"eh saya tanya sunbae dulu, sunbae kena la jawab dulu baru boleh saya jawab soalan sunbae tu" amboi seohee, kalau seonghwa tahu kau bukan main ramah lagi dengan lelaki lain, mahu kena bebel ni.

tapi kebenarannya, lelaki di hadapannya saat ini merupakan bekas seniornya pada zaman sekolah menengah dahulu. lelaki yang pernah dia menaruh cinta dan harapan. lelaki yang pernah membuka hatinya.

cinta pertamanya.

"oh saya nak melawat hmm adalah orang tu. awak?"

"jaga orang"

eh kenapa pula seohee ni tak terus bagitahu jaga suami? main selok belok pula. lain macam!

"dah lama kan kita tak jumpa? awak macam mana? okey?"

"okey je. tengok saya sekarang, elok je kan hahaha"

"itulah, dah makin cantik, makin gemuk. eh?"

"ish sunbae ni!" mahu sahaja seohee memukul bahu seniornya itu, tetapi dia terus mengingatkan dirinya tentang seonghwa. aip bini orang dah ni.

"ala ala gurau jela, hee. seoyeon macam mana? sihat?"

senyuman seohee memudar. patutnya dia dah boleh agak yang lelaki tu akan tanya tentang seoyeon sebab dia kenal seoyeon. melihatkan reaksi seohee yang tiba tiba sahaja mendiam, timbul pelbagai tanda tanya.

"hee gaduh dengan seoyeon ke?" tu jelah kot sebab yang boleh dia fikirkan sekarang. positif habis ni.

"takdelah, seoyeon dah pergi la" jawab seohee bersama senyuman kecil.

"lah pergi mana pula ni? ingatkan gaduh tadi"

"dia dah pergi jauh. dah lama dia tinggalkan saya"

riak wajah lelaki di hadapannya berubah kelat. punya positif dia tadi fikir yang mereka berdua hanya bergaduh, rupanya ada sebab yang lebih buruk disebaliknya.

"sorry, saya langsung tak tahu"

"sebab tak tahu la tanyakan? hahaha takpelah. nanti ada masa sunbae pergilah jenguk dia ya?"

lelaki yang digelarkan 'sunbae' itu mengangguk. tak lama kemudian, telefon di dalam genggamannya berbunyi. seohee memberi isyarat yang dia tak kisah kalau sunbae tu nak angkat call depan dia.

ewah kau seohee, laki tunggu kat atas tu tak beringat ya.

"apa dia, rin? hah kejap, aku nak turun la ni. tadi tunggu kau terjumpa kawan lama pula. ni aku dekat taman kat rooftop. ya ya, tunggu situ dulu nanti kita masuk sama sama. okey aku letak dulu"

seohee hanya memerhatikan sahaja tingkah lelaki yang menggelarkan dirinya 'yeol' itu. hah hengkorang rasa siapa?

"saya mengganggu sunbae ke? sunbae dah melawat orang tu ke belum?" soal seohee selepas dia meletakkan panggilan.

"belum, tadi tengah tunggu sepupu saya la tu terserempak dengan awak. ni awak nak turun sama tak? kalau tidak kita jalan sekali jela"

"oh boleh boleh. orang yang sunbae nak lawat tu dekat tingkat berapa?"

"tingkat lima"

 revenge ; parkseonghwaWhere stories live. Discover now