"eh! eh!" mujur dia tak tersadung tangga tadi.

-

"eee kan i dah kata you ni cantik!" heejin tersenyum bangga melihat seohee yang sudah siap berpakaian dress had atas lutut dengan beberapa sentuhan heejin pada wajahnya. jangan lupa, rambut sekali.

seohee menelek tubuhnya pada cermin.

not bad juga dia ni.

tapi dalam diam, seohee suka sangat sebab dress yang dipakainya sekarang ialah dress yang selalu dilihat pada butik ketika dalam perjalanan pulang ke rumah lamanya. ala yang dia kena tolak dengan pintu sebab heejin tempoh hari.

"i hope seonghwa suka tengok you macam ni"

"hmm ya ya" endah tak endah sahaja balasannya. taknak nampak sangat yang dia dengan seonghwa tu kahwin sebab terpaksa je.

"i harap you layan seonghwa baik walaupun dia tu kasar"

seohee berpusing menghadap heejin. pandangan pelik diberikan sehingga heejin tersenyum nipis.

"i tahu you kahwin dengan dia bukan atas dasar cinta. you jadi mangsa dia sebab dia nak mengelak daripada kahwin dengan i"

oh.. dia tahu.

huh mestilah dia tahu sebab dia yang suruh seonghwa cari perempuan lain kalau taknak kahwin dengan dia kan?

"apa kau cakap ni?" seohee buat buat tak faham.

"jangan tipu i lah, seohee. tengok bilik pun dah tahu yang you dengan dia tidur asing"

tajam juga pandangan dia ni. bahaya.

"i tahu dia memang kasar sometimes, tapi dia takdelah teruk macam yang mungkin you sangka. walaupun dia macam tu, tetap juga i sukakan dia" heejin memandang lantai sambil tersenyum tawar.

dahtu yang heejin bergaduh dengan seonghwa sebelum ni kenapa? bukan ke heejin kata dia tak kisah pun kalau tak kahwin dengan seonghwa? kenapa pula jadi macam tu kalau heejin sayangkan seonghwa?

"mesti you pelik kan kenapa i tak jadi kahwin dengan dia?" heejin mengangkat wajahnya kejap sebelum melarikan pandangan.

"i lepaskan dia untuk perempuan yang lebih baik dari i. macam you. dia lebih rela kahwin dengan you daripada kahwin dengan i. see? kalau i yang kahwin dengan dia, dah serupa i seksa dia pulak sebab dia memang awal awal dah menentang hubungan kami"

"that's why i harap you layan dia baik baik. luar dia nampak keras, tapi dalamannya baik. i tak tahu apa pandangan you pada seonghwa sebenarnya, tapi dia tak jahat" pandangan mendalam heejin berikan kepada seohee, dia cuba menyelami perasaan seohee.

baik apanya dah kalau sebab dia adik aku pergi!

"tu je yang i boleh kata kat you. don't worry pasal perasaan i, i takkan rampas dia dari you. i tak sekejam tu untuk rampas suami orang. lagipun memang dia anggap i macam adik dia je pun, so i pun anggap jela dia tu abang" heejin tersenyum manis, cuba untuk memberi kekuatan kepada diri sendiri.

tok! tok!

"oi dah siap ke belum tu?" jelas suara seonghwa menyoal dari sebalik pintu.

 revenge ; parkseonghwaDove le storie prendono vita. Scoprilo ora