sixteen 🍯

756 102 10
                                    

Taehyung aturkan langkah memasuki kawasan pagar sekolah . Bertuah mungkin nasibnya pagi ini terserempak pulak dengan Junghae yang juga baru tiba .

Langkah kakinya dipercepatkan mendekati Junghae yang tampak tergesa - gesa seperti sedang elakkan diri dari seseorang . Hujung jarinya menahan dahi Junghae serentak buatkan mata budak perempuan tu membulat teruk .

"Kau ni kenapa ? Macam kena kejar hantu je . Ke ada psiko ikut kau sampai ke sekolah?" soal Taehyung dan tak semena menanya dadanya ditampar dengan buku milik budak perempuan itu .

"Sakitlah ! Tanya pun salah ke?" ujar Taehyung sambil usap dadanya yang terasa sakit . Kuat juga dia kena pukul . Dahlah tampar guna buku Biologi yang tebal bak kamus dewan bahasa .

"Sunbae tak bertugas ke apa ? Pergilah bertugas sana ! Report dekat Tuan Wang kang baru tahu ! Biar kena denda cuci longkang belakang tandas." ujar Junghae bersama jelingan . Dahlah dia tengah lakukan mission impossible ni . Nak mengelak dari Yoongi si beku .

"Ey kau lupa ke ? Aku bertugas hari isnin dengan rabu je tau . Ha haritu jugaklah kau nak lambatlah , salah pakai pakaian lah . Lupa?" balas Taehyung sudah berpeluk tubuh . Memang kalau waktu dia bertugas dekat pagar , muka Junghae lah yang asyik timbulkan masalah .

Tanda nama tak adalah , salah pakai kasut lah , bangun lewat lah . Tolong kucing jiran turun pokok lah .

"Oh yeke ? Ehe."

"Yelah . Silap haribulan aku yang report kau tau tak?" ugut Taehyung sudah berpeluk tubuh .

"Alah Taehyung sunbaenim yang comel lagikan kacak , janganlah macam ni . Sunbae tak kesian ke dekat saya ? Bukan selalu tau saya nak lambat . Sunbae tak sayang saya ke em?" terkedip - kedip mata Junghae memandang Taehyung .

"Kalau aku cakap , aku sayang ? Kau nak bagi apa--?"

Chup !

"Saya sayang sunbae jugak!" usai kata begitu , budak perempuan tu berlalu pergi meninggalkan Taehyung yang masih terkejut seorang diri . Pipinya dipegang tak percaya dengan tindakan drastik Junghae .

"Yaish."

♡♡♡

Junghae's

Masuk je kelas , nampak kelibat Daeryu bersama Goori di tepi tingkap . Ceit , dah sihat rupanya dia ni . Aku endahkan lalu labuhkan punggung bersebelahan Hwamin yang tengah tidur .

Haih , kebelakangan ni dia asyik tidur lepastu cepat penat . Bibir tu bila aku tegur pucat semacam barulah dia sibuk oleskan lipbalm .

"Wah , nilah muka perempuan tak sedar diri tu . Yang berani mati luah perasaan macamlah Yoongi tu nak terima dia." ujar Daeryu lalu hentak tangannya ke meja aku . Aku pandangnya tajam lalu bingkas bangun dan tepis tangan dia dari terus menyentuh meja aku .

"Kalau aku luah sekalipun , yang kau nak sibuk apahal?" soalku semula .

"Sibuk sebab kau tu tak layak dengan dia . Kau ingat dia pandang ke perempuan macam kau ? Dasar tak sedar diri ! Kau dengan dia macam longkang dengan langitlah!" cemuhnya lantas menolak tubuh aku ke belakang .

Baru saja aku nak tolak balik , dia dah terjatuh dengan dramatik bersama tangisan kecil . Rakan kelas aku dan yang lain mula merapati Daeryu sambil mulut tak henti menyalahkan aku .

What ?

Ini permainan kau , Moon Daeryu ?

— tbc

okay , enjoy !

[C] Crush : Yoongi MinWaar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu