Bab 10

931 20 0
                                    

Murni kaget. Sedari siang tadi lagi, dia perasan perubahan Oshin. Keluarga lain sedang rancak berbual dan bergurau senda, tapi Oshin asyik merenung telefonnya tak berkelip.

"Sudah-sudahlah tenung handphone tu, Shin. Doa termakbul pun cemas. Chill ajelah. Nanti-nanti dia mesejlah. Sabar," ujar Murni perlahan.

Ingatkan dah dapat nombor telefon crush, Oshin seronoklah. Ini tidak. Monyok tanpa sebab.

"Shin memang minat spesies beruniform ni. Nak-nak mat terap. Tapi yang ni menakutkanlah, kak. Tahulah askar. Sado. Tapi agak-agaklah. Kenallah orang ni dulu. Tengok serasi ke tidak. Ni tak. Terus nak masuk meminang," luah Oshin.

Sedari tadi kepalanya berfikir tak henti. Rasa nak saja diputar balik masa. Agar Hazim tak dapat nombor telefonnya. Sekarang ni, nak balas mesej pun dia tak tahu bagaimana nak susun ayat. Tak percaya pun ada.

Murni terus mengesotkan badannya mendekati Oshin. Hal ni tak boleh dibualkan secara terbuka. Dengar dek Sharimin, masak!

"Dia dah mesej Shin ke?"

"Dah."

"Dia tulis apa?"

"Akak baca sendiri," suruh Oshin sambil menyua telefonnya pada Murni.

Salam, Oshin. Abang suka Shin dah lama. Abang rasa dah sampai masa untuk abang pinang Shin jadi isteri abang. Boleh kan, Oshin Eleena Hassan? - Hazim.

Jatuh rahang Murni. Dipandang riak wajah kelat Oshin yang tertutup separuh dengan bantal kusyen.

"Biar betul ni, dik? Baru dapat nombor telefon dah cakap nak masuk meminang."

Bergegar akal Murni nak hadam mesej terus terang Hazim pada Oshin.

"Tahu pun. Orang ni terus telan parasetamol dua biji tau. Rasa seram sejuk badan lepas mandi tadi. Demam orang, kak. Demam terkejut."

"Dia main-main aje kut."

"Tak ada maknanya. Kalau dia main-main, mesti dia hantar mesej baru, betulkan statement dia tu. Ni tidak. Eee...Seram."

Oshin terus mengesot dan berbaring di atas riba Murni. Tak fasal-fasal kepala dia kena serangan migrain. Walhal, sebelum ni dia tak pernah pun ada sakit kepala.

"Shin ni bercinta pun tak pernah. Bagilah chance Shin nak bercinta macam orang lain. Ini tidak, terus diajak kahwin. Apa, muka Shin ni muka kemaruk nak kahwin ke?" bebel Oshin perlahan.

Murni terus tekup mulutnya dengan tangan. Tak mahu tawanya terburai. Dipandang pada Sharimin dan along yang khusyuk berbual dengan Mak Cik Kiah di tepi pintu tu. Selamat!

"Okeylah juga tu, Shin. Kahwin aje. Lepas tu, terus mengandung. Cepatlah Mak Cik Kiah tu dapat cucu. Berkepak banggalah Mak Cik Kiah tu kat kampung ni," gelak Murni.

Oshin terus angkat kepala. Mencari keberadaan Mak Cik Kiah sebelum membalas fakta berat yang keluar dari mulut Murni.

"Uuu, seram. Ada yang Shin ketuk kepala dia dengan sepana saiz 20 tu kang. Eee... Mat terap inilah, menyeramkan."

Geli-geleman badan Oshin mengenangkan isu mat terap terus ajak kahwin. Kenal pun belum.

"Risau kut. Dahlah Shin tu nak duduk tiga tahun kat Munich tu. Lelaki mat salih bukan ke lebih sado daripada orang kita. Masa ni bukan ke singkat? Tu yang nak diikat terus," rasional Murni.

Terkumat-kamit mulut Oshin membebel tak puas hati. Tak terfikir pun pasal kahwin ni semua.

"Jangan lupa ya, kak. Orang ni dah teruja nak masuk team krew GT. Tak adanya orang nak terperap kat sini aje bila dah habis belajar nanti. Orang ada impian orang," tegas Oshin.

Murni sengih. Dia faham sangat dengan hala tuju Oshin dalam hidup. Gadis cilik ni nak lengkapkan impian yang pernah dikongsi dengan arwah abahnya. Doktor pakar kereta!

"Tahu. Tapi Shin pun kena bersedia. Jodoh tu tak ada siapa tahu. Kalau dah tertulis Shin kahwin awal, kahwin ajelah," usik Murni.

"Eee... Tolong sikit..."

"Orangnya cukup pakej pun, Shin nak tolak. Rugi, dik. Orang cerita, mat terap ni romantis bangat," usik Murni bersama tawa yang meledak kuat.

Oshin terus tutup telinga. Tak nak dengar usikan Murni lagi. Rasa macam nak tercabut nyawa dengar perkataan romantis. Simpang!

Senyumlah BidadarikuWhere stories live. Discover now