Bab 1

2K 24 0
                                    

PROLOG

"Assalamualaikum, liebe," bisik Hazim sambil mengucup lembut kekura tangan Oshin.

Oshin diam. Tiada tindak balas.

"Maafkan abang..."

Dipandang tak lepas wajah pucat Oshin.

"Abang lambat tahu tentang Shin..."

Dipegang dan diusap jari-jemari Oshin yang terletak di sisi bantal.

"Dan zalimnya Shin sebab sangsi pada abang. Abang cintakan Shin. Segala-galanya tentang Shin."

Dikucup kekura tangan Oshin. Kali ni lebih lama. Menangis semahunya dalam hati.

"Demi Allah. Demi rasa cinta yang dah terlalu lama abang pendam. Abang nak kita disatukan segera," bisik Hazim.


BAB 1

Oshin duduk sambil melayan akaun media sosialnya. Hati berbunga riang dengan persiapan bagi tawaran tajaan melanjutkan pengajian sarjana ke Munich selesai.

Semua dokumen kontrak telah ditandatangani di pejabat BMW di Cyberjaya tadi. Tarikh berangkat bersama tiket pun sudah diterima.

3 biji kek cawan yang cantik berhias huruf I LOVE U terletak comel di atas piring. Secawan kopi O kampung berasap menyempurnakan petangnya.

MUNICH, tunggu aku sampai. - @Oshin

Status Oshin bersama gambar tiket di akaun Instagram dan Facebooknya mengundang komen yang bertali arus daripada teman-teman rapatnya.

Wey, melancong tak ajak. - @Zie

Shin, dah lulus ke? - @Shida

Bestnya. - @chin

Munich tu kat Jerman, kan? Tak selamat pergi soranglah, Shin. Aku free aje nak temankan kau - @Steve

Dah selesai. Balik kampung. Aku nak kahwin. Kau dah janji nak tolong kemas rumah. - @Sharimin Brother

Oshin terus tergelak baca komen daripada abangnya, Sharimin. Kacau daun betul.

"Sempat lagi. Orang tahulah nak balik bila," bebel Oshin tak sudah. Dibalas mudah bersama perasaan jaki nak menyakat.

Geng, jumpa kat rumah aku di Kuala nanti. Aku jemput abang aku kahwin. 20 hari bulan ni. Alamat penuh dan map rumah, aku tempek kat grup sekolah. Gathering sebelum aku terbang ke Jerman. Makan free. - @Oshin.

Oshin Eleena! Majlis aku bukan majlis alumni kauuu... - @Sharimin Brother

Peace, bro... Esok petang jemput orang kat Melaka Central. - @Oshin.

Menapak balik Kuala. Aku sibuk. - @Sharimin Brother.

Terburai terus tawa di bibir Oshin. Tak senang hati nak mengular di media sosial langsung. Ada aje si 'protective tegar' yang mengawasi. Selalu sangat Oshin tertangkap dengan Sharimin di media sosial.

"Sibuk betullah Abang Min ni. Orang nak kongsi cerita kat IG pun tak boleh. Bukan cerita yang bukan-bukan pun. Bangga kut. Dapat belajar kat Jerman," bebel Oshin. Jari laju menekan pada akaun Sharimin. Banyak betul Sharimin letak gambarnya bersama teman-teman rapatnya.

"Eh! Apa citer abang gempal tu, ya? Dia kan kawan baik Abang Min. Dah kahwin ke belum?"

Tiba-tiba hatinya digeletek untuk mencari crush zaman kecik-kecik dulu. Laju jarinya menaip perkataan H-A-Z-I-M pada kotak carian Google. Butang Enter ditekan. Mencari keberadaan crush zaman berhingus dulu.

"Harap-haraplah ada. Teringin sangat nak tahu perkembangan abang gempal ni sekarang. Gempal lagi ke, atau dah kurus."

Dua saat kemudian berbaris carian H-A-Z-I-M keluar. Dari Arab, USA, Indonesia, Singapura semua ada. Naik berbinau juga mata nak membaca satu per satu.

"Ooo.. Mak aiii. Banyaknya. Tapi bayang macam abang gempal tu tak ada pun. Mungkin dia nerd lagi kut. Terus letak nama penuh."

Sekali lagi jarinya menari di atas papan kekunci. Kali ini, lebih khusus. Hazim Brahim.

Paparan carian ditatap sekali lagi. Blog, Facebook, Instagram, Twitter semua dibuka.

"Ini bukan dia. Takkanlah abang gempal buta IT pula kut? Mustahillah."

Dibuka skrin Facebook sekali lagi. Tak puas hati. Malaysia ini kan merupakan salah sebuah negara yang mempunyai paling ramai pengguna Facebook di dunia. Mesti ada punya.

"Ala, Mak Cik Kiah yang berniaga kat depan rumah tu pun ada akaun Facebook. Inikan pula abang gempal?"

Laju jarinya mencari. Namun, hampa! Tiada pun pengguna nama seperti yang dicari. Sedihnya!

"Eh! Kejap. Abang Min kata dia dah lama dapat contact kawan-kawan masa duduk kat kuarters dulu. Dah jemput datang kenduri lagi. Haaa... Mesti ada kat situ, kan. Bijak kau, Shin. Bijak," omel Oshin lagi.

Dalam tak suka dengan Sharimin yang kaki mengongkong, tapi itulah abang yang paling rapat dengannya, berbanding along. Diteroka lagi gambar-gambar yang dikongsi Sharimin dalam akaun media sosialnya.

"Amboi, bang. Kau memang kelas. Gambar profil, asyik bertukar memanjang. Tahulah baby face. Manalah Kak Meera tu tak cemburu?"

Terburai tawa Oshin. Lama diteliti senarai teman Sharimin. Bayang abang gempal a.k.a Hazim Brahim, satu pun tak nampak.

"Sedihnya. Tak apalah. Suatu hari nanti mesti aku jumpa dia. Suatu hari..." Senyum kelat terukir di bibir. Hanya hati saja tahu, maksud di sebalik semua tu.

Senyumlah BidadarikuWhere stories live. Discover now