*BAB 1*

45.7K 693 19
                                    

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM

Hubby I Love You!

SEPATUTNYA hari ini merupakan hari yang bahagia buat orang yang bakal digelar isteri tapi tidak padaku. Ikutkan rasa hati nak sahaja aku lari dari majlis ni tapi aku sayang ummi dengan abah aku. Aku tak nak mereka malu dan kecewa disebabkan aku. Mungkin inilah takdirku berkahwin di dalam usia muda. OMG macam cite novel pula. Ya Allah tabahkan lah hati hambaMu ini.

"Pengantin lelaki dah sampai" tiba-tiba seorang perempuan muncul untuk memberitahu bahawa bakal suami aku dah tiba. Aku langsung tak tengok siapa suami aku. Aku redha jika bagi ummi dan abah dialah yang terbaik untukku. Dengan sekali lafaz sahaja aku menjadi isterinya.

"Isyah cium tangan laki kamu tu" ummi menegurku. Ya Allah hitamnya tangan laki aku ni! Aku kawin dengan orang Africa ke? Kalau Nick Cannon boleh juga. Famous juga laki aku.Tapi ni mamat negro mana lagi yang nak kawin sangat dengan aku ni? Nak juga aku tau. Perlahan-lahan aku cuba mendongak kepalaku. Ya Allah!! betul kah apa yang ku lihat ni?! Dia tengah tersenyum padaku. BURUK nya gigi!!

"Ummi, Abah Isyah taknak kawin ngan Tambi ni!! Tidaaaaaaaaaaakkkkkk!!" teriakku.

Gedebuk!!

'tok.tok,tok'

"Isyah kenapa kamu jerit-jerit tu?" tiba-tiba aku terdengar suara Ummi memanggilku. Eh mana mamat tambi tu? Aku lihat sekeliling aku masih di dalam bilik tidur ku dan memakai baju pyjamas warna merah jambu hadiah Ummi. Astaghfirullah aku mimpi rupanya Alhamdulillah nasib baik Cuma mimpi kalau tak, hmm tak tau lah nak cakap apa. Ni semua pasal tengok cerita bollywoodlah. Nak sangat ngadap muka Shah Rukh Khan. Tak pasal-pasal mamat Tambi mana pulak muncul.

"Isyah, kamu ok ke? Td Ummi dengar kamu jerit2" tiba-tiba Ummi muncul membuka pintu masuk dan duduk di atas katil empukku.

"Hehe Isyah mimpi buruk je Ummi" jawabku sambil tersengih.

"Haah kan ummi selalu pesan baca doa sebelum tidur." Umi mengusap kepala ku. Aku beruntung dapat ibu yang penyayang macam Ummi. Besar-besar camni pun masih kena manja hehehe. "Dah2 bangun solat subuh. Jangan lupa kejutkan adik kamu si Adib." Pesan Ummi sebelum meninggalkan bilikku.

"Baik bos!" aku memberi tabik hormat kepada Ummi.

***

ANGIN sepoi-sepoi pada pagi ini terasa nyaman membelai wajahku. Terasa sangat segar. Pagi-pagi lagi selepas sarapan aku terus membuat aktiviti hujung minggu aku iaitu jogging.

"Diya aku rehat dulu eh? Dah longgar dah screw kaki aku ni" rungut Fina.

"Ish kau ni baru je 20 minit dah merungut." Balasku.

"Alaa kaki aku ni yang tak nak jalan bukan aku. Kau marahlah kaki aku. Ni pinggang aku ni dah nak patah dah. Nasib baik takde lagu poco2" gurau Fina sambil buat muka minta-kesian. Meletus tawaku.

"Yelah tu. Banyaklah kau punya patah. Nanti aku patahkan betul padan muka. Yelah pergilah rehat aku nk sambung jog dlu bye~" akhirnya aku beralah. Yelah kesian juga aku dengan bestfriend aku tu.

"Eh kau tak nak rehat ke? Rilek lah dulu nanti patah kaki kau jogging tak henti-henti." Ajak Fina.

"Takpe terima kasih jelah. Kaki saya ni lain sikit cik Fina urat dawai tulang besi tahan lama tau." Gurauku terus meninggalkan Fina.

"Hah yelah, elok-elok jogging tu nanti tak pasal-pasal kau tejelopok pasal kaki cramp jangan nak salahkan aku pulak." Teriak Fina.

Aku menoleh dan memberi tanda 'ok' pada Fina.

Tiba2 tak semena-mena aku terlanggar seseorang.

"Aduh! Sorry2 im really2 sorry" kataku meminta maaf.

"Nn-no no its ok. Im fine." Kata lelaki itu sambil mengutip handphonenya yang pecah.

"But...your phone..." Kataku dengan perasaan serba salah.

"Yeah...I know it just a..." belum sempat lelaki tu menghabiskan katanya dia terkejut bila dia mendongak melihatku. Begitu juga aku.

"Awak?!!!" Ish serentak pulak kami cakap. Cam tau2 je.

"Awak buat ape kat sni?! Awak ni memang sengaja cari pasal dengan sayekan." Geram betul aku tengok mamat ni. Kat sini pun aku masih jumpa dia.

"Dah tempat public tempat orang jogging, tengah jogging lah takkan memasak kot" amboi... buat loyar buruk pulak tu.

"Amboi...sakit pulak hati kite ni. Dah lah kat mall ari tu awak langgar saye kat sini pun awak nak langgar saye. Awak ni memang sengaje kan. Kalau nak tackle awek pun tak pyah lah pkai cara ni TAK ROMANTIC LANGSUNG" marahku.

"Astahgfirullah..abukannye saye sengaje langgar awak. Lagi pun tadi seingat saye awak yang langgar sayekan sampai phone saye pecah." Jawab lelaki itu memulangkan paku beras. Wah tenang betul cara dia menuturkan percakapannya siap ngan senyuman pulak tu.

Gulp... betul juga apa yang dia cakapkan tu. Aku terus beristighfar dalam hati.

"Ss-saya mntak maaflah psal tadi. Jangan risau saya akan gnti blik." Aduh tiba2 pulak gugup.

"Hmm...tkpelah cik saye dah maafkan. Cik tak payah lah nk ganti mungkin Allah hanya membenarkan saye memakai handphone ni hingga hari ni je. Jadi saye redha jelah. Lagi satu saye rase cik perlu check-up kat clinic lah" usul lelaki tu.

"Apsal pulak?"

"Sebab saye rase cik ni mungkin ade darah tinggi kot..yelah manelah tau."kata lelaki itu sebelum berlalu. Amboi..tak makan saman betul mulut mamat ni. Harap2 ini lah kali terakhir aku jumpa ngan dia.

"Ish geram betullah aku ngan mamat tu. Smpai kat sini dia ikut aku." Omel ku.

"Wah Diya!! Awak kenal ke mamat tu. Hensomnye.." Eh2 sejak bila pulak si Fina ni kat sebelah aku. Tiba2 pulak muncul td kata penat.

"Entah malas lah nk cakap psal diye..jom blik" kataku malas nak layan Fina.

Assalamu'alaikum n hy guys...sorry cite ni mmg agak cliche...n some sentences agak childish mklumlh baru nk brjinak2 ngan buat novel...but i'll try my best tuk improve...so i need ur comment klau sudi...tk kesah lh nk ckap cite sy ni boring ke ape yg pnting jujur...jd sy dpt ubah mne2 yg korg tk suka tu...myb buat sketika ni sy tk dpt blas comment korg psal email sy ade probs skit Insya Allah klau dh ok sy blas ok ^^

Hubby I Love You! [Complete]Where stories live. Discover now