seven

750 79 6
                                    

KRINGGGGGGG !

Loceng sekolah berbunyi menandakan waktu persekolahan sudah pun tamat. Semua pelajar mula berpusu-pusu keluar daripada kelas masing-masing.

" Annyeong unnie ! " Dari jauh lagi, kelihatan Dahyun, Chaeyoung dan Tzuyu melambai-lambai ke arah Sana dan Momo yang sedang menunggu di sebuah pondok kayu berdekatan pintu pagar sekolah.

Pondok itu amat bersejarah bagi keluarga mereka, lagi-lagi Yoongi. Latar belakang pembinaan pondok itu sebenarnya dibina hasil pujuk rayu Yoongi dan Jin beberapa tahun lalu ketika mereka masih bersekolah di situ.

Mereka amat terkenal dalam kalangan para pelajar lelaki di situ terutamanya Yoongi. Nak tahu kenapa ? Sebab dulu, dia adalah seorang gangster kat sekolah ni. Jadi, pondok ni selalu digunakan oleh Yoongi untuk ponteng kelas dan lepak.

Ironic, isn’t it ?

" Hai ! " Sana dan Momo membalas lambaian adik-adik mereka.

Mereka bertiga melabuh duduk di pondok mini itu bersama-sama dengan kedua-dua kakak mereka.

Sedang mereka seronok berbual, tiba-tiba satu suara yang amat familiar kedengaran.

Teka lah siapa ~

" Siapa sampai dulu dia menang ! " Taehyung dan Jimin berlari meninggalkan Jungkook yang baru sahaja ingin memulakan lariannya.

" Woi, tunggu aku lah sial ! " Jungkook dengan pantasnya memecut dan memintas mereka berdua.

" Yeay, Kookie menang ! " Jungkook melompat keriangan sebaik sahaja tangannya menyentuh pondok mini jtu. Sesaat kemudian, Jimin dan Taehyung tiba di pondok itu dengan keadaan tercungap-cungap akibat kepenatan.

" A-asal ko laju s-sangat ni ? " kata Jimin sambil memegang pinggangnya. Seperti gaya emak-emak yang patah pinggang disebabkan berjoget poco-poco terlalu lama.

" Aku kan golden maknae " jawab Jungkook dengan bangganya sambil mendabik dada.

Mereka bertiga kemudian melabuh duduk di sebelah kakak-kakak dan adik-adik mereka.

" Lambatnya hyung nak ambik kita " Sana mengeluh perlahan. Hujung rambutnya dipintal-pintal.

" Lagi lambat lagi bagus " sampuk Jungkook.

" Asal lak ? " soal Tzuyu dengan kening yang dijongket sebelah. Haih, orang semua nak balik. Dia pulak nak stay kat sini. Pelik bin ajaib betul !

" Bolehlah Kookie makan kek lobak ni ! " Jungkook mengeluarkan bekalnya dan membuka penutup bekas makanan itu dengan rakusnya.

" Wahai adikku yang comel lagikan buaya. Sharing is caring tau ? " Momo mula mengengsot ke arah Jungkook.

" Alolo kiyotlah maknae boy kita ni " sampuk Chaeyoung sambil mengusap-ngusap kepala Jungkook.

" Dahla cute, laju macam kuda pulak tu, kan kan ? " sampuk Jimin. Mereka semua mengangguk mengiyakan Jimin.

" Ha ah lah. Pipi tu adoi ! Rasa nak cubit-cubit aje " Taehyung memuncungkan bibirnya lalu mencubit lembut pipi Jungkook.

Jungkook menjeling mereka. " Kookie tahulah korang nak ni, kan ? "

" Tau takpe " bisik Dahyun.

" Boleh. Tapi dengan satu syarat "

" Apa dia ? Apa dia ? " Mereka semua menunjukkan reaksi teruja sambil berebut-rebut mendekati Jungkook.

The Loud House + BANGTWICE Where stories live. Discover now