Bab 1

161 3 0
                                        

     "NURIN! Tolong akak handle customer kat depan. Akak kena balik , anak akak demam. Boleh ya Nurin tolong ?" Siti meminta pertolongan kepada Nurin Aireena selaku pembantu dia di kedai bunga miliknya.

"Hah ? Yalah akak nanti Nurin handle . Akak jangan risau ya , anak akak lebih penting . Urusan kedai serah kat Nurin". Balas Nurin sambil mengusap bahu bosnya , Siti.

"Betul ni Nurin ? Terima kasih Nurin tolong akak". Siti tahu Nurin akan menolongnya. Hampir dua tahun dia mengenali Nurin Aireena sejak Nurin menolongnya ketika menjadi mangsa ragut ketika itu.

"Iyaa sama-sama. Akak balik ya , kesian anak akak kat rumah tu". Nurin menjawab sambil tersenyum.

Nurin Aireena adalah seorang anak yatim piatu sejak kehilangan kedua orang tuanya kerana kemalangan maut setahun lalu. Nurin seorang gadis yang cekal dan tabah , dia juga mempunyai rupa yang cantik persis gadis cina kerana arwah ayahnya seorang cina mualaf. Kini, Nurin menetap di Kuala Lumpur bersama sahabatnya kerana dia tidak mempunyai adik beradik atau saudara mara memandangkan arwah ibunya juga anak yatim piatu dan arwah ayahnya anak tunggal. Nurin bersyukur kerana dipertemukan dengan Siti dan sahabatnya , Aqilah.

-----------------------------------------------------------

Nurin berlalu ke kaunter depan untuk melayan pelanggan seperti yang disuruh Siti. 'Wah macam mak datin je makcik ni , jangan cerewet sudahlah' . Nurin berbisik sendirian.

"Assalamualaikum puan , boleh saya bantu ?" Nurin bertanya dengan penuh sopan dan senyuman yang tak lekang dibibir . Haih manis betul Si Nurin ni.

"Waalaikummussalam, ya. Saya nak bunga rose fresh satu bakul tu boleh ?" Jawab Datin Mastura sambil menunjukkan bakul bunga yang bersaiz sederhana. "Hm. Bakul tu ya ? Oke boleh . Kejap ya puan". Nurin berlalu untuk menyiapkan pesanan Datin Mastura. 'Nak buat apalah dia bunga banyak-banyak macam ni ? Hm. Biarlah dia , asalkan bayar. Hahaha' sempat lagi Nurin mengomel.

'Cantiknya dia , manis betul senyuman , sopan pulak tu. Sejuk mata tengok budak ni'. bisik hati Datin Mastura sambil memerhati Nurin Aireena membuat kerjanya.

"Puan , ini bunga yang puan mintak tadi. Maaf kalau lambat". Nurin memohon maaf pada Datin Mastura . Yalah buatnya mak datin ni cerewet sebab lambat tak pasal-pasal Nurin kena marah nanti. "Eh takpa , lagipun banyak bunga nak kena susun dalam bakul ni kan. Err, apa nama kamu ? Dah lama ke kerja kat sini ?" Datin Mastura memulakan soal siasatnya. Dia sudah berkenan dengan Nurin hanya dengan melihat perwatakan Nurin sahaja dia sudah tahu bahawa Nurin seorang gadis yang baik.

'Dah kenapa makcik ni tanya nama bagai ?' Bicara Nurin dalam hati. "Er, nama saya Nurin Aireena , panggil Nurin je. Dah dekat dua tahun saya kerja dekat sini. Kenapa ya puan ?" soal Nurin pelik.

"Oh Nurin . Cantik nama sama cantik macam tuannya. Nama saya Datin Mastura. Panggil aunty ja . Hm berapa harga bunga ni ?" tanya Datin Mastura sambil mengeluarkan purse dari handbagnya.  "RM120 je aunty" . "Nah, baki simpan ya. Aunty balik dulu, bye". Datin Mastura terus berlalu keluar dari kedai setelah memberi not berjumlah RM150.

"Wahh Nurin. Mak datin tu macam berkenan dekat kau je. Entah-entah dia ada niat nak buat kau jadi menantu. Setahu aku, datin tu susah nak tegur orang". ujar Wawa kepada Nurin yang sedang sibuk menyiapkan tempahan. "Eh kau ni. Takkan lah datin tu nak buat aku jadi menantu, sekurangnya mestilah sama taraf dengan dia. Aku ni dah lah takda apa-apa. Jauh sangat kau fikir, dia tanya nama aku je kot. Hahaha. Apalah kau ni Wawa".

"Alah. Apa salahnya berangan ? Manatau kot betul-betul dia berkenan. Lagipun anak dia handsome gilerr. Pangkat CEO pulak tu. Tapi sayangnya, anak dia tu playboy paling berjaya kat Malaysia ni". Bersungguh-sungguh Wawa memberitahu tentang anak Datin Mastura kepada Nurin. "Ishh. Sudahlah berangan. Kalau ya pun aku nak buat suami, takkan lah aku nak ambik playboy jadi suami aku. Eh taknaklah aku, nanti tak pasal-pasal makan hati berulamkan jantung. Sudahlah kau, buat kerja tu takpayah nak sibuk pasal diorang". ambik kau kan dah kena marah dengan Nurin.

-----------------------------------------------------------

"Nurin, aku balik dulu ya. Kau jangan balik lewat sangat, bahaya" pesan Wawa kepada Nurin sebelum balik. "Hm yalah aku tau. Kau balik lah dulu, aku nak kemas sikit je lagi ni. Nanti aku balik. Kau jangan risau ya?" Nurin menjawab sambil mengemas barang di rak. "Ha yalah. Take care. Assalamualaikum" Wawa terus berlalu keluar selepas salam dijawab oleh Nurin.

Selepas satu jam mengemas...

"Erghhhh! Penatnya harini nasib baik esok kedai tutup. Bolehlah nak manjakan badan hm" Nurin berbisik sendirian sambil mengorak langkah keluar dari kedai. Dia terus pulang ke rumah setelah pintu kedai dikunci

Miss Bunga Mr PlayboyWhere stories live. Discover now