special chapter [ jihyo day ]

584 52 0
                                    

[ this chapter was published on last year and i republish it now ]

Jihyo membelek - belek iphone 8 plus nya. Agaknya , dah hampir sejam kot dia belek telefon dia tu.

Jihyo mengeluh. Hari ni birthday aku. Takkan takde sape yang ingat kot ? Setelah puas menunggu, akhirnya dia mencapai beg galasnya dan bersedia untuk pergi ke kolej bersama Mina.

Jihyo melangkah menuruni tangga dan melihat adik beradiknya sedang menikmati sarapan pagi.

" Hah, Namjoon, Yoongi. Hantar bebudak ni gi sekolah " arah Jin, seperti biasa.

" Yeyy sekolah ! " Taehyung melompat keriangan seraya berlari-lari anak ke arah sofa di ruang tamu untuk mengambil beg sekolahnya.

" Alaa . Aku belum sempat breakfast. Tunggulah aku " omel Jihyo.

" Lainkali turun lah lambat lagi " sampuk Yoongi lalu melangkah keluar untuk menghidupkan kereta.

Jihyo mencebik. Dahlah pendek , tak padan dengan muka ketat tu uh.

" Jomlah " kata Mina lalu menarik tangan Jihyo ke dalam kereta yang akan dipandu oleh Yoongi. Manakala budak-budak yang lain masuk ke dalam kereta Namjoon. Tidak lama kemudian, kereta mereka mula bergerak keluar dari halaman rumah.

Jihyo yang duduk di seat hadapan di sebelah Yoongi, menoleh ke arah abangnya itu. Well, macam biasalah. Muka Yoongi memang ketat 24/7. Lalu, Mina yang sedang duduk di belakang dipandang melalui cermin pandang belakang. Kelihatan Mina lekang bermain dengan telefonnya.

'Hisy.. Diorang ni tak ingat birthday aku ke harini ?' detik hati Jihyo.

Dahlah Daniel langsung tak chat aku daripada semalam. Jap, sekarang ni kenapa aku langsung tak dapat birthday wish ?!

" Oppa " panggil Jihyo.

" Apa ? "

" Ingat tak hari ni hari apa ? "

" Ingat. Hari Jumaat. Kenapa ? "

Jihyo mendengus. Benci betullah !

" Mina " Kini , dia memanggil Mina pula.

" Yes, me " sahut Mina.

" Ingat tak hari ni hari apa ? Jangan cakap kau tak ingat pulak "

Mina berfikir-fikir seketika. " Mina dah ingat ! Alamak, macam mana Mina boleh lupaaa ? "

Jihyo mula menguntum senyum. Akhirnya, ada jugak orang yang ingat birthday aku ni. " Hah, hari apa ? "

" Hari ni Mina ada perjumpaan dengan Prof. Doyoung ! Aduh.. Nasib baik kau ingatkan "

Muka Jihyo menjadi masam mencuka kembali. Hm, bertuah betul !

Akhirnya, mereka tiba di kolej. Jihyo terus melangkah keluar dan menghempas pintu kereta dengan kuat, tanda protes dengan Yoongi dan Mina. Boleh je diorang lupa birthday aku ?!

Di sepanjang perjalanan Jihyo ke kelas, tidak henti-henti orang mengucapkan ucapan hari jadi untuknya. Jihyo berasa sedikit gembira kerana akhirnya mereka ingat akan hari jadinya.

Tapi, kenapa adik beradik aku langsung tak ingat ? Ni yang buat aku rasa menyampah ni ! Dahlah boyfriend aku pun aku tak nampak batang hidung dia harini . Memang semua plan nak lupa hari jadi aku ke ?

Jihyo melabuh duduk di atas kerusinya.

" Hai Jihyo " sapa Sejeong.

" Oh. Hai Sejeong "

The Loud House + BANGTWICE Where stories live. Discover now