" Bagus lah Zack...apapun aku tak suka cara Nek Wan hang tu. Kenapa dia masih kacau hang lagi. Apa masalah dia? Yang dia nak halau hang sangat ni, dah pasaiapa. Apa yang hang dah wat dekat dia. " Soal Anas dengan hairan dengan sikap Puan Sri Zubaidah

" Entah lah Wie. Aku pun tak tau apa yang aku dah wat kat dia. Yang aku tau, dia bergaduh dengan Arwah Opah tapi dengan aku pun dia benci. Yang aku oeliky, abang-abang aku ok ja dia layan, siap tanya lagi nak makan apa. Ni kalau dia tahu, Az ataupun abang-abang aku, ambil aku dari tempat kerja, tak tahu apa reaksi dia. " Ujar Amar dengan nada yang tidak senang dengan cara Puan Sri Zubaidah melayannya.

" Aik....bukan hari tu ka, hang kata hang dah beli motor dah ka. apa dah jadi ? .Soal Anas dengan hairan.

" Wey....sebab aku ka hang tak jadi beli motor.Haritu hang bagi duit hang ka sampai  hang tak jadi beli. " Syak Anas dengan nada serba salah.

" Hisss...!! Dak aih....mana Ada. Kan aku cakap, aku pinjam dari kak Liya. Duit nak beli motor tu cukup, aku beli dah motor tu pun. tapi tu lah, motor second hand. Sempat lah Aku pakai sebulan, tau-tau aku kena tipu....Owner motor tu tipu aku. dia banyak kali miss bayar dekat kedai. Terus motor aku kena tarik. " Masam saja muka Amar mengingatkan kembali kejadian motosikal nya di tarik ketika dia parking motor di tempat kerja.

" Ala....Macam mana hang boleh kena tipu. Hang kenal dia dekat mana. " Soal Anas dengan pelik.

" Laki tu kerja sekali tempat kerja aku tu, dia nak berhenti dah, nak balik kampung pulak tu. So dia nak jual barang dia. Motor dia tu, aku tengok ok lagi, plat pun baru tahun lepas. Aku pun ambil lah. Dan juga lah sebulan aku pakai, terus tuan kedai motor tu datang tempat kerja aku kata kawan aku tu ambil motor tak bayar." Cerita Amar apa terjadi padanya

" Boleh pulak macam tu. Tapi takkan kau percaya bulat-bulat. " Soal Anas

" Mula tu aku tak percaya motor tu ada geran kot.  Bila tuan kedai bawa surat Amaran bagai, aku tak boleh kata apa lah. Lepas tu aku pi tanya kedai, dah dekat 10 bulan hang tau dia tu tak bayar. Kalau aku nak juga motor tu, aku kena bayar sekali jus. 10 ribu kot Nas...mana aku nak cakau duit." cerita Amar sambil mengenangkan nasib malangnya.

" Teruk betul dia na, pekena hang sampai macam tu. Jadi, hang nak kena simpan balik lah, duit hang tu?
nak aku tolong ka " kata Anas sambil mahu membantu Amar menyimpan semula duit.

" Eh!!!! Tak payah, aku tak mau nak susahkan hang. Hang banyak lagi nak guna. pasal aku hang tak payah risau, aku boleh simpan balik duit tu. Tapi bila aku teringat duit aku tu. Sayang kot Nas.... 3ribu aku melayang macam tu ja. Penat-penat aku menyimpan nak beli motor. Kena tipu pulak. " Mengadu lagi Amar dengan apa yang dia hadapi.

" Abang Mirul dengan abang Amir  tak marah ka. "

" Kau rasa....nak bernanah telinga aku kena berleter dengan depa dua tau tak, Kalah kak Liya. Amir orang yangpaling kuat sekali bantah bila aku beli motor second ni. Bila aku kena tipu ibarat Jackpot dia dapat. Marah dekat aku kaw-kaw punya. " Ujar Amar lalu mengerutkan muka tanda tak puas hati. sambil itu dia menyilang tangannya dan memeluk pada dada.

" hehehe...."

Gelak kecil Anas melihat sepupunya yang bermasam muka. Hairan Amar melihat Anas gelak terhadapnya.

" Hang dah pasal apa, tiba-tiba gelak. Sawan. Bukan aku buat lawak pun, sampai hang nak gelak bagi. " Marah Amar sambil mencemberut mukanya.

" Tak lah, aku cuma tak sangka, hang boleh tahan apa yang Abang Amir marah hang, aku ingat hang melawan cakap dia. Selama ni, apa yang hang cakap, semua orang nak kena ikut, cakap orang lain sepatah Haram pun hang tak mau nak dengar. Hiss.....dahsyat betul depa tundukkan hang ni. " Seronok Anas bila dapat mengutuk sepupunya itu.

" Amboi hang... seronok kutuk aku nampak, nak aku tolak hang dalam sungai ni ka. " Geram Amar bali Anas tak berhenti gelak padanya.

" Sori.. sori...aku tak sengaja. Sumpah dor...memang lawak gila la ni. " Kata Anas sambil cuba berhenti ketawa.

" Hang ingat aku mau sangat ka nak tunduk dekat depa tu. Semua tu sebab Along ja, kalau dak, jangan harap aku nak dengar cakap Amir tu. Buang masa aku ja nak dengar semua tu " Bentak Amar yang masih menghormati Amirul selaku abang sulungnya.

" Jadi hang terima Abang Mirul sebab apa yang dia dah buat dekat hang ka. Sebab tu hang terima depa tu. " Soal Anas dengan nada kecewa bila terdengar Amar kata begitu.

" Tak juga...pasal aku panggil dia Along tu memang sebab budi pun. Tapi terima kehadiran depa dalam hidup aku sebab aku sendiri yang nak. Aku teringat kata pak long sufi kata dekat aku. Kalau aku tak terima depa hari ni, bila aku nak terima depa. Nak tunggu macam arwah opah ka baru aku terima depa. Aku rasa masa tu aku dah terlambat. "

" Jadi aku pikir, aku patut belajar lupa pasal rasa sakit aku tu. Dan belajar terima depa walaupun sikit. Aku takut aku menyesal macam arwah Abang Jai nanti. " Uji Amar sambil matanya mula berkaca.

Mengangguk kecil Anas lalu dia menepuk bahu Amar tanda semangat saja. Dia tahu apa yang pernah Amar lalui. Bukan sekejap zaman kesakitan yang terpaksa ditanggung oleh Amar.

" Wey...Anas pukul berapa dah ni. " Tergopoh-gopoh Amar melihat jam di tangan nya.

" Baru pukul 6 ...awat? " Soal Anas dengan hairan.

" Dan lagi ni...jom " ajak Amar sambil dia mengemas kembali sisa makanan dan masuk ke dalam plastik kosong.

" Kalut nak pi mana. Belum maghrib lagi. " Halang Anas melihat Amar sudah bangun.

" Jom lah dan lagi ni kalau nak ziarah opah. " Kata Amar sambil menyarung kasut nya.

" Jap lagi lah...lepak lur. "

" Otak hang....mau tau kat Wan mau teleng kepala aku sat...jom cepat. " Terus Amar melangkah dan meninggalkan Anas di belakang nya.

" Wey Zack....tunggu aku. " Tergopoh-gopoh Anas bangun bila Amar sudah meninggalkan nya seorang diri.




P/s: Mintaa maaf semua...terpublish ari tu sampai ada yang terbaca Tan faham jalan cerita. Nak Update hat Lain...lain yang jadi... cuti sekolah rajin nak taip. Banyak idea keluar...jangan jemu baca komen n veto. Kalau ada idea nak tambah....PM tepi kongsi.

Hati Yang disakiti Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang