◈ 47 ◈

221 14 0
                                    

Filipina

Jacinto melirik kearah Malique, berasa bersalah dan gementar diadun membuatkan perasaan ingin tahu semakin mengembang.

"Kau—"

Malique memandang Jacinto saat jejaka itu sepertinya memanggilnya.

"—Ah, tak adalah." Jacinto menggaru kepalanya. Segan. Namun dia masih ingin bertanya.

"Kau—"

Sekali lagi Malique memandangnya membuatkan dia tersilap wayar kewarasannya.

"K—"

"Kau nak tanya kenapa aku buat keputusan macam ni?" Dengan suara halilintar, Malique meneka. Bosan mendengar jejaka kacukan tersebut sering memanggilnya namun tiada sebarang motif yang ingin dibicarakan.

"Aaaaa, haaa! Iyalah tu. Ha kenapa?" Dengan tergesa-gesa Jacinto mengiyakan. Dia melarikan matanya daripada tertangkap anak mata Malique yang tajam memerhati.

"Sebab aku dah bosan."

Jacinto menggosok matanya. Terkejut mendengar jawapannya.

"Kenapa kau bosan?"

Lama Malique mendiamkan diri sementara menunggu gilirannya dipanggil oleh seseorang. Dia memerhati kakinya yang panjang itu.

"Tak ada guna pun aku jadi macam ni. Dan, keputusan ni tak menjejaskan mana-mana pihak." Malique tersenyum.

Jacinto terdiam. Dia sedikit faham mengapa Malique tekad mahu mengubah diri sepenuhnya. Dia juga tahu beberapa penagih hutang sedang mengincar dirinya. Jadi, tak ada guna jika Malique terus menyembunyikan diri dan menyusahkan orang di sekelilingnya.

"Jadi, ID card kau macam mana? Sijil kelahiran? Bukannya banyak benda lagi ke kau nak ubah?" Bertubi-tubi Jacinto menyoal.

"Soal tu—"

"Tengku Malique Jordan binti Tengku Ryain!"

Malique bingkas bangun. Jaket coklatnya diberikan kepada Jacinto disebelahnya. Dia sekadar tersenyum senget.

"—aku pergi dulu. Wish me luck tau. Mana tau aku jadi lagi hensem."

Jacinto dengan selamba membaling jaket jejaka tersebut dengan perasaan sakit hati. Sempat juga rakannya itu berjenaka sebelum dirinya diubah oleh ayahnya sendiri.

"Bodoh, kau berubah pun—"

Jacinto menahan geram.

"—kau tetap hodoh dari aku! Kau kena faham tu!"

Malique tergelak kuat. Dia mengangguk sambil menahan perutnya yang senak dek terhambur ketawa dengan jenaka kasar Jacinto.

Beberapa saat selepas Malique masuk ke situ, Jacinto tersenyum. Dia bangga sebenarnya. Yang penting—

—Malique masih mahu hidup.

🌙 White Moonlight🌙

Malaysia

Daniel POV

Daniel mengeluh. Dia memandang surat bersaiz A4 coklat. Pintu gergasi yang tertutup dikerli. Dia mengimbas semula permintaan Malique tempoh hari.

The Gumusservi ✓Where stories live. Discover now