Sepuluh Tahun [Prolog]

1K 44 0
                                    

"Come again?" tanya Shifaa sambil matanya tajam memandang Muz yang duduk di depannya.

"Saya nak putuskan pertunangan kita."

Dia memegang erat gelas yang berisi jus buah di depannya. Kata-kata Muz tadi penuh dengan nada yakin, dan entah kenapa dia tiba-tiba rasa benci dengan keyakinan yang ada dalam diri lelaki itu. "Why?"

"I have my own reason, Shifaa."

"You have your own reason?" Dia mengulang jawapan Muz dengan suara yang perlahan, tapi cukup tajam untuk didengar oleh Muz. "Sebab tu sejak akhir-akhir ni hubungan kita macam... tak ada apa-apa? Sebab tu sejak akhir-akhir ni awak dah tak nak hantar saya pergi kerja, ambik saya dari kerja? Sebab tu sejak akhir-akhir ni awak selalu tak jawab bila saya telefon? Sebab tu? Sebab alasan 'you have your own reason' tu?"

"Saya tak ajak awak jumpa ni untuk bergaduh." Muz yang bersandar ke kerusi, bersuara malas.

Lama Shifaa diam sambil matanya tak lepas memandang Muz. Entah kenapa apabila mendengar nada suara Muz itu, serta merta dia rasa tawar hati. Dia dah lama dah tawar hati sebenarnya – sejak dia mula perasan yang lelaki itu dah berubah. Muz yang dia kenal dulu, sangat berbeza dengan Muz yang sekarang. Dan kemuncak dia mula rasa tawar hati dengan lelaki itu ialah... beberapa hari lepas, semasa dia meminta lelaki itu menjemputnya balik dari kerja.

"Muz, ambik saya kat office boleh? Hujan la kat sini."

"Saya dah sampai rumah dah, Shifaa."

"Habis tu, macam mana saya nak balik ni?"

"Saya dah sampai rumah, Shifaa. Saya dah sampai rumah." Dan baru Shifaa perasan, sejak tadi lagi suara lelaki itu dah bernada malas. Cuma dia saja yang naif untuk faham maksud sebenar lelaki itu.

"Okey, kita putus tunang." Shifaa bersuara sebelum bangun dari kerusi. Sempat dia meletakkan satu keping not sepuluh di bawah gelasnya yang langsung tak berusik. Tadi semasa awal-awal dia sampai di kafe ini, memanglah dia bersemangat nak minum jus buah. Tapi apabila dah macam ini jadinya, seleranya hilang entah ke mana. Baik dia terus balik ke rumah daripada berlama-lama di sini menghadap lelaki yang dah berjaya membuatkan dia kecewa.

**********


Cincin saya dah bagi kat abah. Awak settle la sendiri dengan abah. Terima kasih. – 11.56 am

Muz membaca mesej yang baru saja dia terima daripada Shifaa. Dia tak tahu sama ada dia kena rasa lega atau pun risau dengan penerimaan gadis itu tentang hal putus tunang ini. Sebelah hatinya rasa lega sebab dia tak perlu banyak 'berdrama' untuk putuskan pertunangan. Sebelah hatinya pula rasa risau sebab... yalah, Shifaa ambil masa tak sampai lima minit pun untuk mencapai kata putus dan bersetuju untuk putuskan pertunangan mereka berdua.

Dia sebenarnya lebih rasa risau, tapi... stop it.

Dia yang nekad untuk putuskan pertunangan dengan Shifaa, jadi dia patut rasa lega sebab semuanya dah kira selesai (bagi pihak dia dan Shifaa la). Cuma bagi pihak keluarga mereka berdua, dia kena berjumpa juga dengan abah Shifaa untuk jelaskan semuanya. Dia tak pasti apa reaksi abah Shifaa, tapi dia berharap abah Shifaa faham kenapa dia bertindak putuskan pertunangannya dengan gadis itu.

Bunyi mesej dari handphone yang masih dipegang di tangan kanan, membuatkan dia kembali menghadap skrin handphone. Satu mesej daripada Dzul, kawan baiknya.

Aku nak jumpa kau. Sekarang. – 12.03 pm

Dia lupa yang dia kena juga menghadap Dzul. Sebab Dzul itu abang kepada Shifaa.

Nice.

Cerpen 2016Where stories live. Discover now