EPISODE @

14 1 0
                                    

Matahari mulai menyinar terang di hari yang baru ini, Cuaca cerah nan indah. Begitu juga tarikh yang cantik ini pernah tersimpan satu cerita yang kelam buat Ajumma So yang telah kehilangan anak gadisnya, So Yi Hyun dalam satu kejadian tragik. Mengusahakan kedai jahitan kecil bersama-sama dengan Ibunya, memang amat sukar Ajumma So ingin menerima kenyataan bahawa anak gadisnya itu mati dek di tembak di kawasan perkarangan Kedai Jahitan yang mereka miliki.


Entah apa salah Yihyun hingga harus diragut nyawanya! Dia diperlakukan seperti itu seakan tidak ada punya sedikit pun sifat berperikemanusiaan di hati suspek itu. 



Bo Ah menolak pintu kedai jahitan tersebut lantas matanya membutang. Terkejut kali melihat gerangan yang berdiri di hadapannya kini. "Kau buat apa dekat sini hah!?" pekik Bo Ah.


Jae wook, Lelaki yang dia anggap musuh itu tercegat di dalam Kedai Jahitan Ajumma So. Merosakkannya hari saja kerana pagi-pagi lagi sudah kena hadap muka lelaki ini! Huh!


"Bo Ah-ya... Tak perlu layan dia sekasar itu..." Ajumma So mencelah sambil membersihkan baju hanbok yang dia kenakan itu. Almaklumlah, sudah lama dia tidak memakai busana tersebut. Agak lusuh sedikit tetapi syukur masih dapat dipakai. Satu-satunya hadiah tinggalan Yihyun yang dia masih simpan.


"Ajumma...., eodigaseo?" soal Bo Ah apabila melihat Ajumma So mengenakan hanbok berona hitam itu. Ajumma So tersenyum kecil lalu perlahan langkah si tua itu ke arah mereka berdua.


"Hari inikan Ajumma dah cakap yang Ajumma akan pergi melawat anak ajumma... Ajumma kena nampak cantik betul?" Wajah Jaewook dia tatap dengan senyuman tak lekang di bibir. Bo Ah terkesima buat seketika, sudah lama dia tidak melihat Ajumma So gembira seperti ini.


Ya, Kaitannya apa sama Jaewook ialah dia merupakan kekasih mendiang Yihyun yang mati sudah hampir 4 tahun lalu. Walaupun selepas kejadian itu, Jaewook masih lagi terus berhubung dengan Ajumma So yang sudah dia anggap sebagai Ibu malah dia ada kalanya bertanya khabar, memberikan hadiah. Siap singgah di kedai jahitan itu juga sekali sekala.


Bo Ah memang tak dapat menolak fakta bahawa Jaewook ini seakan anak lelaki kandung buat Ajumma So. Siapa sangka, Tahun di mana mereka berjanji untuk berkahwin adalah tahun terakhir bagi hubungan mereka.


"Ajumma pergi dulu.., Tengokkan kedai baik-baik ya?" Pinta Ajumma So yang diiring keluar dari kedai jahitan itu.



*

"Kenapa kamu tolak dia?"


Soalan yang Wanita tua itu kemukakan menyentakkan Jaewook. Mereka kini sedang dalam perjalanan ke tempat letak kereta selesai sahaja melawat Yihyun. 


"Ajumma,.. cakap apa ni?" tanya Jaewook. Pura-pura tidak faham.


Ajumma So menolak lembut genggaman tangan Jaewook yang membantunya menuruni tangga ini. "Adakah kamu sengaja tolak dia untuk bantu Ajumma di kedai itu? Kamu tahukan,.. Ajumma tak pernah minta apa-apa pertolongan pun daripada kamu tapi kenapa kamu terlampau baik?" Jaewook memandang Ajumma So lama.

Our First Time 💘 {2019}Where stories live. Discover now