EPILOG II

66 5 0
                                    

MAYBACH  berwarna hitam gah membelah kesibukan jalan raya namun kontra dengan isi di dalamnya. Suasana sepi dan janggal memenuhi kereta apatah lagi dua insan penumpang berkelakuan macam orang asing sebaik sahaja mereka hilang dari lensa kamera. Ria menutup mata cuba merehatkan dirinya setelah melalui masa penerbangan yang panjang.  Namun berada di sebelah lelaki itu tidak mampu untuk membuatkan dia tenang.  Di tubuhnya masih berbalut jaket lelaki itu, dan wangian lelaki itu menusuk masuk ke derianya. Masih wangian yang sama….hatinya berdetik.

        Dia lantas membuka jaket yang membaluti tubuhnya sebelum melipat dengan kemas lalu diletakkan ke sisi tempat duduk tanpa menggangu tatkala lelaki di sebelahnya masih fokus dengan kerjanya. Bunyi papan kekunci ditaip dan telesidang yang masih berlangsung  memenuhi ruang komputer riba milik lelaki itu. Sesekali saat lelaki itu membuka mulut, mengeluarkan arahan membuatkan lelaki itu tampak lebih autokratik.  Melihat reaksi lelaki itu yang menggangap dia tak wujud lantas dia mengalihkan tumpuannya ke telefon bimbit.

        Namun sesaat dua kemudian lelaki itu mencapai jaket tadi sebelum mencampakkan ke tempat duduk penumpang di bahagian hadapan sambil berkata kepada pemandunya dengan riak tak berdosa," Cik Ria jijik sangat nampaknya sampai jaket saya pun tak boleh bersentuh dengan tubuh dia langsung. Cuci jaket ni dekat dobi….hantar balik kepada saya lusa pagi.”

        “ Baik …tuan.” Kata-kata pemandunya yang jelas-jelas cuba meminimumkan kewujudannya. Lagi-lagi bila dia melihat reaksi perempuan di tempat duduk belakang yang jelas-jelas perang dingin dengan bosnya. Apa kurangnya bos? Dalam segala segi, bosnya memang whole package. Perempuan…jangan cerita, tapi yang menjadi kegilaan ramai nilah yang langsung  tak mampu meruntun hati Cik Ria. Dengar kata yang hati bekas isteri bosnya seorang yang hati batu, namun yang nyata pada fikirang pemandu di hadapan yang perempuan itu nyata buta hati!

         Ria yang jelas-jelas tidak mendengar kata-kata hati pemandu itu menjadi mangsa kesalahfahaman  itu  sebaliknya tak ada mood untuk berkata-kata maka yang lebih baik untuk mereka adalah diam.  Sekurang-kurangnya itu lebih baik dari mencetuskan bunga-bunga pergaduhan.

         “Dah fikir macam mana nak berterus-terang dengan aku?” Lelaki itu mengeluarkan kata-kata membuatkan Ria angkat kening? Kerut seribu di mukanya dan muka keliru mula keluar.Terus-terang apa? Apa pulak mamat ni nak meraban? Dia hanya mengumam di bibirnya tanpa mengeluarkan suara.

            “ Tak apa-apa yang kau nak cakapkan pada aku ke?” Ria melirik ke arah lelaki itu bila mana mata hitam itu kini bertentang dengannya.  Tampak tenang namun itu hanya akan membuatkan Ria semakin sukar menjangka emosi sebenar lelaki itu. Namun dia bagai sudah mula dapat menangkap kata-kata lelaki itu.

          Namun itu tidak mengurangkan keyakinan mahupun menambah tekanan kepada psikologinya. Dia tahu, lelaki itu sedang mengamatinya, cuba memasang perangkap agar dapat menangkap khilafnya pada detik ini. Perang saraf antara dia dan lelaki ini sudah bermula sejak dari lapang terbang lagi. Mentaliti siapa yang runtuh dahulu bergantung kepada sesiapa yang memegang autoriti, menjatuhkan sesiapa yang lebih lemah. Dan menikmati hasil kemenangan.

            “No…”Ria membalas acuh tak acuh. Topi di kepalanya lantas dibuka sebelum digunakan untuk menutup mukanya. Kata-katanya kali ini berjaya membuatkan lelaki di sebelahnya terhenti, akhirnya  tangannya menarik earphone dari telinganya sebelum menutup komputer ribanya meskipun video telesidang masih berlangsung. Mereka yang sedang berhubung dengan bila skrin di hadapan mereka mula gelap.

         “I’ll give you a last chance. Are you sure you have nothing to explain?”Lelaki itu masih mengulang kata-katanya namun kata-katanya langsung tak terkandung perasaan marah mahupun ketidadakpuashatian. Topinya ditarik dari mukanya dan jelas terpampang riak lelaki di hadapannya. Ria angkat kening….apa masalah lelaki ni? Perlu ke dia  berpura-pura untuk mengatakan yang dia tak tahu?

           Dia menegakkan tubuhnya kembali, rasa letuhnya mula hilang. Dia melonggar-longgarkan sendinya sebelum pandangannya kembali tegak ke hadapan.  Dia tersenyum sinis sebelum menongkat dagunya ke tingkap. “ Urusan apa je yang akan pernah wujud antara kita? Boleh jelaskan?”

          “Kau memang nak terus bermain-main macam ni ke? Tak nak cakap? Baik….teruskan tindakan kau, jangan cakap apa-apa jadi aku tak akan rasa bersalah untuk buat apa-apa lepas ni. ” Lelaki itu memalingkan wajahnya sebelum mendail  dan dengan dengan tiada perasaan lelaki itu berkata,”Proceed to the legal. We’ll will fight the custody right to the end.”

           “Apa yang kau nak  sebenarnya? ”Entah mengapa dia merasakan hatinya tidak mampu bertenang bila dia melihat riak tenang lelaki itu. bagaikan merasakan setiap kata-kata yang bakal lahir dari mulut lelaki ni akan mampu menterbalikkan segala imbangan hidupnya yang cuba dia pertahankan selama ni.

           “Kau tahu apa yang aku nak jadi perlu ke kau pura-pura? Lagipun dengan usia kau yang muda dan dengan koleksi lelaki-lelaki yang ada, aku tak rasa kau ada masalah kan untuk dapatkan anak lagi. Jadi apa susahnya buat seorang perempuan macam kau?” Kata-kata dan pandangan  yang penuh provokatif lelaki itu bagai merobek-robek cebisan hatinya. Perempuan macam dia….ayat itu terlalu tak berperikemanusiaan. Penuh prejudis, penuh prasangka.Dia dapat merasakan bagai terkandung segala perasaan jijik lelaki itu terutama memancar di ruangan matanya. Kata-kata lelaki itu bagai mengandaikan dia seperti perempuan yang murah, hina, penuh kekejian. Yang mempergunakan lelaki. Pedih tak terungkap namun dia tak mampu untuk lemah.

         “Ini dikira sebagai dendam ke? Mempergunakan anak-anak untuk menjatuhkan orang lain. That’s quite cheap!”

        “ Dendam?” Lelaki itu ketawa namun sesiap pun dapat merasakan ketawa itu bukan hanya ketawa kosong. Ianya tak ubah seperti seseorang yang dahagakan darah.  Menghantar ke dirinya segenap darah rasa tak selesa.

        “Nampaknya Cik Ria salah faham ni. Let the bygone be the bygone. Masa silam dah tak penting. You know it very well . There’s nothing between us unless about the twin.” Dia mencapai dokumen yang berada di sisinya sebelum mencampakkannya ke ribaan perempuan di sisinya. Ria membuka dokumen itu sebelum matanya mula membulat, memandang wajah lelaki itu dengan wajah tidak percaya. Tangannya mula menggigil, dan peluh sejuk mengitari dirinya.

           Gambar dan segala informasi lengkap mengenai kedua-dua anaknya. Rekod perubatan, rekod orang-orang yang yang berlegar di sekitarnya,rekod kewangan miliknya dari lima tahun lepas sehingga kini dan juga status terkini beberapa kes melibatkan anak-anaknya.

         “You’re so incompetent as the mother to my child. You’re  not deserve!” Dengan mudahnya lelaki di hadapannya menjatuhkan hukum kepadanya. Dokumen di ribanya lantas ditutup sebelum menolak kembali ke lelaki di sisinya. Lima tahun lepas….sekurang-kurangnya dia pernah menjangka maka dia tak terperanjat sama sekali. Cuma kemampuan lelaki ini di luar jangkaannya, menyiasat segala gerak-gerinya. Maka tak mustahil Mama dan Papa mengetahui segalanya.  Huh! Dia mengeluh.

         “ This is an infringement of privacy! This is crime!”

         “Am I? Jadi macam mana pulak dengan hak sebagai seorang bapa? Hak seorang bapa kepada anaknya tu satu jenayah ke? Apa hak kau untuk menafikan kedudukan aku?”

       “Jadi memang nampaknya nilah satu-satu jalan yang ada. Baik…buat cara yang Encik Zulkarnanin suka kalau itu  lebih membahagiakan. Teruskan…..cuma jangan menangis hujung hari nanti. By the way, thanks for the ride. Wish you luck! Assalamualikum…” Ria mengisyaratkan kepada pemandu  berhenti sebelum keuar dari perut kereta. Dan tak lama kemudian, sebuah kereta Porsche Cayenne bewarna putih  meluncur melepasi mereka. Kereta itu berhenti sebelum Ria masuk ke dalam kenderaan itu tanpa teragak-agak. Cermin kereta yang gelap membuatkan si pemilik kereta tidak kelihatan. Sehingga Ria menghilang dari pandangan matanya, dia masih terpaku di situ. Memerhatikan Ria dibawa pergi tanpa mampu dia halang….sekali lagi.

      "Bos..."
      
     "Jalan..."Bibir nipis itu akhirnya membuka mulut setelah sekian lama. Pemandu di hadapannya cuba mencuri pandang melalui cermin pandang belakang dan apa yang terpancar pada wajah bosnya adalah riak kesunyian. Bosnya adalah seorang lelaki yang elit yang berada di puncak piramid  dan menjadi sanjungan ramai namun di akhirnya lelaki ini tetap manusia biasa dan punya kelemahan. Dan  di antara kelemahan bos... adalah bekas isterinya.

 

Cinta Hati Miss RomeoWhere stories live. Discover now