BAB 5

1.7K 32 1
                                    

SEDANG Maya asyik melayan perasaan marahnya, dia terlanggar seseorang yang sedang berautur di mesin ATM di pinggir eskalator.

"Hei!" Suara seorang lelaki menegur Maya.

"Sorry, encik. Saya tak sengaja."

Maya angkat kepala. Inilah padahnya kalau terburu-buru berjalan. Langsung tak pandang kiri kanan. Sesaat mata Maya terpaku pada wajah insan di hadapannya. Wajah itu sangat familiar.

"Maya kan?" Lelaki itu naikkan jari telunjuknya di hadapan muka Maya.

Maya kelu.

"Maya? Betul kan ini Maya? Ain Sumayyah?"

Maya diam lagi.

"Maya ingat abang lagi tak?"

"Ingat." Maya jawab sepatah.

Masakan dia dapat lupakan wajah ini. Cinta pertamanya dulu. Fakhrul.

Senyuman terukir di wajah Fakhrul.

"Tak sangka abang dapat jumpa Maya lagi. Hampir lima tahun kan kita tak jumpa."

"Hurm." Maya masih memandang wajah Fakhrul.

Tiada apa yang berubah. Masih sama seperti dulu. Cuma wajah itu kelihatan cengkung sedikit berbanding dulu.

Fakhrul sudah keluar dari barisan menunggu. Tumpuannya kini hanya pada Maya.

"Jom. Kita bersembang kat sana."

Fakhrul menolak troli Maya ke dinding. Jauh sedikit daripada orang yang lalu-lalang. Maya mengikut saja.

"Maya apa khabar?' Fakhrul memulakan bicara.

"Sihat. Alhamdulillah."

"Maya tinggal kat mana sekarang?"

"Chendering." Maya jawab jujur.

"Dah kahwin?"

Maya hanya geleng kepala. Bagaimana mahu kahwin apabila hatinya tidak pernah terbuka lagi untuk mana-mana lelaki lain selepas Fakhrul?

"Abang pun sama. Abang masih tak dapat lupakan Maya."

Fakhrul senyum manis. Senyuman yang pernah menjadi kegilaan Maya suatu ketika dulu.

"Cerita lama. Tak payahlah sebut lagi." Maya senyum tawar. Cerita yang penuh kepahitan.

"Patutlah dua tiga hari ni, abang asyik terbayang aje kenangan bersama Maya dulu. Rupa-rupanya petunjuk dapat bertemu Maya hari ni."

"Hurm. Ada pulak macam tu."

"Betul Maya. Patutlah abang terasa sangat nak datang sini hari ni. Jodoh kan. Tak boleh nak elak."

"Hurm. Maya dah lambat ni. Maya pergi dulu ye."

Maya cepat-cepat mahu melarikan diri. Tidak mahu terus ingat kenangan yang sudah lama terkubur.

"Boleh kita jumpa lagi? Abang nak nombor telefon Maya boleh?" Fakhrul mengeluarkan telefon bimbitnya dari dalam kocek seluar.

"Erk. Maya tak ingat nombor telefon Maya. Lain kalilah ye." Maya memberikan alasan.

Dia tidak akan sewenang-wenangnya memberi nombor telefonnya kepada orang lain.

Fakhrul tergelak. "Maya langsung tak berubah. Dulu pun, waktu pertama kali kita berjumpa, macam ni jugak alasan Maya."

Maya telan liur. Betul ke?

"Maya baru tukar nombor. Memang tak ingat. Takpelah. Maya dah lambat. Pergi dulu." Maya terburu-buru mengambil trolinya.

KAU RASMI MILIKKUWhere stories live. Discover now