"suka hati awak nak buat tanggapan apa, saya tak boleh nak tutup prasangka buruk awak" pantas seohee melarikan pandangannya lalu dia bangkit dari duduknya. tak berani nak pandang mata seonghwa yang nampaknya betul betul tekad nak tahu perkara betul.

"tapi saya baru tanya. awak cakap macam tu sebab taknak saya tanya macam macam lagi pasal hyung kan?"

"baguslah kalau dah faham tu" seohee tersenyum sinis.

"saya malas nak berbahas tentang ni lagi dengan awak. awak rehatlah, jangan stres stres. saya keluar kejap, lepasni saya datang balik" seohee menurunkan katil seonghwa dan mengemaskan selimutnya sebelum melangkah membelakanginya. niatnya untuk keluar tu untuk mengelak daripada bergaduh dengan seonghwa.

"i thought you've changed"

langkah seohee terhenti.

"and i thought you trust me" balasnya tanpa menoleh memandang seonghwa sebelum menyambung langkahnya tadi. tapi seohee pun tak pasti—

sama ada dia percayakan dirinya sendiri atau tidak.

seonghwa meramas rambutnya kasar. kenapa dia nak jealous sangat ni?! dia sendiri tak faham dengan perasaannya.

"aku baru nak berbaik dengan dia.."

-

"kenapa kau tak cakap yang kau keluar hospital harini?" soal chanyeol kepada seonghwa yang sibuk mengemas pakaiannya ke dalam beg pakaian yang dibawa oleh seohee malam tadi.

seonghwa langsung tak pandang dia, meluat rasanya nak pandang tu. sudahla sebab mereka bertekak tentang chanyeol semalam, seohee yang katanya nak keluar sekejap tu datang semula ke wad seonghwa sewaktu seonghwa dah nak tertidur. tu bukan sekejap dah tu.

"sejak bila pula kau kisah tentang hidup aku ni huh? aku tak rasa kita rapat sampai semua benda aku nak kena bagitahu kau kan?"

"eh salah ke aku nak kisah tentang adik aku?"

"adik tiri" lekas seonghwa membetulkan panggilannya.

"dan aku tak selesa untuk kau sibukkan hal aku. jadi tak payah susah susah nak korek semua benda. kalau kau balik sini untuk uruskan syarikat appa, kau boleh teruskan sebab aku dah tak hamak semua benda tu" seonghwa zipkan begnya. lalu dia duduk di birai katil sementara menunggu kedatangan seohee memandangkan seohee berlalu untuk membayar bil hospital.

"kau pun tahu kan aku bukannya dalam bidang perniagaan tahu nak uruskan semua tu?"

"aku tak pernah ambil tahu apa yang kau belajar dan tak pernah terlintas pun nak tahu"

chanyeol terus terdiam. dingin betul adik tirinya seorang ni. serupa macam perangai ibu tirinya iaitu puan park. sebab tu dia memang dah tak ngam dengan keluarga tu lepas puan park rasmi menjadi isteri bapanya. daripada mood dia asyik spoil je, baik dia pergi belajar jauh jauh.

"ehem seohee mana?"

"yang kau nak tahu isteri aku tu kat mana kenapa?" sempat lagi seonghwa menjeling sebelum matanya tertumpu pada skrin telefon. perkataan isteri tu ditekan kuat biar chanyeol dengar dengan jelas lagi.

"aku tanya as her ex senior"

"ex senior tu dahla. lelebih nak tanya pula"

"aku tanya dia kat mana je kan? apa masalah kau tak puas hati sangat ni?"

"sedarlah dia tu dah jadi isteri orang, nak tanya isteri orang tu buat apa. sibuk nak tahu padahal bukan urusan kau pun"

eh gaduh pula aduhai. doa doa la seohee cepat sikit sampai.

"soalan aku tu tak salah pun tapi sebab perasaan cemburu buta kau tu yang menjadikan soalan tu bermasalah. am i right?" tersungging senyuman sinis di bibir chanyeol. seonghwa rasa terancam ke dengan kehadiran dia? kalau betul seonghwa rasa macam tu, maksudnya seonghwa sendiri tak percayakan seohee dan dirinya sendiri.

and you know what is the most important thing in a marriage? trust.

"shut up your mouth, hyung. aku sabar dengan kau selama ni tau. jangan sampai tangan aku yang naik kat muka kau"

chanyeol ketawa sinis. sempat dia menggaru dahinya yang tak gatal.

"aku yang patut cakap macam tu kat kau. jangan lupa kat mana asal usul kau. keluarga kau yang rampas kebahagiaan keluarga aku"

"lepastu kau datang semula sebab nak balas dendamlah? kau cuba porak perandakan hubungan aku dengan seohee sebab mak aku pernah rosakkan hubungan appa dengan mak kau? kau ingat aku ni nak ke lahir sebagai anak perempuan tu? aku tak pernah minta dilahirkan dalam keadaan macam tu pun la"

"aku datang dengan niat baik, cuma kau yang salah tafsir. kau sendiri yang rosakkan kepercayaan kau pada orang lain, so jangan nak salahkan orang sesuka hati" chanyeol mengangkat langkahnya keluar. pintu dibuka, lantas wajah seohee betul betul berada di hadapan pintu.

"eh seohee, lama tu seonghwa tunggu. masuklah" chanyeol ukirkan senyuman walhal baru sahaja tadi mukanya garang bak harimau.

"sunbae.. nak balik dah?" soalnya polos.

"haah, ada benda nak diuruskan ni. nanti balik siapa hantar?"

"kereta seonghwa ada, saya drive sendiri nanti"

"lah pandai drive. ingatkan tak pandai"

"ehh jangan pandang saya sebelah mata tauu!"

chanyeol ketawa sekejap sebelum tersedar yang dia harus beredar cepat.

"saya pergi dulu. nanti ada masa kita borak borak lagi"

"okay sunbae, hati hati jalan"

"saya tak jalan, saya terbang hehe" sempat lagi chanyeol buat lawak.

"yela yela, elok elok terbang hahaha" seohee melambaikan tangannya ke arah chanyeol sehingga bayangannya hilang.

seohee berpaling untuk masuk ke dalam namun langkahnya terbantut apabila wajah tegang seonghwa betul betul berada di muka pintu.

"dah habis bermesra dah?"

sorry tak best sebab aku busy dan idea pun taknak berkembang😔

Rất tiếc! Hình ảnh này không tuân theo hướng dẫn nội dung. Để tiếp tục đăng tải, vui lòng xóa hoặc tải lên một hình ảnh khác.

sorry tak best sebab aku busy dan idea pun taknak berkembang😔

 revenge ; parkseonghwaNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ