Masih tidak berganjak.

"Korang nak aku mati ke?"

Beberapa langkah mereka berganjak jauh dari Malique. Risau juga jika mereka memeluk terlalu kuat sehingga jejaka tersebut sesak nafas.

🌙 White Moonlight 🌙

"Kau sure ke nak serahkan bangunan hospital arwah abang kau pada aku?" Aathif seolah-olah tidak percaya. Dia tidak tahu mahu memberi reaksi apa selepas Malique memberi sepenuhnya bangunan tersebut kepada jejaka melayu itu.

"Sesuai lah tu dengan kau Aathif. Kau kan suka bidanh kedoktoran." Fuadzi menepuk-nepuk belakang Aathif tanda tahniah.

"Tapi aku belum seTERROR arwah abang kau."

Malique tersenyum.

"Kau kan selalu tolong abang aku di sini. Tak mustahil pekerja hospital tu setuju jadikan kau pengarah." Malique memberi cadangannya.

"Yelah, tapi aku ni belum lagi dapat diploma untuk kedoktoran. Apatah lagi PhD. Gila ke?" Aathif menggeleng-geleng kepalanya.

"Tak apalah. Kau minta tolong abang kau gantikan tempat kau dulu. Dia kan baru je habis master kedoktoran. Apa salahnya?" Harrell memberikan cadangan bernasnya.

"A'aah, sementara kau belajar, abang kau boleh tolong jagakan. Kau pun ada kuasa sama ada nak biarkan abang kau bekerja sebagai doktor pakar di situ. Terpulang di tangan kau." Steven tersenyum bangga. Rakannya yang seorang itu, sudah lama mengimpikan sebuah bangunan hospital.

Dan impiannya menjadi kenyataan!

"Kalau kau tolak, tak ada chance lagi nak patah balik." Fuadzi seolah-olah mencabar. Kening kanannya dijungkit sambil tersenyum sinis.

Aathif memandang Malique yang kekal senyum berharap. Air liurnya ditelan pasrah. Tawaran Malique diterima dengan hati gemuruh.

"Good boy. Kan bagus kalau kau terus terima je tawaran tu." Harrell memeluk tubuh sambil menyandarkan badannya di sofa L.

Malique kekal tersenyum. Dia memerhati wajah rakan-rakannya yang mula memulih daripada kemerahan di wajah.

"Eh, jom tengok netflix. Aku ada nampak The Divine Fury tadi." Jacinto cepat-cepat mengambil remote control televisyen di atas meja kopi.

"Eii, sudah-sudahlah sokong bangsa sendiri. Aku dah bosan tengok movie korea je. Aku nak tengok 6 Underground. Fullstop." Steven mencebik tanda menyampah.

"Taknak. Aku nak tengok The Devine Fury. Seo-joon aku tengah tunggu tu!" Remote control televisyen dipeluk ketat.

"Siapa nak tengok 6 Underground, rise your hand." Steven dengan spontan mendapat empat undian sementara tiada satu pun undian untuk Jacinto.

Dan iu bermakna—

"Hish, yelah yelah. Nah, telan remote tu." Remote control tersebut dicampak kearah Steven dengan muka monyok. Tak adil, dia baru sahaja mahu melihat artis kacak tersebut, namun tiada satu pun yang sama level teruja dengannya.

Malique tergelak kecil. Dia terhibur melihat rakan-rakannya yang masih bersemangat untuk menceriakan dirinya. Namun di dalam kotak fikiran jejaka tersebut, dia sudah mulai merancang sesuatu.

'Perlu ke aku buat?'

Esoknya

12:45 PM

Daisy Cafe

Malique memerhati kedua-dua manusia di hadapannya. Matanya tajam menikam dua pasang mata tersebut. Tiada lagi perkataan ditindas dalam fikirannya kepada dua manusia tersebut.

"Arishya—"

"Ya?"

Cepat sahaja Arishya menjawab. Gerun dan perasaan bersyukur bercampur aduk. Tak tahu mahu memberi reaksi apa selepas mendapat panggilan daripada Malique tadi pagi.

"—Maliq nak batalkan pertunangan tu."

Arishya bagai terhempap batu yang tajam. Dia mahu membantah keras memandangkan beberapa minggu lagi, dia dan jejaka idamannya itu bakal menjadi suami isteri.

"Tapi, Arishya tak na—"

"Aku tak minta kebenaran kau. AKU.NAK.KAU.PUTUSKAN.PERTUNANGAN. Mudah. Aku tak nak ada apa-apa hubungan dengan korang berdua selepas apa yang berlaku dengan family aku. Cukuplah apa yang kau buat selama ni Arishya. Aku tak tahan."

Malique dengan mendadak menukar nama panggilannya menjadi lebih kasar membuatkan Arishya ingin menangis. Tak pernah Malique membahasakan dirinya sebagai 'aku' kepada dirinya.

"Hiks. Okey, Aris batalkan pertunangan kita. Kalau itu yang terbaik untuk Maliq, Arishya terima." Arishy mengekat air matanya yang gugur tanpa sengaja. Jika boleh, dia tak mahu Malique melihat keadaan memalukannya.

Mata Malique dilirik kearah Daniel pula.

"Dan kau Daniel—"

TBC

--------

Happy New Year ❤
Its 2020
And
My
Horrorable
Year 🙍

By the way,
Wish
Me
Luck
For
Pt3
This
Year
Okey !

Fighting ❤❤ !

--------

The Gumusservi ✓Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu