Terang Jungkook, dia boleh sahaja cari tapi mesti dia akan sibuk kesana kemari. Eunbyul pula bukan macam dulu tidak kisah jika Jungkook keluar tapi sejak dia mengandung ni haa janganlah.

Mata Mingyu terbeliak saat membaca isi surat itu. Wah...

“Dia minat Eunbyul? Wah berani nya dia.
Siap kata kau jahat lagi. Lawak ni, weh kau ketua mafia ke sampai dia cakap kau jahat.”  Mingyu senyum lebar sehingga gigi taring seksinya terpapar.

“Mengarut Gyu. Entah dia tu, mental.” Jungkook garu kepala.

“Satu lagi, CCTV ni. Aku baru jumpa tadi dalam bilik Eunbyul. Aku rasa dia ada pecah masuk rumah Eunbyul.”

CCTV tersebut diletakkan di hadapan Mingyu. Mingyu mula membelek benda itu.

“Aku periksa semua nanti. Lusa aku bagi maklumat dekat kau okay. ”

“Cepat kau nak buat kerja.”Jungkook meneguk air sehingga habis. “Kawan aku mestilah aku tolong janji kau belanja aku minum🥂 nanti.” Mingyu meletakkan bayaran iaitu Jungkook mesti belanja dia minum bir atau soju nanti.

Jungkook mengiyakan sahaja.

“Aku nak pergi university ni nak berlatih dekat sana sambil tu menyiasat sekali.” Mingyu mula berura-ura mahu beredar. Teh citrus yang berbaki sedikit dihabiskan. Sedap minuman kalau orang belanja.

“Tapi kau datang sini jalan kaki ke? Aku tak nampak kereta kau. Kau ni Jeon buang tabiat ke jalan kaki sejuk-sejuk ni.” Mingyu mengerutkan kening. Pelik-pelik sahabat dia ni.

Jungkook mengangguk. “Ingat nak naik motor Eunbyul tadi tapi tak hidup pula. Lagipun dekat je dari rumah Eunbyul aku malas bazir minyak kereta.”

“Orang kaya macam kau fikir pasal minyak?” Mingyu seakan tidak percaya. Jeon Jungkook menjeling Mingyu.

“Nak kena ke Mingyu?” Jungkook mula bangun. Mingyu hanya mampu tersengih.

“Aku hantar kau. Sejuk gila dekat luar.” Bahu sasa Jungkook dipeluk dan mereka beriringan keluar. 

Seusai mereka masuk ke dalam kereta.
Mingyu menyoal Jungkook yang disebelah nya.

“Ni nak aku hantar dekat mana? Condominium Hoseok?”

“Anniyo.. hantar dekat rumah Eunbyul.” Ujar Jungkook selamba. Mingyu menoleh memandang Jungkook. Seakan tidak percaya. Tak akan Jungkook duduk serumah dengan Eunbyul. Sedangkan dia duduk dengan kawan-kawan nya.

“Yah kau duduk serumah dengan Eunbyul?!” Jerit Mingyu terkejut. Suara Mingyu yang kuat cukup membuatkan telinga Jungkook bingit.k

“YA GYU, SEKARANG JANGAN JERIT DEKAT TELINGA AKU. PANDU SEKARANG.”

🌼🌼🌼

    Bibir bawah di juihkan sedikit apabila bosan. Ahjumma Lee macam biasa di dapur. Mak buyung itu mengidam nak makan kek beras ataupun mochi. Tubuh genit itu sudah baring atas sofa menghadap television. Menekan-nekan remote control mencari saluran tv mana yang mencuit hatinya. Tetapi tiada satu pun yang mencuit hatinya untuk siang hari ini. Rancangan orang tua penuh lah.

Akhirnya, gadis itu membuat keputusan untuk tidur. Tidak lagi dia mengomel tentang tiub IV drip yang panjang itu. Dia mengambil posisi yang selesa dan mula memejamkan mata.

Tidak sampai sepuluh minit gadis itu tidur. Loceng rumah berbunyi menandakan ada orang datang.

Pembantu rumah mula membuka pintu apabila melihat Eunbyul sudah tidur. Tersembul dua figura dihadapan pintu. Seorang  perempuan. Menjinjing sebakul penuh buah-buahan segar.

[C] ᴊᴇᴊᴀᴋᴀ ʟɪᴍɪᴛᴇᴅ ᴇᴅɪᴛɪᴏɴ [𝐄𝐝𝐢𝐬𝐢 𝐊𝐞𝐥𝐚𝐩𝐚 𝐉𝐞𝐨𝐧] JJK Where stories live. Discover now