21

680 94 46
                                    

"Hey, awak okay tak?" soalan bodoh diajukan tanpa berfikir.

Sara segera mencapai gelas yang berisi air sejuk itu dan memberikan gelas itu kepada lelaki yang sedang menangis di hadapannya.

Pada awalnya, dia baru sahaja lepas membersihkan diri dan sedang mengeringkan rambut. Sambil itu, dia mahu minum seteguk minuman keras untuk menghilangkan stres. Tapi kemahuannya terbantut apabila dia terlihat Taehyung menggigil teruk.

Badannya berpeluh walaupun kulitnya terasa begitu sejuk. Akhirnya, Sara memutuskan untuk mengejutkan lelaki itu.

Tetapi tidak pula dia terfikir bahawa lelaki itu akan menangis.

Sara memandang sahaja Taehyung yang meneguk rakus air sejuk itu sehingga habis. Titisan air yang keluar daripada mulutnya akibat terlalu laju meminum air dibiarkan tanpa dilap.

Memang Sara tidak pandai memujuk.

Gelas yang tadi digunakan oleh lelaki itu bertukar tangan apabila Taehyung memberikan gelas itu kepada Sara dan Sara meletakkannya di atas meja kaca di hadapan mereka.

Mata Taehyung yang merah itu masih menghasilkan air mata. Kaki Taehyung sudah naik ke atas sofa dan dia memeluk erat kedua-dua kakinya itu.

"Awak mimpi apa?" soal Sara, memulakan bicara.

Motifnya, dia mahu Taehyung bercakap dengannya supaya lelaki itu tidak berasa keseorangan dan masih takut dengan mimpi ngeri yang baru sahaja dia alami.

Tiada sepatah bicara keluar daripada mulut lelaki itu. Badannya masih menggeletar dan wajahnya tampak begitu takut.

Perasaan kesian wujud secara tiba-tiba. Kesian melihat Taehyung yabg dia kenali selama sehari itu tiba-tiba sahaja mengigil ketakutan disebabkan satu mimpi yang amat menakutkan.

Segera Sara mengambil selimut tebal di dalam biliknya dan dia membalut badan Taehyung. Bantal tengkuk juga dia ada sediakan disebelah lelaki itu jika lelaki itu perlukannya.

Belum sempat dia ingin berjalan semula masuk ke bilik kerana ingin mengambil bantal untuk diri sendiri, tangannya terasa seperti ditarik.

"Jangan pergi" dengan suara yang masih bergetar dan bibir yang dari tadi tidak berhenti mengigil bagaikan dia berada di kutub utara, dia menarik lengan Sara melarang wanita itu daripada menjauhinya.

Sara duduk semula di atas sofa empuk itu sebelum menarik perlahan badan Taehyung supaya kepala lelaki itu mendarat betul-betul di atas pehanya.

Kaki lelaki itu masih berada di atas sofa kerana dia memeluknya dan Sara menutup segala lubang yang terdapat di bawah selimut supaya lelaki itu tidak lagi kesejukan.

Kalau ditutup pendingin hawa, kemungkinan dia pula akan mati kepanasan.

Lagipun, perasaan berselubung dalam selimut di dalam bilik yang sejuk sangatlah best.

Sara meletakkan tangannya di atas selimut tebal yang membalut badan Taehyung dan menepuknya perlahan bagaikan mendodoikan lelaki itu supaya bertenang.

Taehyung hanya membiarkan sahaja wanita itu berkelakuan aneh. Dia tidak sangka Sara mempunyai sisi yang sangat keibuan.

"Kalau awak tak nak tidur, cakap" Sara memberitahu dengan lembut walaupun pada hakikat pernyataan itu agak kasar.

"Sorry" Taehyung berkata perlahan.

"Apa yang takutkan awak sangat tadi?" Soal Sara.

"Mimpi yang awak takkan faham" balas Taehyung kerana tidak ingin mengundang lebih banyak persoalan.

Tangan Sara terus menutup dahi Taehyung.

"Badan awak panas ni. Nak makan ubat tak?" Soal Sara meneruskan dodoian.

"Takpelah" balas Taehyung sepatah.

"Kalau awak sakit, esok saya kena buat kerja sorang-sorang! Mana adil macam tu" protes Sara tiba-tiba.

"Demam sikit je. Esok pagi sihatlah balik" balas Taehyung dengan sengihan.

"Awak ni macam budak-budak. Sebab mimpi pun boleh demam" Sara mencebik.

Lelaki itu mendiamkan diri buat seketika. Hanya bunyi pendingin hawa sahaja yang kedengaran.

"Maaf susahkan awak. Saya memang penakut" perkataan penakut itu diperlahankan.

"Maaf diterima dan saya dengar apa yang awak nak cakap tadi" Sara ketawa.

Sekali lagi, suasana di dalam ruang tamu itu sunyi. Jam berdetik terasa begitu kuat walaupun jam itu terletak pada dinding dapur.

"Sleep tight, kalau awak mimpi lagi, menjeritlah nama saya kuat-kuat supaya saya dapat dengar" Sara berbisik perlahan kerana beranggapan Taehyung sudah tertidur semula.

Namun, mata Taehyung langsung tidak berat. Dia tidak rancang untuk tidur. Dia hanya akan membuka mata sampai ke pagi memikirkan tentang apa yang sedang berlaku kepada dirinya.

Dan itu apa yang dia rancang tetapi, matanya perlahan-lahan mengkhianati dan sekali lagi dia ke alam mimpi.

-

Taehyung sekali lagi berada di dalam rumah usang tadi. Nama Haru dipanggil berkali-kali. Dan buat kali yang ketiga, Haru akhirnya menyahut.

"Taehyung, awak dah bersedia dengan semua ni?" Soal suara Haru.

Kalau diikutkan hati, memang Taehyung langsung tidak bersedia tapi apakan daya, tubuhnya di dalam dunia realiti juga memerlukan tenaga.

"Kalau macam tu, awak kena ikut saya" selepas sahaja suara itu berkata-kata, satu pintu dengan cahaya cerah terbuka dan di sebaliknya kelihatan Jimin, Jungkook, Namjoon dan dua orang yang dia tidak kenali yang sedang tidur di dalam buih.

"Percaya atau tidak, inilah tempat yang awak akan pergi nanti. Saya nak awak perhatikan tempat ini betul-betul supaya awak boleh gunakan tempat ni sebagai advantage awak" suara Haru tadi memberitahu.

"Saya kat mana?" Soal Taehyung yang masih mencari punca suara itu.

"Kita berada di dalam unconscious mind awak Taehyung. Saya dah ambil alih unconscious mind awak. Tapi jangan risau, conscious mind awak masih lagi awak punya"

"Sejak bila?" Soal Taehyung yang berjalan sambil melilau sekeliling.

"Sebulan yang lepas masa saya lari dari syarikat"

Suara berbisik-bisik yang bersambung dengan ayat Haru itu masih lagi membuatkan bulu roma Taehyung meremang.

"Kenapa awak lari? Kenapa awak setuju dengan Jungkook?" Soal Taehyung setelah sekian lama memendam.

"Saya dah janji dengan Jungkook untuk lari dari tempat tu. Tapi Jungkook akhirnya gunakan saya untuk balas dendam"

"Kenapa awak tak lawan dia?" Taehyung tidak puas hati dengan jawapan Haru.

"Sebab saya sayang dia"

✔ ʟᴏsᴛ ɪɴ ʜɪᴍ +ᴋᴛʜWhere stories live. Discover now