Jeon Jungkook kini bersemuka dengan Cho Seungyoun.

Jejaka dingin beku itu memandang Cho Seungyoun yang duduk dihadapan nya.
Gelas bir langsung tidak disentuhnya.

“Kau nak apa jumpa aku?”

Jungkook menyilangkan tangan ke dada. Jelas menampakkan otot lengannya kerana dia memakai singlet .

Cho Seungyoun menarik senyuman sinis. Cermin mata yang berada atas meja dikuis-kuis.

“Keunyang.. nak main tarik tali dengan orang berpengaruh macam kau.” Sinis nadanya. Jungkook menaikkan keningnya.

Oh iya ke?

“Iya? Aku tak sabar juga untuk jadi gunting putuskan tali nanti. Nak tengok kau jatuh.” Mereka saling berbalas senyuman sinis.

Seungyoun tergelak sinis. Dia tidak mengenali Jungkook secara mendalam tapi dia tahu sifat lelaki ini yang keras kepala.

“Cakap besar. Keureom aku akan pastikan Eunbyul pilih aku.” Yakin Seungyoun bercakap.

“Walaupun kau tahu peluang kau tipis?” Cepat sahaja Jungkook membalas. Dia rasa kelakar dengan ayat Seungyoun. Sangat menggelikan hatinya.

Mendengar gelak sinis Jungkook membuatkan Seungyoun rasa sakit hati.

“Kalau aku tak dapat maknanya kau pun tak akan dapat Eunbyul.”  Mereka membalas pandangan mata yang melihat tegang antara mereka tapi Jungkook hanya kekal tenang.

“Oh yeke, rugilah kau sebab— eh buat apa aku bagitahu.”  Gembira rasanya dapat mempermainkan Seungyoun.

Seungyoun terdiam. Dia rasa seperti dipermainkan oleh Jeon Jungkook. Rambut dikuak ke belakang. Dia yang ajak Jungkook jumpa tapi dia pula dibahan oleh Jungkook.

“Kalau kau sayang ibu, dua orang kakak kau dan nenek kau. Jangan pernah sentuh Eunbyul.” Jungkook meletakkan syarat. Dia malas membuang masa dan menghabiskan tenaga belasah Seungyoun.

“Jeon Jungkook. Jangan pernah sentuh keluarga aku.” Meja ditepuk sedikit kuat.
Berang rasanya bila melibatkan keluarganya.

Oh tahu marah?

Jungkook menjeling sinis.

“And then jangan berani sentuh hak aku.” Gelas bir Seungyoun dicapai dan diteguk sedikit.

“Oh yes, kau boleh masuk lokap sebab pecah masuk rumah orang dan cubaan merogol .
One more thing, aku tahu kau bawah pengaruh dadah.”

Terketar bibir Seungyoun mendengar ayat terakhir Jungkook. Macam mana Jungkook tahu? Itu rahsia terbesarnya.

“Apa—kau merepek...” Gugup Seungyoun.

“Aku boleh selesai dengan cara baik. Berhenti kejar Eunbyul atau kau masuk lokap dan aku musnahkan keluarga kau. Choose it.”

Seungyoun terdiam. Rasa buntu dengan pilihan tersebut. Jungkook berpuas hati. Mula bangun dan meletakkan beberapa keping not duit.

“Jangan lupa tinggalkan keputusan kau.
Ingat, kau cuba buat benda bodoh. Maknanya kau pilih yang kedua.”

Jungkook melangkah meninggalkan Seungyoun yang terkulat-kulat.



“Kesian, baru 19 tapi dah terjebak dengan dadah.” Mingyu menggeleng kepala. Jungkook juga terkejut semasa mengumpul maklumat tentang Seungyoun.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now