seven 🍯

740 106 47
                                    

"Apa semua ni?!" jerkah Tuan Wang di muka pintu buatkan masing-masing terkedu .

Mereka berlima kini berada dalam bilik , berbaris satu barisan depan meja Tuan Wang dengan pandangan yang menunduk . Tak berani nak mengangkat muka pandang muka bengis lelaki paruh baya itu .

"Jelaskan pada saya apa yang berlaku." aura dingin Tuan Wang kini dapat dirasai dalam bilik yang serba tertutup itu . Kalah si Yoongi time bagi arahan denda .

Junghae menelan liur dan setia menunduk . Dalam hati sudah menyumpah seranah Daeryu yang suka hati nodai kesucian bibir Yoongi . Sakit hati dengan Daeryu itu pasti tapi dia lagi sakit hati dengan Yoongi .

Masing-masing diam tak berkutik . Tiada siapa yang berani membuka mulut untuk menjelaskan perkara sebenar termasuklah Yoongi .

"Saya minta kamu jelaskan bukan diamkan diri macam orang bodoh . Masa bergaduh tadi tak pula bisu macam ni . I need explanation."  nada Tuan Wang sudah naik seoktaf namun mereka masih diamkan diri .

"Okay , kalau kamu berlima masih nak diamkan diri jangan salahkan saya kalau parents kamu dipanggil datang ke sekolah." ugut Tuan Wang seraya berdiri untuk keluar . Taehyung dah gigit bibir bila dengar parentsnya akan dipanggil .

"Saya yang salah cikgu." nyata Yoongi serta merta pandangan mereka jatuh pada Yoongi yang masih kekal berdiri memandang Tuan Wang dengan wajah tenang .

Tak mahu rasa bersalah , Junghae turut menyalahkan diri . Takkanlah nak biar Yoongi sorang je yang kena kan ? Lagipun memang salah dia juga sebab tampar Daeryu melulu tapi padan muka jugak dekat Daeryu . Siapa suruh buat kerja kotor tu depan mata dia ?

Sementara Daeryu langsung tidak bersuara . Biarlah mereka mengaku , lagipun terang memang bukan salahnya . Dia cium Yoongi bukannya Junghae . Yang budak perempuan tu nak mengamuk macam bapak gorila apahal ?

"Awak atau Junghae?" soal Tuan Wang sekali lagi untuk dapatkan kepastian . Wajah Yoongi dan Junghae dipandang bergilir .

"Saya!" Serentak mereka berdua menjawab. Taehyung memandang dua orang yang masih bertegas mengatakan salah mereka sendiri . Dia mengeluh perlahan lalu kakinya menapak setapak ke hadapan .

"Sebenarnya kami semua yang salah." nyata Taehyung buatkan yang lain mengangguk bersetuju . Mengaku jelah bersalah dari kena panggil parents datang sekolah . Tak ke menyusahkan tu ? Dahlah keluarganya sekarang berada di luar negara atas urusan pejabat . 

"Kamu tak salah ke Daeryu?" soal Tuan Wang bila sedar yang Daeryu langsung tidak mengangguk tanda bersetuju dengan kenyataan tersebut .

"Saya tak salah cikgu. Yang salahnya cuma seorang . Kim Junghae. Dia yang mulakan semua ni. Dia datang terjah bilik displin sedangkan pelajar biasa tak boleh masuk . Saya dengan Yoongi cuma berborak je . Dia cemburu sebab saya berbual dengan Yoongi sunbaenim lepastu dia tampar saya." bohong Daeryu lantas menayangkan pipinya yang sudah merah menyala . Bibirnya menarik senyum tatkala perubahan muka Tuan Wang menjadi bengis semula .

"Dasar penipu ! Saem , sumpah saya tak tipu . Saya nampak dia curi telefon saem Bang lepastu dia hantar mesej dekat Yoongi sunbaenim suruh datang bilik displin . Ni semua kerja jahat dia , saem ! Kerja jahat perempuan sihir tu ! Lepastu dia cium Yoongi sunbaenim depan mata saya , saem ! Yoongi sunbaenim saksi . Saem boleh periksa poket blazer dia . Kalau tak percaya jugak , saem tanya Yoongi sunbaenim." gelabah Daeryu bila Junghae suruh Tuan Wang periksa poket blazernya . Rancangannya dah bocor .

"Betul ke Yoongi apa yang Junghae cakap ? Did both of you kissing in my room?"

"Tak . Apa yang Junghae bagitahu semuanya palsu . Saya dengan Daeryu berbual kosong dalam bilik je."

"Sunbae!" jerit Junghae kuat bila Yoongi cuba rosakkan semuanya . Sedaya upaya dia terang dekat Tuan Wang , budak lelaki tu senang lenang je nafikan . Apa ni weoi ?!

"Enough is enough , Kim Junghae! Esok saya akan panggil keluarga awak datang ke sekolah untuk bincang tentang hal ni." kata Tuan Wang memberi kata putus dan menyuruh semua kembali ke kelas .

♡♡♡

"Kau kenapa? Tak serik lagi?" soal Yoongi dingin bila budak perempuan itu tak sudah menghalang jalannya . Taehyung mengeluh perlahan serentak menarik tangan Junghae jauh dari Yoongi .

"Aku tahu kau marah pasal pagi tadi . Tapi bukan sekarang kau nak lepaskan semua tu . Aku taknak kau terluka jadi tolong dengar cakap aku . Jauhi Yoongi buat masa sekarang."

"Tapi--"

"Kau budak baik kan?" soal Taehyung lagi dengan kening yang sudah menjungkit . Lambat lambat Junghae mengalah juga . Kalau bukan sebab Taehyung yang pujuk dah lama dia lenyekkan Yoongi ke tar .

"Nah ambil ni . Apa - apa hal jumpa aku atau Jungkook je lepas ni." susu kotak berperisa coklat miliknya diberi pada Junghae . Melebar senyum budak perempuan itu bila diberi sekotak susu .

WUHUUUU AIR FREE TU !

"Nae!"

Sementara Yoongi memandang kosong Taehyung dan Junghae dari jauh . Apalah yang Taehyung buat berdua dengan Junghae lama - lama ? Siap tepuk tinggi lagi . Perasaan aneh mula bertandang bila anak matanya menangkap perbuatan mesra Taehyung dan Junghae .

Cepat - cepat dia geleng kepala dan tumbuk perlahan dadanya . Tak mungkinlah . Junghae bukan taste dia .

— tbc

SKSKSKSKSKSKSSKSKSK THANKS SEBAB BACA ! ♡ sakai je storyline ni

[C] Crush : Yoongi MinΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα