#2

14 1 0
                                    

Badan Fikri digoncang kuat sehingga dia terjaga dari menungannya. Razim hanya tertawa kecil melihat rakannya diperlakukan sebegitu. Fikri hanya memandang tajam rakannya itu lalu mengalihkan pandangannya ke arah sehelai kertas. Dia mengambil sebatang pen lalu melakarkan sesuatu lalu menunjukkan ke arah rakannya itu. Satu lakaran rumah, piano dan pen.

"Hurmm, kenapa ni Fik? Kau dapat lagi? Apa pula yang kau dapat kali ni?,"bertalu-talu persoalan dilontarkan kepada Fikri.

"Waktu aku termenung tadi, aku terbayang sesuatu. Tapi, ada makhluk Allah goncang badan aku. Akhirnya, ini saja yang aku ingat. Kau ingat senang mahu cari idea. Bila dah dapat, aku pula kena kacau. Habis aku terlupa,"balas Fikri dengan satu pandangan sinis. Razim hanya tersenyum kambing di atas sofa. Fikri memandang semula ke arah kertas tadi. Tiba-tiba, dia seperti teringatkan sesuatu lalu dia bergegas ke arah almari rumahnya. Dia mengambil sebuah fail, lalu terlihat sekeping gambar.

"Siapa dia ini? Sudah dua kali aku termimpikan dia. Aku hanya tahu wajahnya. Siapa dia sebenarnya? Siapa yang hantar fail ini?,"Fikri bercakap seorang diri. Dia membawa fail tersebut ke mejanya. Semua isi daripada fail tersebut dikeluarkan. Sebatang pen, kertas, dan sebuah dokumen. Dia merenung kertas tersebut. Not-not muzik tertera di atasnya.

"Zim, jom keluar. Aku mahu jumpa Dina,"

"Buat apa jumpa dia? Aku tak sukalah. Kejap lagi mesti dia terhegeh-hegeh dekat aku," balas Razim dengan mencebik mukanya. Fikri hanya merenung rakannya itu. Dia bingkas bangun dan terus mengambil kunci keretanya. Dia mendekati rakannya itu, lalu menariknya ke kereta.

"Apa ni Fik? Janganlah! Aku tak sukalah,"jerit Razim. Fikri hanya tertawa kecil sambil terus memaksa Razim mengikutnya.

"Kau ikut saja. Aku pun bukan suka sangat jumpa dia. Tapi, dia saja yang boleh tolong aku. Kau kena ikut aku. Kalau tidak, susah aku mahu minta tolong dia. Sekarang, kau diam dan ikut sahaja,"balas Fikri dengan selamba. Razim hanya mendiamkan diri dan menuruti sahaja. Keluar sahaja kereta Volkswagen Golf itu dari pintu pagar rumah, dia terus memecut ke destinasinya.

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Jan 30, 2020 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KOSONG SATUWhere stories live. Discover now