BAB 10

2.8K 44 15
                                    

SYAKIR ALIY masuk ke dalam rumah dengan perasaan riang. Suka dapat berjumpa Maya. Kunci kereta dijarinya dipusing-pusing.

"Suka nampak?" tegur Puan Rohaya yang sedang duduk di sofa.

Juliana juga turut duduk di sofa bersama emaknya.

"Eh, mak, along. Dah pukul 1.00 pagi. Kenapa tak tidur lagi?" Syakir Aliy mengambil tempat di sebelah Puan Rohaya.

"Dari mana ni ucu? Pagi buta baru balik rumah. Takkan keluar dengan Maya dari tadi lagi? Anak orang tu ucu. Jangan buat macam tu. Tak manis orang tengok."

Puan Rohaya menepuk paha Syakir Aliy. Kalau betul Syakir Aliy bawa Maya keluar sampai ke jam begini, mungkin ada benarnya juga kata Uyie tadi. Dia mengeluh perlahan.

"Mak, ucu jumpa kawanlah." Syakir Aliy menjawab.

"Bawak Maya juga ke?"

"Taklah mak. Ucu hantar Maya balik dulu tadi. Lepas tu ucu melepak kat rumah kawan. Kenapa mak? Lain macam aje soalan mak ni." Syakir Aliy angkat kening kepada Puan Rohaya.

Juliana pula menjeling tajam.

"Along kenapa? Apasal jeling ucu macam tu? Ucu ada buat salah ke? Peliklah mak dengan along malam ni. Apasal ni?" Syakir Aliy kehairanan.

"Ucu serius ke dengan Maya tu?" Juliana mula bertanya.

Sanggup dia menunggu adik lelakinya pulang ke rumah semata-mata kerana mahukan kepastian tentang hubungannya dengan Maya.

"Aik. Takde angin takde ribut, tiba-tiba along nak tahu pasal ucu dengan Maya. Kenapa? Buang tabiat?"

"Along tanya jawab ajelah. Tu pun susah ke?" Juliana meninggikan suara.

"Kenapa ni along? Nak marah-marah kenapa? Soal ucu dengan Maya, tak perlu kut along nak sibuk. Lagipun bukan ucu buat benda tak elok."

"Ucu, along tanya tu untuk kepastian. Janganlah cakap macam tu kat along. Along ambil berat tentang ucu. Ucu kan adik along." Puan Rohaya mencelah.

Tidak mahu berlaku pertengkaran antara anak-anaknya. Biarlah apa yang mendatang dibincang dan diselesaikan dengan cara yang baik.

"Takdelah mak. Along tu. Tiba-tiba nak tinggikan suara dengan ucu. Ucu bukan budak keciklah. Ucu tahulah apa yang ucu buat. Nak kecoh kenapa?"

"Bukan along nak kecoh. Along nak tahu sejauh mana hubungan ucu dengan Maya. Itu aje."

Juliana berpeluk tubuh. Memandang tepat ke wajah adik bongsunya.

"Kalau cakap elok-elok macam tu kan bagus. Tanya baik-baik. Barulah ucu pun suka nak berikan jawapan. Ini tidak, nak jerit-jerit kat ucu macam tadi tu. Memanglah ucu naik angin. Tentang ucu dengan Maya, ucu cuma boleh bagitahu, ucu sukakan Maya. Sangat sukakan Maya. Ucu nak jadikan Maya satu-satunya perempuan yang akan menghuni hati ucu." Syakir Aliy menepuk dada.

"Eh tak boleh! Along tak setuju dan along tak izinkan!" Juliana kalut sekali.

Syakir Aliy celik mata. Hairan dengan tingkah laku Juliana.

"Dah kenapa pulak along ni? Kat kedai tadi elok aje!"

"Tadi sebab kami belum tahu cerita sebenar. Sekarang kami dah tahu. Along nak ucu juahkan diri daripada Maya. Jangan nak mengurat Maya lagi! Along tak suka!"

"Along, sabarlah. Tak baiklah macam ni. Kita tak dengar lagi bagi pihak Maya, kan?" Puan Rohaya menyampuk lagi.

"Apa ni mak? Kenapa ni? Cerita apa pulak ni? Ucu tak fahamlah. Apa maksud mak?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 04, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KAU RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now