Si Bunga Lili

1.8K 51 2
                                    

"Ni semua salah kau."

"Apahal aku pulak?"

"Sebab kau nak kahwin la, mama suruh aku pindah balik rumah kat Bangi tu."

Adib ketawa. "Pindah je la. Aku pun tak nak kau duduk sini selepas aku kahwin nanti. Kacau je aku nak bermanja-manja dengan Maya."

"Lahabau punya sepupu!"

**********


Affiz meletakkan kotak yang terakhir di atas lantai bilik tidurnya. Barang-barangnya yang lain – dua beg berisi pakaian, satu beg sukan, dan satu kotak buku – dah selamat diangkut dari bonet kereta ke dalam bilik tidurnya di tingkat dua ini. Dah lama rasanya dia tak jejakkan kaki ke bilik ini sejak... hari raya tahun lepas?

Entah. Dia sendiri pun tak ingat.

Sejak dia merajuk dengan babah tiga tahun lepas, memang dia dah jarang balik ke rumah ini (mohon jangan bertanya kenapa dia merajuk dengan babah). Dan sejak itu jugalah, dia keluar dari rumah ini dan tinggal di rumah sewa dengan sepupunya, Adib. Lagipun, ketika itu Adib memang tengah cari orang untuk duduk menyewa bersama-sama. Terus dia menawarkan diri. Lebih baik duduk dengan Adib daripada merajuk dengan babah setiap hari, kan?

Tapi... itulah. Itu cerita tiga tahun lepas. Cerita tahun ini pula, Adib akan berkahwin dengan Maya dua minggu lagi. Jadi, sebagai penyewa kedua, terpaksalah dia pindah keluar dari rumah itu. Takkan nak menyibuk duduk dengan pengantin baru, kan? Dia sendiri pun memang dah terfikir untuk cari rumah sewa yang lain. Tapi mama awal-awal lagi dah pesan –

"Nanti bila Adib dah kahwin, mama tak nak Achik sewa rumah lain lagi dah. Balik kat rumah babah ni, tinggal dengan kitorang semua."

Dan sebab itu dia berada di rumah ini sekarang. Walaupun separuh hatinya mendesak untuk tinggal saja di tempat lain, tapi separuh lagi hatinya bersikap positif untuk bersetuju saja dengan kata-kata mama. Lagipun, dia tahu mama ada sebab tersendiri apabila mama suruh dia pindah ke rumah ini semula – mama nak dia berbaik semula dengan babah. Masalahnya, boleh ke impian mama itu tercapai? Tadi pun semasa dia masuk ke dalam rumah, babah tak menoleh langsung ke arah dia. Apatah lagi menegur. Macam susah saja impian murni mama nak tercapai.

"Achik?" Mama tiba-tiba muncul di pintu bilik yang dibiarkan terbuka tadi.

"Ya, ma."

"Dah siap kemas ke belum?" tanya mama. Mata mama jatuh pada barang-barangnya yang masih statik di atas lantai.

"Tak start unpacking pun lagi, ma. Penat balik kerja tak hilang lagi ni." Affiz menjawab sambil menolak beg pakaiannya ke tepi dinding.

"Kemas esok je la."

"Ha, memang nak kemas esok pun." Esok hari Sabtu. Bolehlah dia ambil masa lama sikit untuk kemas semua barang-barang.

"Kalau macam tu, jom turun makan. Mama ada buat puding sagu yang Achik suka tu."

"Achik mandi dulu boleh, ma? Lepas mandi Achik turun."

"Okey." Langkah mama yang baru saja nak keluar dari bilik, terhenti. "Eh, mama lupa nak bagitahu Achik. Achik kalau keluar bilik, jangan pakai seluar pendek atau singlet, ya? Sebab Lily tinggal kat sini sekali, dia tumpang bilik Adik."

Affiz berkerut dahi. "Lily? Siapa Lily?"

"Anak kawan babah."

**********

Cerpen 2016Where stories live. Discover now