sekurang kurangnya muka aku takdela teruk mana kalau pakai mekap.

"bos suruh tengok kotkot awak larikan diri pula"

pandangan seohee beralih kepada yeosang. dia nak larikan diri? eihh sah sahla seonghwa tu memang tak percayakan dia. nak larikan diri pun nanti seonghwa jumpa balik, yela seohee nak lari ke mana lagi kan?

"takde kerja ke apa aku nak lari? bos kau tu macam budak budakla"

tiba tiba yeosang mengambil tempat di sebelah kerusi yang diduduki seohee. seohee memandangnya pelik.

"kau memang nak duduk sini lama lama eh? pergila balik kat bos kau tu. entah entah dia pula yang buat perangai larikan diri macam budak budak"

"penatla nak berdiri lama lama. bos yang suruh saya tunggu awak kat sini sampai awak masuk dewan nanti. so saya ikut jela kata dia. lagipun saya bosanla asyik tengok muka dia je"

seohee tahan ketawa. ingatkan pembantu dia pun sama je dingin, rupa rupanya tidak. menyempat pula dia nak mengata, mentang mentanglah takde siapa yang dengar sekarang ni.

"habisla kau kalau seonghwa dengar apa yang kau kata ni"

"ala bos tak dengar punyalah. kalau bos tahu tu maksudnya awak yang bagitahu. kalau saya kena buang kerja, saya cari awak! awak kena ambik saya jadi pembantu awak pula ehe"

"eh kenapa aku pula?"

"yela awak dah kahwin dengan bos. dah jadi orang kaya, kenala ada orang jaga pergi mana mana"

ketawa seohee yang ditahan tahan daripada tadi terlepas. dia ketawa kecil.

"merepekla kau ni. pandaila aku jaga diri aku sendiri. kau tu ha yang kena ada orang jaga"

"ayyy saya ni dah kuat, tak perlu orang jaga. kalau saya jaga awak, awak boleh jaga saya. kan kan?"

"ee merepek je kau ni. jaga diri sendiri sendiri sudahla"

"kan cantik awak senyum macam tu" yeosang tersengih melihat seohee.

aku- senyum?

"ehem mana ada aku senyum" cepat cepat seohee melarikan pandangannya. bahaya juga yeosang ni walaupun nampak macam blur blur je pada mulanya.

"ni kalau saya ambik gambar awak tadi pastu send kat bos, fuh jatuh cinta terus" angan yeosang sambil memegang dadanya ibarat terkena panahan cinta.

seonghwa nak jatuh cinta kat seohee? ee biar betul? mengarut! macam mustahil pun ada juga.

"tapi betul la, awak cantik bila senyum macam tu. saya tak tipu. kenapa awak sorokkan senyuman tu?"

soalan yeosang buatkan seohee terkaku. seohee mengaku yang dia memang dah jarang sangat nak senyum. senyum plastik pun tidak, apatah lagi senyum yang betul betul ikhlas.

"aku—"

tok tok!

"pengantin perempuan dah sedia? dah boleh masuk dah tu"

seohee dan yeosang saling berpandangan buat seketika. sempat seohee menelan liur perit. kenyataan yang dia akan jadi isteri kepada park seonghwa lagi beberapa minit betul betul buat dia rasa gementar.. dan sakit. dia betul betul akan berkahwin dengan pembunuh adiknya?

"biar saya hantar awak ke luar" yeosang tersenyum nipis sambil menalakan pandangannya ke arah wajah manis seohee.

perlahan, seohee menganggukkan kepalanya.

-

"park seonghwa"

"ya saya"

"adakah anda sudi untuk menerima woo seohee di dalam hidup anda?"

"ya saya sudi"

seohee berusaha keras untuk menahan tangannya daripada terus menggigil. sudahla tangannya mula dingin akibat rasa gementar yang teramat. risau seonghwa dapat kesan yang dia rasa nervous melalui pegangan tangannya di lengan seonghwa.

"woo seohee"

"ya"

"adakah anda sudi untuk menerima park seonghwa di dalam hidup anda?"

(kill me idk orang kahwin macam mana hahahah)

seohee menelan liur sebelum mengerling seonghwa di tepi. wajahnya tiada tanda tanda dia gementar, malah wajahnya menunjukkan yang seonghwa betul betul tenang. dahla tadi masa dia jawab pun langsung tak gagap! mamat ni buat preparation ke macam mana?

"s- saya sudi"

"dengan ini disahkan park seonghwa dan woo seohee sebagai suami isteri"

seonghwa tak menunjukkan sebarang reaksi, begitu juga seohee. seohee sekadar memandang wajah seonghwa.

"WOI KISS WOI"

tersedak seohee dibuatnya. entah siapa yang berani jerit macam tu masa ni. ehh ingat drama ke nak kena kiss kiss ni ish memang takla!

tiba tiba sahaja seonghwa mendekatkan wajahnya dengan seohee sebelum berbisik perlahan ke telinganya.

"aku cium pipi kau je, don't worry" katanya sebelum satu kucupan singgah di pipi seohee.

seohee merenung seonghwa tajam selepas seonghwa menjauhkan mukanya manakala seonghwa menayang wajah selamba. dia ni.. memang ambil kesempatan!

 memang ambil kesempatan!

Oups ! Cette image n'est pas conforme à nos directives de contenu. Afin de continuer la publication, veuillez la retirer ou télécharger une autre image.
 revenge ; parkseonghwaOù les histoires vivent. Découvrez maintenant