What do you want?

662 48 5
                                    


" Blaze... kau nak buat apa?" tanya Solar. " Kau cakap aku jadi maid kau kan? Arahkan jelah apa yang kau nak aku buat.." kata Blaze.

" Hmm... kalau macam tu.. kau pergilah tolong Gempa siapkan makanan tengahari." kata Solar.

Setelah Amato pulang dari kerja.

" Ha, Solar.. amacam dengan maid baru kamu?" tanya Amato.

" Seronok... puas hati Solar buli dia macam2... ayah suruh je apa2.. dia mesti tak lawan." kata Solar.

" Cuba Solar tunjuk kat ayah.. macam mana kamu latih dia.." kata Amato. ( #bapaktakguna )

" BLAZE!! SINI KEJAP!! " panggil Solar.

" Ya, Solar?" tanya Blaze. Blaze tahu ini adalah rancangan Solar menyuruh Blaze berlakon di depan ayah mereka.

" Berapa kali aku pesan? JANGAN PANGGIL NAMA AKU MACAM TU JE! TAKKAN KAU DAH LUPA?!" Solar menengking Blaze. Berlakon.

" M- maaf.. Tuan Solar.. Tuan nak apa2?" tanya Blaze.

" Ayah nak apa2? Maid baru Solar boleh buatkan.." kata Solar.

" Ayah nak fresh orange.. kurang ais.." kata Amato.

" Ha.. pergi buat cepat.. aku pun nak jugak.. CEPAT!" kata Solar.

" B- baik, Tuan Solar."  akur Blaze. Blaze terus masuk ke dapur dan Gempa yang ada di situ terus membancuh fresh orange dan memberikannya pada Blaze. " Nah, cepat bagi kat ayah.." kata Gempa. Itu juga sebahagian dari rancangan Solar.

 Blaze menghidangkan minuman pada mereka dan mereka berpuas hati. Solar kemudian  mengarahkan Blaze untuk masuk ke bilik. Blaze mengundurkan diri dan terus masuk ke bilik Solar.

" Wahh.. hebat betul anak ayah latih dia... biar dia tahu sikit hormat orang.." puji Amato.

Gempa dan yang lain2 keluar dan menuju ke arah Amato dan Solar. " Amboi.. apa gembira sangat ni?" tanya Gempa. Gempa duduk bersebelahan Solar.

" Ni ha.. adik kamu Solar ni.. pandai dia ajar maid baru dia... dahlah buat fresh orange sedap.. ayah bangga dengan Solar.." puji Amato lagi. Tapi, Solar langsung tak termakan pujian tersebut.

Dari bawah meja, Solar dan Gempa high five senyap2.. bermakna rancangan untuk dapat kepercayaan ayah mereka berjaya.

" Err.. ayah.. Gempa nak tanya.." kata Gempa.

" Ya?"

" Ayah ada nampak tak rantai arwah ibu?" tanya Gempa.

" Hmm... entah... ayah tak ingat mana arwah ibu kamu letak.." kata Amato.

" Oh.. ok" 


Selepas semuanya selesai.. semua elemental memasuki bilik mereka kecuali Blaze yang terpaksa membasuh pinggan di dapur.


" BLAZE!!" - Amato.

" Ya... ya Tuan.." kata Blaze.

" Aku nak ingatkan kau satu perkara.. kalau kau cuba buat masalah dalam rumah ni.. aku takkan teragak-agak campakkan kau ke rumah anak yatim.. paham?!  DAN SATU LAGI... KALAU KAU CUBA SENTUH BARANG2 ARWAH ISTERI AKU.. NAHAS KAU!! KAU TAK LAYAK PEGANG BARANG2 DIA!! DAN KAU JANGAN BERGAUL DENGAN ANAK2 AKU YANG LAIN!!" kata Amato menolak Blaze dengan kasar.

Blaze tidak dapat menerima apa yang dilakukan oleh ayahnya, bahkan turut mengkaitkan ibu kesayangannya dalam hal ini.

" KAU KATA KAU NAK CAMPAK AKU DEKAT RUMAH ANAK YATIM, KAN?! CAMPAKLAH! AKU MEMANG ANAK YATIM PUN! TAKDE IBU.. DAN AKU TAKDE AYAH!" tengking Blaze.

Please, Love Me MORE ft. BoBoiBoy BlazeWhere stories live. Discover now