Hampir saja dia ketawa melihat muka cemberut abangnya sambil jawab salamnya.

"Hah, cepat! Nak apa? Abang banyak pelanggan ni.. "

"Okey, okey.. Mak ada tak? "Soal Balqis terus. Kesian pula abangnya. Mujur ada pembantu tidak lagi penat.

Hazim mengangguk lalu segera menuju ke rumahnya untuk memanggil Puan Zahidah.

"Mak angah call.. "Ujar Hazim kepada Puan Zahidah yang ralit menonton buletin utama.

Laju tangan Puan Zahidah mengambil telefon itu selepas mendengar 'angah' yang telefon. Rindu benar dia pada anaknya itu. Sekarang baru nak telefon dia.

Apabila Puan Zahidah mengambil telefon tersebut, Hazim terus meninggalkan ibunya bersama dengan Balqis di talian. Dia banyak lagi kerja nak dibuat.

"Assalamualaikum, mak... "Sapa Balqis. Dia tersenyum manis kepada Puan Zahidah sehingga terserlah kedua lesung pipit di pipinya.

"Waalaikumsalam.. Ya Allah rindunya mak dengan angah... "Ujar Puan Zahidah dalam keadaan teruja.

Balqis ketawa kecil melihat reaksi Puan Zahidah.

"Sorry la mak... Angah tak telefon sebab baru nak sesuai dengan suasana baru. Lepas tu, sibuk sikit.. "Adu Balqis sambil ditunjukkan muka simpatinya kepada Puan Zahidah.

Puan Zahidah membuat mimik muka berjauh hati. Saja nak kenakan si anak gadisnya.

"Mak... Kalau angah ada benda nak cerita mak nak dengar tak? "Soal Balqis perlahan tapi masih didengari oleh Puan Zahidah.

Puan Zahidah sudah berkerut dahi. Macam serius je.

"Apa yang angah nak cerita tu? "Soal Puan Zahidah pelik.

Balqis menarik nafas panjang sebelum menceritakan semua yang terjadi sepanjang dia di Kuala Lumpur cuma rahsianya tujuh tahun yang lalu tidak dia ceritakan.

Puan Zahidah yang mendengar terlopong seketika. Banyak laku anaknya ini. Hehe. Gurau je. Dia turut takut dengar cerita anaknya itu.

Puan Zahidah diam dulu sebelum betul-betul menasihati anaknya. Bab kahwin ni dia tak boleh nak putuskan seorang diri sebab Balqis masih ada ayah dan perlukan izin dia juga.

"Macam ni, angah cuba kenal dengan yang baik sikit tu. Kalau dengan apa nama Tengku tu mak macam kurang berkenan sebab dia macam obses sangat dengan anak mak ni. Kalau yang Syed tu mak macam okeylah nak bagi angah kenal dulu. "Ujar Puan Zahidah memberi pendapat. Dia sendiri pening dengan kehidupan anaknya apabila sering diganggu jejaka-jejaka idaman Malaya. Ceh! Auta je lebih.

Balqis mengembungkan pipinya sebelum dihembus keluar. Apa yang Puan Zahidah cakap sedikit sebanyak membantunya juga.

"Okeylah mak.. Nanti angah telefon lagi. Dah lewat ni, esok angah nak kerja pula. Kirim salam ayah tau mak. "Rindu pula Balqis rasa kepada Encik Zamri. Malangnya hari ni ayahnya ke Langkawi ada mensyuarat ketua unit apa pula pun dia tidak tahu.

"Okey.. Jaga diri kamu tu baik-baik. Jangan keluar seorang diri. "Pesan Puan Zahidah. Sebelum menutup telefon sempat juga dia buat flying kiss kepada Puan Zahidah. Puan Zahidah menggeleng melihat gelagat anaknya itu.

Ditutup telefon Hazim selepas selesai bercakap dengan anaknya. Puan Zahidah tersenyum kecil. Dah besar anak mak..

Puan Zahidah tersentak apabila mendengar deringan yang keluar dari telefon Hazim. Balqis telefon balik ke?

Terus dia lihat nama pemanggil yang tertera di skrin telefon.

Sayang

Amboi pandai ye anak dia senyap-senyap bercinta tanpa pengetahuan dia. Nanti dia. Puan Zahidah tersengih penuh idea. Terus diangkat panggilan itu tanpa bersuara.

"Assalamualaikum awak... "

Haih, permulaan pun buat Puan Zahidah tersenyum kecil plus kembang lubang telinga sebab lembut sangat suara tu. Bagus-bagus, ada peluang nak jadi menantu mithali ni.

"Awak.. Esok saya kena jaga ibu saya dia tak berapa sihat. Hari lain ye kita keluar? "Ujar si gadis di corong telefon.

"Maaf ye nak. Ni mak cik mak Hazim. Kejap ye mak cik bagi dekat Hazim. "Ujar Puan Zahidah lembut. Kesian pula dia nak kenakan Hazim.

"Maaf mak cik. Saya tak tau ni mak cik.. Kalau Hazim sibuk, mak cik pesan jelah dekat dia boleh? "Pinta si gadis.

"Ha, boleh-boleh. Nanti mak cik pesan. Assalamualaikum.. "Ujar Puan Zahidah sebelum betul-betul meletakkan telefon milik Hazim.

Puan Zahidah tersengih. Pandai ye, Hazim sorok benda ni dari mak. Siap kau!

Laju kakinya menuju keluar dimana gerai char kuey teow mereka di luar rumah. Senang sikit nak simpan dan ambil barang. Lagipun rumah mereka tepi jalan. Lagi mudah.

"Abang...nah telefon. "Puan Zahidah menghulurkan telefon oppo itu kepada Hazim.

Hazim menyambut huluran itu lalu dimasukkan ke dalam poket hadapan apron yang dipakainya. Tangannya kembali menggaul sebatian ramuan di dalam kuali dengan menggunakan spatula.

"Apa yang angah cakap? "Soalnya apabila Puan Zahidah masih lagi tercegat di situ.

Puan Zahidah senyum senget sambil tangannya naik memeluk tubuh.

"Angah takde apa pun cuma, buah hati abang telefon mak. Sampai hati tak cakap ke mak. "Ujar Puan Zahidah pura-pura berjauh hati. Dalam diam, dia menyembunyi senyum simpul. Baru tau ni mak siapa? Ehek.

Hazim menelan liur kesat. Alamak!

"Eh apa mak ni. Hazim cuma tak sedia nak bagitau mak. Nanti mak jumpalah dia. "

"Ye latu.. Nanti kamu telefonlah dia balik.. Ni, mak masuk dulu. "Ujar Puan Zahidah lalu menampar lembut bahu Hazim. Dia tak kisah pun anak dia nak berkawan dengan siapa. Janji ada akhlak yang baik sudah.

Hazim kembali senyum apabila seperti menerima lampu hijau daripada ibunya. Yes!

Should I continue this story or not? Hmm

Oops,Terjatuh Cinta?✔Where stories live. Discover now