seventeen 🍯

747 103 11
                                    

Junghae's

"Saya tak bersalah . Saya tak tolak dia pun sunbae." ulangku untuk kali yang entah ke berapa . Taehyung hanya mengangguk tanda dia percaya .

"Iya aku percayakan kau . Tapi sekarang ni kau kena ikut aku pergi bilik sakit . Nak rawat luka dekat lengan kau tu." ajak Taehyung serentak menarik tanganku lembut . Tanpa membantah , langkah Taehyung diikuti hingga ke bilik sakit .

Aku lepaskan keluhan berat . Bilik sakit lagi . Memang aku dengan bilik sakit ni tak boleh berpisah ke ? Kalau bilik sakit ni boleh bercakap , dah lama aku kena halau .

"Kau duduk sini dulu . Aku nak minta first aid dekat Hee noona . Tunggu tau , jangan lari!" kata Taehyung lalu beredar mencari jururawat sekolah . Aku pandang sekilas luka di belakang lengan .

Tak adalah luka teruk sangat tapi Taehyung kelam kabut macamlah luka ni berdarah teruk . Terkena hujung meja je pun . Haih .

KLEK ! 

Serta merta pandanganku beralih pada pintu yang terbuka . Sangkaku Taehyung tapi orang lain yang muncul . Yoongi menapak masuk ke dalam bilik sakit bersama kotak first-aid di tangan . Mukanya tampak dingin tanpa secalit senyuman .

Tanpa sebarang bicara , lengan aku dipegangnya lalu disapukan antiseptik . Dalam kesempatan itu , aku memerhati sejenak wajah suci si beku . Jaranglah dapat tengok dekat - dekat macam ni sampaikan perfume milik si beku tu dapat dihidu . 

"Seronok tilik muka aku?" cepat - cepat aku alihkan pandangan ke arah lain bila ditegur . Seronoklah sebab dapat tengok dekat - dekat . Kalau tak , jauh nauu dia dari aku .

"Eum , sunbae tak masuk kelas ke?"

"Dah kalau aku ada dekat sini , takkan aku nak masuk kelas ? Dungu." kutuknya selamba di hadapan aku . Aku cebikkan mulut lalu jeling dia dari sisi . Tak boleh ke jawab soalan aku elok - elok ?

"Mana sunbae tahu saya ada dekat sini ? Sunbae follow saya eh?" soalku lagi sengaja ingin mengusik . Mana mungkin dia nak habiskan masa dia nak ikut aku , yedok ?

"Tak." ujarnya tanpa nada sambil tangan dan matanya masih fokus merawat luka di belakang lenganku . Ceit , dingin - dingin kisah juga dia pasal aku .

"Kau jangan nak fikir bukan - bukan . Aku datang tolong sapukan ubat ni bukan sebab aku sukakan kau ke atau kesian . Hwamin yang minta aku datang sini." katanya berterus terang buatkan semua anggapan manis aku hilang dari minda . Dah cakap , dia ni beku kalahkan ais dekat Antartika tu .

Cubalah bagi ayat manis takpun cakap elok - elok sekali sekala . Ini tak , tahu nak sakitkan hati je . Muka tu ha cubalah senyum . Apa susah sangat ke nak senyum ? Ingat handsome lah buat muka kerek dingin gitu selalu ? Dasar beku ! Ey nak je aku campak dekat Antartika sana !

"Mengutuk aku?" soalnya lagi bila aku diam . Macam tahu - tahu je aku mengutuk dia . Plaster bercorak kartun pingu ditampal belakang lengan aku lalu kotak first-aid ditutup .

Baru je dia nak bangun , aku tarik tangannya kuat buatkan dia terduduk semula di depan aku dan paling tak sengajanya , bibir aku dah selamat mendarat di pipinya .

Yoongi bingkas bangun bersama wajahnya yang sudah memerah teruk . Aiguu , jangan cakap dia je malu . Aku lagilah malu . Rasa nak hempuk kepala dekat dinding sebab tarik tangan dia tadi .

"Lepas ni jangan jadi lembik . Belajar pertahankan diri sebab tak semua orang ada dengan kau waktu susah . Aku tak suka tengok orang yang aku suka jadi bahan gosip sekolah . Arra?" katanya dingin lalu beredar sekelip mata manakala aku masih lagi memproses apa yang Yoongi sampaikan tadi .

Orang yang dia suka ?

♡♡♡

Yoongi's

Aku baringkan badan usai bersihkan diri . Tak pernah - pernah aku bangun lewat harini . Mujurlah harini hari cuti . Kalau tak , mahu aku didenda lepastu kena ejek dengan budak lain .

Ketua pengawas tapi datang lambat . Wae ? Kalau ketua pengawas memang tak boleh lambatlah ? Kena on time selalu ?

Siling putih aku pandang kosong . Entah kenapa tiba - tiba je aku boleh terfikir pasal hal yang terjadi dekat bilik sakit semalam .

Ceit , kejadian tak disengajakan tu dan mulut aku yang terlepas cakap . Serta merta hujung bibirku terangkat , mengukir senyum tanpa sedar . Pipi dipegang serentak sebelah tangan lagi merasai kadar denyutan jantung .

Laju .

Ting !

Ting !

Telefon pintar yang berada di bawah bantal aku capai lalu buka mesej yang diterima . Tertera nama Taehyung buatkan aku rasa pelik . Jaranglah Taehyung nak mesej sebab selalunya dia akan telefon terus .

kimtae
+ aku nak jumpa kau .
+ tempat biasa .

— tbc

so far storyline ni macam mana ? okay ke dengan korang ? ♡

[C] Crush : Yoongi MinWhere stories live. Discover now