan ruang tamu tersebut.
Setelah ibunya meninggalkan ruang tamu, air mata yang ditahan sejak dari tadi menitis tanpa amaran. Perlahan sebelum esak tangisnya mula kedengaran. Makin lama makin teresak, tubuhnya dipeluk si adik yang dari tadi mengusap bahunya. Sang kakak yang melihat turut mengambil tempat di sisi kirinya. Memeluk dan menenangkan jiwa si adik.
Pelukan oleh kakaknya, Aina di sisi kirinya dan adiknya di sebelah kanan makin menambahkan esakannya. Tangannya digenggam kuat diatas riba. Solekan dimuka nya sudah seperti apa dia tidak hairan lagi. Esakan semakin kuat, sambil ditenangkan oleh adik beradiknya. Malam tersebut merupakan malam yang suram dan kecewa buat dirinya. Dia tidur sambil ditemani oleh air mata.
Dicelikkan matanya apabila terasa cahaya dari syurga menghala ke wajahnya. Kepala nya terasa berat akibat daripada menangis semalaman. Perlahan matanya dibuka, terlihat seseorang yang tidak jelas sedang membuka tirai biliknya membuat kan cahaya matahari masuk kebiliknya. Tangan naik menggosok mata, sebelum susuk tubuh tersebut semakin mendekat.
"Bangun Sarah, sarapan." Arahan ibunya itu dijawab dengan menganggukkan kepalanya sahaja. Setelah ibunya meninggalkan biliknya, dia bangun lalu bersandar di kepala katil. Matanya meliar memandang ruang sekitar biliknya. Terbit nafas berat dari mulutnya. Bilik nya kini suram seperti dirinya. Walhal bilik tersebut dihias bagai bilik pengantin baharu sama seperti dirinya. Inai yang masih pekat berhias ditangan dipandang lemah. Lama ditenung sebelum dia mengumpul kekuatan, bangun dari katil menuju ke bilik air.
YOU ARE READING
Sarah Dan Adam.
RomanceSarah Arissa seorang gadis berdarah belanda yang mempunyai kecantikan yang luar biasa. Siapa sahaja yang tidak tertarik dengan gadis jelita ini. Kata ramai orang beruntung teman lelakinya mempunyai teman wanita seperti Sarah. Namun segalanya berubah...
