Bab 28

1.6K 105 5
                                    

NYENYAK Balqis tidur pada hari itu. Balqis menarik bantal peluk di tepinya pantas dipeluk erat seeratnya. Entah kenapa bantal yang dipeluknya lain macam je hari ni.

Dengan mata yang berat untuk dibuka, dia celik perlahan-lahan. Dia nampak.

Nampak wajah Syed Adzrin yang enak dibuai mimpi. Kacaknya awak! Pantas matanya ditutup rapat. Bantal yang dipeluknya semakin dieratkan. Dalam pejam mata, Balqis tersenyum kecil. Sampai mengingau saya ingatkan awak.

Ingat!

Sekali lagi mata Balqis terbuka luas. Syed adzrin? Alamak! Laju tangannya diangkat dari memeluk 'bantal' tersebut.

Balqis menggigit bibir sendiri. Harap dia tak sedar yang Balqis peluk dia erat-erat. Malunyaaa!

Ya, dia dah kahwin semalam! Dan.... Dia juga sudah menjadi milik Syed Adzrin yang sebenar-benarnya. Mengingatkan itu buat Balqis menggigit bibir bawah kerana malu. Tiba-tiba rasa mukanya mula membahang.

Balqis memandang Syed Adzrin dan juga Tengku Amirul bersilih ganti. Syed Adzrin hanya beriak tenang walaupun getaran dalam hati Syed Adzrin tiada siapa yang tahu.

Tengku Amirul pula dengan wajah tak puas hatinya duduk bersandar di sofa empuk di dalam pejabat Syed Adzrin. Lelaki itu hanya mengenakan jeans dan hoodie adidas berwarna hitam. Tengku Amirul memang kacak tapi sayang perangai tak seindah wajah.

"Now.. You choose aku atau Syed? "Dengan perasaan tidak sabar Tengku Amirul memecahkan kesunyian bilik tersebut.

Balqis menghela nafas lemah. Dia dah buat istikharah semalam dan dia juga telah meminta pendapat daripada Puan Zahidah. Jadi...

"Saya dah buat istikharah semalam dan saya pilih Tuan Qais. "Ujar Balqis tanpa segan silu lagi. Kalau dia tak pilih, mereka tak habis-habis ganggu dia.

Syed Adzrin menghela nafas syukur. Alhamdulillah..

Tengku Amirul pula mengetap gigi sehingga Balqis dapat lihat urat-urat tegang yang timbul di sekitar rahang Tengku Amirul. Lelaki itu nampaknya seperti marah atau kecewa? Balqis tak dapat nak teka.

Tengku Amirul segera bangun dan berjalan menuju ke arah Balqis. Dia berbisik kecil di telinga Balqis tanpa memandang wajah mulus yang sedikit sebanyaknya sudah mencuri hati lelakinya.

"Thanks sebab dah berjaya lukakan hati aku for the first time i got this feelings.. "Ujar Tengku Amirul sebelum beredar.

Untuk kali itu, Balqis tergamam. Sakit sangat ke rasa lelaki itu mencintai dia? Dia tak salah kan?

Mendengar dentuman pintu pejabat ditutup agak kuat menyebabkan Balqis terangkat bahu akibat terkejut. Balqis pandang pula Syed Adzrin yang terjongket kening di hadapannya. Mungkin Syed Adzrin tengah senyum suka sekarang ni. Hmm.. Dia tak dapat lihat senyuman lelaki itu kerana Syed Adzrin masih misteri di bawah mask miliknya.

"Thanks for choosing me. Two month from now, we get married, okay? Lusa aku jumpa keluarga kau and esok aku nak bawa kau dinner dengan family aku. "Ujar Syed Adzrin terus. Dia tak nak berlengah lagi takut Balqis dikebas orang.

Balqis pula sudah tercengang. Esok? Jumpa family Syed Adzrin? That's mean dia kena jumpa mummy and daddy Tuan Qais la?

Disebabkan itu, hari ini Balqis tidur di sebelah lelaki ini. Sebelah lelaki yang sememangnya dia cinta sejak tujuh tahun yang lalu dan perasaan tu tak akan pernah hilang. Arghhhh!!! Macam mimpi. Lelaki yang dia cinta dari dulu jadi miliknya kembali. Balqis sudah tersengih-sengih memandang syiling bilik yang masih dihias dengan kain berwarna cream sehingga lampu bilik Balqis menjadi seromantik itu. Ahaks!

Tiba-tiba badan Balqis mengeras apabila terasa pinggangnya dipeluk rapat ke badan seksi Syed Adzrin. Sekilas terasa ciuman Syed Adzrin hinggap di bahunya yang terdedah.

Badan Balqis menggigil sedikit,maklumlah pertama kali berkeadaan begitu. Rasa disayangi apabila diperlakukan sebegitu.

"Abang... "Panggil Balqis. Balqis kembali memanggil Syed Adzrin sebagai 'abang' kerana rasa lebih hormat Syed Adzrin sebagai suami dia.

"Hmm"Gumam Syed Adzrin. Tangannya rasa seperti tidak puas mahu memeluk bidadari di hadapannya kini.

"Bangun dulu mandi. Kita solat subuh sama nanti. "Ujar Balqis sambil tangannya naik menggosok lembut lengan Syed Adzrin.

Dia rasa teruja semalam apabila kali kedua ini dia melihat wajah sebenar Syed Adzrin di hadapannya. Cukup package! Dia tak nak cakap banyak..

"Abang...? "Pelik apabila tiada tindak tanduk Syed Adzrin untuk bangun dari tidur.

"Hmmm. "Sekali lagi hanya menyahut.

"Bangunlah.. Nanti terlepas solat subuh kang..? "Balqis menolak lembut tubuh Syed Adzrin. Laju dia menarik selimut yang juga terlekat pada tubuh Syed Adzrin. Bergegas Balqis meluru ke dalam bilik air. Bilik air Balqis kecil je di dalam dia. Bolehlah buat mandi tak macam bilik Syed Adzrin yang dah macam ruang tamu rumahnya je.

Syed Adzrin ketawa lucu melihat keadaan itu. Mujur dia pakai seluar pendek paras lututnya. Sebenarnya dia bangun lagi awal dari Balqis. Mananya tak bangun apabila bidadari dia ada di sebelah. Syed Adzrin tersenyum kecil apabila melihat wajah polos Balqis tengah tidur tadi.

"Sayang? "Panggil Syed Adzrin apabila mendengar bunyi pancuran air.

"Kalau abang mandi sama boleh tak? "Mood mengusik on. Syed Adzrin ketawa jahat.

"Jangan kacau sayalah. Abang diam je dekat situ! "Balqis melaung dari dalam. Dah pagi pun nak gatal lagi. Balqis menggumam sendirian. Pantas sabun dipicit daripada botol dan digosok di seluruh tubuh.

Tengah menggosok sabun sehingga buih keluar, tiba-tiba Balqis terasa pinggangnya dipeluk dari belakang. Sah!

"Abang masuk macam mana? "Soal Balqis. Dia terkejut. Bukan ke pintu dah kunci tadi?

Syed Adzrin menjuih bibir ke arah pintu. "Pintu tak kunci sayang. Abang masuk je lah.. "

"Tutup mulut tu.. Rezeki abang la tu nak mandi sama.. "Syed Adzrin tersenyum nakal memandang wajah cemberut Balqis. Marah atau malu dia pun tak tahu.

"Banyaklah abang punya rezeki tu. Dah tepi, saya nak bilas badan. Shuh, sana jauh-jauh. "Balqis menolak jauh badan Syed Adzrin. Bukan boleh percaya sangat. Nak menggatal la tu.

Syed Adzrin dah mula menunjuk riak muka tidak puas hati. Balqis hanya tersenyum mengejek melihat wajah Syed Adzrin yang ternyata berubah geram begitu.

Sabar ye cik abang! Okey, Balqis jahat pagi ini.

Guys... Jngn lupa vote n comment too.. 😀

Oops,Terjatuh Cinta?✔Opowieści tętniące życiem. Odkryj je teraz